Instagram

Kurangkan Gula Dalam Minuman, Lebihkan Manis Dalam Senyuman

Entry baru ada di bawah ye. Terima kasih.

Susah ye nak kasik anak makan. Tambah2 lagi kalau anak yang memilih makanan. Rasa macam arghhhh tak tahu nak buat macam mana lagi... Masakkan bubur dia bluwek, kasik cereal dia nangis, bagi biskut baru 3 suap dia dah main lari2, adoiyaiiiii....

Terus rasa stress setiap kali nak kasik anak makan.
Eh keisha dan nak makan bubur, so tak stress sangat, hehe...


Tapi cuba kasik yang manis2, laju je hokey dia nganga...
Hei, bapak ko tahu aku curik2 kasik benda manis. Habislah dijelingnye aku nie.

Taukah korang yang budak2 berusia keisha tak elok amik gula??
Hari tu aku pernah bagitau kot..
No gula, garam dan juga madu...


So, bila masakkan bubur.... sila JANGAN sekali sekala letakkan 3 benda tu. Mungkin ko nak anak ko makan sedap sikit kan, teruslah ko letakkan gula. Haipppp, jangan sekali sekala tau. Tak elok untuk tumbesaran dan juga organ badan dia...
Tapi kalau dia dah besar, umur setahun lebih dah boleh la...
Cuma umur bawah setahun sila la elakkan...

Ok hari ni kita cerita sikit pasal gula... =)
Gula ada dua jenis ye iaitu natural sugar and added sugar. Wahhhh dah macam lecture plak aku, hahaha.. seperti soalan untuk exam... aku tanya, sila bagi dua jenis gula. Dan ko pula jawab, natural and added sugar.

Nanti aku pun tanya lagi.
Natural sugar tu apa???
Dan ko pun jawab...
Natural sugar adalah manisan di dalam buah2an cekgu...
Yeeeee cikgu kasik awak seploh markah!!!
Selain buah2an, dalam sayur2an dan honey juga ada natural sugar ye...

Natural sugar nie bagus la untuk anak2...
Ko nak kasik anak ko rasa benda2 manis + masam. Ko kasik la dia buah everyday.
Aku biasa kasik keisha makan buah pisang, oren, betik, epal dll. Dan keisha pun memang semangat kalau makan buah. Sedap betul gamaknya. Paling dia suka adalah pisang, dah sama macam ciput, gila pisang.

Tetapi… kalau makan berlebihan juga adalah tidak bagus. Makan berpatutan cukup. Sebab added sugar pun dibuat dari plant source kan. Tak kira natural atau added sugar, kalau amik berlebihan pun tidak bagus.


Tapi pernah juga la kan aku try2 kasik benda2 yang tak sepatutnya dia rasa seperti coklat, gula-gula, jajan, icecream hehe, and air bergula tiheeeeeee... bad mummy *pukul tangan sendiri.

Benda2 yang tak sepatutnya ni la yang dinamakan added sugar.
Yang mana sebenarnya, kita orang dewasa pun tak berapa nak elok amik semua benda ni dengan kuantiti yang banyak.. Tapi jangan la tak amik langsung sebab gula ni memberikan kita tenaga. Kang hypo pulak memasing kalau tak amik gula langsung.

Sebab tu la kalau ko nak kurus, ko disuruh kurangkan pengambilan gula..
Cuba ko try seminggu tengok. Mesti berat ko akan turun. Serius wa cakap lu. Aku dah cuba.. =P

Adik si babil si aishah tu kan, dia memang minah gula. Dia takkan makan benda yang tak manis. Kalau air, dia akan minum yang manis2 saja. Air masak memang tak akan usik ok. Lunch dia pula kekadang gula2, boleh?
Anak ko pun begitu juga ke???
contoh added sugar yang sedap, =)

Anak aku kecik lagi. So aku adalah menjadi pemerhati anak orang sahaja dengan harapan.... anak aku kalau macam tu, siaplah dia... memang aku biarkan dia kebulur tak makan, ecehhhh macam kuat sangat hati tu. =P

Nanti aku akan cuba formula mak aku dimana, masak benda yang sama hari2 sampai dia makan. Kalau dia taknak makan, pedulik. So lama2 dia akan makan juga sebab lapar. Eh aku pun kena jugak tau macam tu dulu. Makanya kita balas dendam pula kat anak. =) Untuk kebaikkan apa salahnye.

