Instagram

Video Baik Punye Nak Tunjuk Kat Uols

Entry baru ada kat bawah tau.

Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu video Anmum Connected Tots yang aku rasa uols boleh cuba kat anak2 uols...

Macam best okey.
Lepas tu, ko boleh tengok sendiri kehebatan yang tak terjangka kat anak ko. Hei, jangan main2 dengan anak sendiri okey, wpon ko tengok dia macam ala.. mesti tak paham punye, tapi cer ko try dulu.. mesti ko terkejut2 terkulat kat situ. Sebab tak sangka gitu kan.

Saya tau la.. saya ramai anak buah okey.
Kekadang tak tercapai dek akal dorang punye soalan. Tapi kenaaaaaaa jawab jugak. Sebab kalau tak jawab, malu la.. hehe...

Ok ini video dia...

Tak dapat tengok sini, mayb boleh click sini - AnmumTV

Kalau sapa2 yang tak dapat tengok video ni, meh sini aku explain sikit.
Ko pernah tak tengok iklan wardina dengan anak dia yang pasal. Ini magnet dan ini besi. Magnet boleh tarik besi tapi tak boleh tarik kain. Haaaaaaa lebih kurang begitu la..

Tapi yang ni version lain sikit...
Magnet jugak, tapi dengan petiais.
Lepas tu tetiba sudu jatuh ke bawah petiais.. lalu anak dia pun berpikir macam mana nak tolong mummy dia amik sudu kat bawah petiais...

Last2 ada 3 choices
Guna sudu untuk amik sudu,
Straw untuk amik sudu ataupun
Guna magnet untuk amik sudu

Kalau aku suruh keisha pilih memang tak la kan dia pilih. Dia bukan tahu apa2 pun lagi. Paling2 pun dia akan main tepuk2 screen aje. Masa aku suruh dia tengok video nie pun dia dok terpusing sana, terpusing sini. Langsung takde keghairahan mahu tengok, ekekeke....

Ko tengok la reaksi dia, hehehe

So cer uols suruh anak uols pilih jawapan yang mana satu..
Semua pun boleh click tau. Pastu boleh tengok jawapan kalau ko tersalah pilih sudu or straw...
Pastu akan tengok budak comel tu frust sebab tersalah pilih, hehehe...

Dan ini jawapan yang benar tiada yang benar selain yang benar


Bangga siot kalau satu hari nanti keisha pun pandai macam nie..
Nanti bila dia dah besar sikit aku nak tunjuk balik video ni kat dia. Nak tengok dia dapat jawab dengan betul ke tidokkk...

So ini la salah satu contoh connected Tot uols..
Di mana bila brain cells dapat berhubung antara satu dengan lain and solve the prob, connected tot pun berlaku...

Kan ke aku ada citer sikit2 dengan korang pasal perkembangan positif keisha tu kan. Itu connected tot untuk budak sebaya2 dia. Yang ni kira kalau dah besar sikit la. Lagi best sebab kita boleh tengok macam2 dorang dah boleh pikir.

Uols boleh tengok kat link nie jugak..
Baik punye link..
http://www.connectedtots.com.my/

So korang pernah tak dapat soalan2 pelik ke dari anak takpun korang tengok eh anak aku nie hebat woooo.. cer kongsi2 sikit dengan aku, nak tahu jugak. Takpun cuba kasik tengok video nie kat dorang, pastu tengok jawapan dorang then bagitau kat aku. Aku nak tahu jugak!! pelis pelis.... *sambil ngendeng2 kat bahu ko..

Love: Ceera =P

8 LoveGreen:

suffer8zine said...

layan video kejap :P

Kaseh NazLieza said...

dh beso nti keisha mesti bijak cm tu jg..

kimmy said...

anak kimmy mmg slalu tny soalan mcm3.kdg2 sampai tak terjawab dibuat sbb nk pikir kelogikkan jawapan utk soalan dia.hehe

anyway, thanks for sharing this video

p R i n c E S s _ N said...

tbaek...suke aku tgk...

cHiEydA said...

bukan sudu yg jatuh bawah petiais tu la kak ceera..kunci..

yg sudu jatuh tu iklan wardina..=)

sweethOneY said...

bebudak mmg comel2 kan. aku pepagi ske dgr CAYANGGGGG DIA kat era.. paknil layan bebudak kecik petah ckp. kdg2 mmg tak terjangka soalan dorang tu

Kak Aya said...

dulu salah satu soalan yang anak k.aya (pd ketika usianya 4 thn) tanya adalah kenapa bulan kat atas sana tak jatuh walaupun dia asyik ikut kita dr KL - KT ketika kita balik kampung? Sepatutnya dia mesti jatuh dan pecah berderai tapi tak jugak jatuh.

redhy said...

nice blog ,,..hope i'll get a lot of information on your site..regards

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998