Instagram

Menapak Dari Ampang Park Ke KLCC

Masa jemaat lepas yang korang berseronok cuti sakan tu..
Aku telah berjaya menyucuk ciput untuk keluar, hehehe...

Alasan:
Nak beli baju kurung color putih, =)
Nak pakai time kathy kawin kang. Tak jadi pakai baju nikah, sebab baju tu zip kat belakang. Kang jadi satu hal plak kang time nak menyusukan keisha!

So ke ampang park la kita
Sana banyak jual baju kurung... suke suke...
Banyak gile pilihan. Senang je nak carik. Ke depan sikit, ada baju putih, ke depan lagi ada lagi baju putih..

Then ada satu tu all white.. dia ada manik cantik kat leher. RM150!
Okla nice.. tak payah pakai inner bagai. Tapi takpe, kita jalan ke depan sikit... ada lagi cantik, tapi kainnye ala2 duyung gitu, so aku taknak. Susah la kain duyung nie, kain dalam asik nak terangkat je kalau jalan. Pastu size 36 pun takde! Yang ada size 38. Besar la, tak fit langsung.

Last2 aku beli baju kurung yang ada bunga2 color biru kat bahagian baju.
Tapi kena pakai dengan inner la...
So belasah amik yang tu...

Lepas dah shopping, sekali ciput ajak jalan2 kat klcc..
Ko tahu. Dari ampang park tu weols berjalan je ke klcc. Hebat kan????
Dah macam omputih dah aku rasa, sebab berjalan2 sambil tolak stroller di tepi jalan raya, hoho~

Perhatikan keisha...
Kemain hepi je dia kannnnnnn... senyum meleret!
Tapi sekejap ajer okey.. kat depan sikit dia dah mintak dukung!

Oh budak kecik nie, dah tak boleh duduk diam dah kat dalam stroller. Dia asik nak kedepan je. Bila kita tolak kepala dia suruh baring, terus bontot dia terangkat ke depan, kita takut dia jatuh!

Untuk keselamatan, terus pakaikan kat bahagian bahu dia punye tali pinggang. Selalunye kitorang clip kan kat bahagian pinggang je. Kali ni kat bahu sekali ko kena pakai.

Tapi jumaat hari tu aku rasa ramai yang tak keluar kot. Coz jalan sangat lengang.
Yela, time cuti kena cuti maaaaaaaa.. Lain la kalau ko housewife macam aku. Masa nie la pon nak paksa2 suami bawak jalan, hehe...

Penat berganda bila ada anak + bawak stroller adalah:
Nak carik baby room and jalan ke lift...

Bila aku naik keatas sekali pergi kinokuniya. Sekali keisha berak..
Turun balik bawah sekali carik bilik baby nak tukar pampers. Pastu naikkkkkkkkk balik terkedek2 carik lift. Begitu laaaaaaa..

Sebab tu kekadang rasa macam malas gile nak bawak stroller. Tapi tak boleh plak. Penat pula nak kendong keisha.

Ciput handle keisha boleh la kita melaram amik gambar kejap, hehehe...

Keluar berjalan2 begini.. tak perlu la pakai pb.
So itu la badan saya tanpa pb, ewahhhhhhhhhhhhh...

Love: Ceera =P

11 LoveGreen:

eT said...

shopping sekali sekala mmg best...
kalo selalu bukan kite jek penat...poket pon penat..hehe

CikPuanMiera said...

pakai la baby carrier.
aku pon da malas kot nak bawak stroller.
manjang nak naik lif. payah :p

zuera said...

comelnya keisha! pandai senyum sambil jeling dlm pic ke 2 tu..

p R i n c E S s _ N said...

badan tanpa pb...adalah selimmm...jeless..

ct shah said...

ceera,jeles tgk ur body.malatops!auww..nak beli pb fulus lom cukup,nak2 baru nak pindah umah baru..adeii..

strawberi said...

ceera..kalo kt klcc..pi isetan/parkson..ade baby room..tingkat atas ade..kat area baju baby

Mya said...

alololo keisha.. mengapa kamu begitu somel????
pandai senyum sengih2 dah..

ilygate said...

hi, i saw u masa queue nak beli pretzels at KLCC :)on that day.

sweethOneY said...

gigih okkkk jalan jauh kot. tp takpe ada geng jalan sama x penat sgt :P

lily lotus said...

bestnya menikmati keindahan alam dgn berjalan2 sambil tolak stroller anak :) seb baik keisha belum dapat 'kaki' tu. kalau tak mesti lagi seronok berkejar dgn dia

Zack ~ 'A said...

uiyooo~~ jauh la jugak tu kan.. berpeluh gak ketiak kalau jarang jalan jauh mcm sy nih.. hahah.. tp ceera, badan awk fuhhhh selim emlimmm.. terbaikk wokkk.. gooddd2!! ;)

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998