Ok melalut.

Aku nak tanya, Pernah tak ko tengok label kat dalam makanan anak ko. Kalau kasik nestum, cuba check dia punye ingredients kat belakang tu. Tengok berapa banyak gula yang ada di dalam nestum tu...
*terus la laju2 pergi masuk dapur tengok.


Kadang2 dia tak sebut gula tau. Dia sebut karbohidrat. Adik beradik la tu. tak pun dia akan gantikan dengan nama lain iaitu sucrose, corn syrups solids atau glucose syrups solids
Sila pastikan kandungan gula/karbohidrat tidak terlalu tinggi untuk anak anda.
The higher the carbohydrate = higher added sugars level

Dari kecik la kena jaga supaya bila besar nanti takde la penyakit2 seperti obesity, diabetis, dental caries, high blood pressure, heart disease and stroke datang menyerang.

Oleh itu, sentiasa la check label setiap kali nak beli makanan untuk anak anda. Penting tau!
Nak lagi safe, ko masak je la bubur. Lebih elok dari yang instant punye. Tak ke begitu ibu2 semua.

Ni ada sedikit research yang aku buat untuk korang semua.
7 langkah bijak kurangkan pengambilan gula yang selalu diwar2kan oleh kerajaan kita.
  1. Amalkan minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkabonat, air sirap dan kordial.


  2. Hadkan 1 sudu teh gula/susu pekat manis/krimer manis untuk setiap cawan minuman.


  3. Kurangkan penggunaan gula di dalam masakan.
  4. Elakkan makan snek dan minuman manis antara waktu hidangan utama & sebelum tidur.
  5. Utamakan makan buah.
  6. Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal.
  7. Pilih makanan dan minuman yang dilabel "kurang gula" atau "bebas gula".
Agak2 ko ada ikut tak?
Cuba pikir balik, satu hari minum air manis berapa kali?
Snek selalu makan ke tak kat opis?
Makan buah hari2 ke tidok?
Pernah tak cek label setiap kali membeli?
Makan dan minumam biasanya amik yang kurang gula atau tidak?

Kalau ko begitu, anak ko juga pasti akan mengikut bukan?
Sebab itu kalau mahu anak sihat, kenala bermula dengan diri sendiri. Aku cakap nie bukan untuk ingatkan korang saja. Tetapi untuk mengingatkan diri sendiri jugak.

Dan disebabkan anak aku masih kecil dan tak pandai lagi meminta2, makanya aku ingin korang berkongsi pengalaman anak korang dengan aku. Cara2 korang mengatasi anak kecil yang tak mahu makan healthy food tapi lebih suka memakan benda2 yang manis2. Mungkin aku pun boleh cuba kalau2 keisha sudah besar karang.
Atau adakah ko mengalami masalah untuk menghadapi anak yang susahhhhh nak makan buah and etc. Mungkin boleh bertukar2 pendapat disini.

Komen anda sangatlah saya hargai.

Dengan itu, marilah kita bersama2 kurangkan pengambilan gula sehari2 dan lebihkan memakan buah2an dan juga meminum air kosong. =)

Love: Ceera =P

11 LoveGreen:

haslina said...

samalah juga kesnya dengan budak2 ni. payah hendak bagi makan. last2 bagi makan nasi lembik.
ok je.

Dong, Dia & Azra said...

