Instagram

Jumpa artis obersea

Nasib baik ada jemah temankan saya pergi The curve itu hari, kalau tak mahu macam cacing kepanasan aku pergi sJorang2...

Dah la event ni hari bekerja, haruslah aku menggelupor nak carik sapa la yang nak temankan aku pergi the curve nie. Kalau wekend, opcoz ciput yang jadik mangsa. Tapi weekdays??? takkan nak suruh mamat tu coti plak kan. Padahal dalam hati berharap jugak, cuti la koooo cutila koooo, hahaha...

Bila jemah cakap dia cuti hari tu, terus la aku cakap.. jom follow atam pergi the curve!!!
Ada pc kat fitness first sana...

Lama siot tak follow pc2 nie. Dulu makanan aku je pc2 nie..
PC = press conference.
Bila dah lama tak follow agak kekok sikit rasanya... =P

Oh jemah tu akak saya tau. *sapa yang tidak tahu lah. Ye memang muka kami lain, dia bulat macam bola, saya pula bujur macam sirih. Dan saya tahu, dia cantik sikit, tapi saya cantik banyakkkkk... muahahaha...

Aku masa datang tu tak terpikir la apa2 pun, ingat just nak lepak2 tengok apa yang dorang buat je.. rupenya ada kejutan kooo...

Sebelum kejutan, mari kita tengok orang menari2 dulu.. Best siotttttttttttt...
Paling best tengok lelaki yang berseluar merah itu menari, rasa macam nak datang kat dia menari sama2... Kemain lentik bontot dia menari, kalah yang lain...

Hok ni lagiiiii best..
Rasa macam nak ikut sekali jugak, sambil tumbuk2...
Ok badan dorang sangat mengiurkan... slurp slurppppp....

Ini la kejutan dia uols..
Ada melB spice gurl...

Sebenarnya bukanla kejutan pun, aku je yang terkejut2, hahahaha...
Lain kali bila nuffnang kasik note, sila la baca. Ini tidak, carik tempat kat mana, terus closekan attachment tu, padahal memang diberitahu yang melb ada sekali, coi...

Dia duduk dekat sangat dengan saya tauuuu.... *kembang idung.

Si melB nie memang kelakor orangnye....
Dan banyak cakap jugak.
Makanya sepanjang dia atas stage, memang la kami tak bosan.

2 lelaki itu adalah bos fitness first *maaf kalau salah...

Mereka bertiga....

Dan ehemmmmmmmm...
Senyum sambil menggigil tu uols, hahahaha.. lawak gile..
Masa mc tu cakap, ok kita ada lucky blogger yang akan naik stage ni untuk amik gambar bersama2 dengan melb, terus aku kecut perut. Bila nama aku kena panggil lagiiii aku kecut perut!

Bila dah sampai kat atas stage, terus rasa macam nak senyum ke taknak nie... ok aku nak berdiri kat celah mana pulak nie, maluuuuuu!!!
Bangga ye jugak, sebab selain bos2 yang bergambar dengan melb, kami blogger nie je yang bertuah dapat naik stage bergambar dengan dia. =)

Eh ada lagi...
Guna hp ajer, =(
Nasib lah...

Ok dah itu ajer, lepas tu cakap2 sikit dan masa untuk dia di interbiu oleh press.
Saya bukan press so kuasa la nak gi interbiu..

baik saya pergi makan, hahahaha
Lapar gilak. Itu pun dorang serve lite2 je makanan dia, tau la fitness 1st kan. Kasik makanan pun sikit punye healthy, mencik....

Ok sila bersyukur bila dapat makanan. Nasib ada daripada takde..
Eh pc memang wajib ada makanan. Kalau tak ada yang bising2. Lagipun, reporter memang kuat kritik, wakakaka.. i know lah...

Fokus kepada baju itu.
Ada sign dari melB, ko ado??? wahhhhh

Selalu nampak melb dari channel 712 melb scary world, tak sangka boleh nampak dan bergambar dengan dia secara berdepan...

Thanks milkadeal, thanks fitness 1st sebab ajak saya....

Love: Ceera =P

4 LoveGreen:

MummyYana said...

Salam Ceera..Mel B nie aritu ada dtg ofis untuk recording dgn radio..time nak balik lalu depan counter i..boleh tak i tak cam..duk ingat sape artis nie..tgk bonzer2 besar..mesti artis terkenal nie..kalau tak mesti nak bgambar dgn Mel B..huhu..rugi2..

MOBYDICK said...

cantiknya bila bertudung..

azura said...

haha..bertuahla kak dapat naik stage lagi 2...

Sakinah Mohd Darus said...

i love your blog.. hope u can visit and follow my blog back

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998