Masa Azra belum sampai 12 bulan, memang kitorang tak bagi gula, garam atau sebarang bahan perisa spt sos dll. And in fact bijirin untuk baby pun kitorang tak bagi sebab ada added flavor. Paling ganas Azra makan baby bites perasa original. Masa tu, kitorang akan masakan puree buah (lai, epal, pear dll) pastu bubur nasi letak carrot dan sayur2an untuk rasa manis dan ikan atau ayam. Kat rumah babysitter pon Azra bawak bekal makanan dari rumah sebab pernah terjadi babysitter tambah gula dalam bubur kosong Azra. Haih. Bila dah cecah setahun lebih ni, makanan Azra akan tabah sedikit garam dan sedikit gula. Kira kalau kitorang rasa, memang tawar sikit tapi cukuplah untuk Azra. Baby baya Azra ni dah mula boleh amik air selain susu dan air masak jadi kitorang belikan vitagen juga yang less sugar. Ada orang kata, okaylah masak untuk anak kalau anak nak makan tapi actually Azra pun bukan heavy eater. There are times yang Azra cuma makan 2-3 sudu tapi sebab consistently we never fail to give her good food, somehow so far dia boleh terima dan tak demand coklat, gula-gula atau apa2 yang kita pun as adult tak elok nak makan. Bila dia dah serasi dengan main meal yang berkhasiat, lepas tu barulah bagi biskut atau apa2 kerepek keropok yang dirasakan appropiate. Kalau sekat sangat pon takut anak jadi choosy plak later.

suffer8zine said...

wahhh senyuman manis

Terkini : Malaysia Bebas Kesan Radiasi

e.l.i.s.s.m.i.e said...

budak2 memang susah nak makan.bila dah besar sket, kuat makan pulak mcm my nuha :p

PuteriKureKure said...

jangan risau kalau keisha susah nak makan skarang ceera. khalish dulu camtu gak. tapi skarang tak bagi dimintak2 pulak. hehe.

sweethOneY said...

Dah dua hari tak minum air manisss T_T

cik nur said...

nur mmg tak kawin lagi tapi mak nur pun jaga jgak makan dan kebanyakan makanan kteorg dia yang masak dan kalo jajan kteorg makan tapi jarang dan umi pun pilih keropok yang tak der kandungan yang tak baik untuk budak2...kak ceera tak silap nur wardina kan ada terbit kan buku untuk permakanan budak2 pastuh dia ada bg resepi mcm mana nk buat makanan budak2 lebuh menarik cuba la ^___^

Ismahani said...

keisha tak nak makan sekarang sebab dia lebih sedap minum susu ibu. kebanyakan budak yg x-klusif bf mmg susah nk makan macam anak sulung saya. tp yg kedua paling byk mkn sebab tak brp nk xklusif bf...tak sempat.

dan part minum air kosong tu mmg patut diajar dr kecik sbb nnt dah besar dia tak reti sgt nk minum air manis2..paling2 pun dia minum skit je. nak sedapkan mulutnya semula dia akan mintak air masak... apa yg penting train from small....

NISA KHAIRI said...

Kalau anak2 xsuka makan, kita kena cari alternatif juga utk pastikan anak2 makan, kalau ikut kehendak anak, boleh sakit anak..try ur best ya sis..

sis,xnk try minum susu higoat n bg mak sis minum, bagus utk kesihatan..mak nisa sakit mcm mak sis, skrg alhamdulillah dh sehat...kalo berminat nisa ada jual susu tu..k

Suzila said...

anak ku...yg 1st kurus kering,makan ikut suke hati bila nk mkn.sayur buah semua bedal cuma susah sikit bab lauk.ayam xsuke,telur xsuka,daging x sukaa kekadang mkn nasi putih kosong jer sbb masakan ayam goreng :(

yg kedua...semua bedal,nestum mkn,bubur mkn,air masak pon suke kekadang lebih minum air masak dr susu :)...buah utk baby biasa bg seedless grape jer xtaulah bagus ker tak ;p

|| sue-imanja || said...

leh try kasik kurma... kekadang kita masak bubur baby boh kurma skali..adalah manis² masam sket

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998