Search CM

Loading...

Friday, December 31, 2010

Makan Banyak2 Sampai Buncit

Malam krismas hari tu, weols makan2 kat hotel royal chulan bebeh.
Bestttttttttttt... sebab kat sinun makanan dia banyak!! dah la banyak, sedap2 plak tu. nyum nyum!!!

Keisha hari ni ko takkan nampak dia senyum.
Tak tahu la kenapa. Blur kah? mengantuk kah? bad mood kah?
Tapi ok je takde nangis2 pon, cuma time bergambar tu bila kita panggil2, dia pandang buat muka blur aje, hehehe...

Alif si bossy pun ado!
Alif dah 8 bulan dah, so dia dah pandai mengesot. Laju gile okey dia mengesot, lawak je tengok. Merangkak tu sikit je boleh, tapi mengesot yang paling bolehhhhhhh sekali..

Cuma alif belum pandai duduk like keisha...

Makanan saya..
Dua nie je aku snap tau..
Yang lain keterlupaan + ghairah makan, hehehe...

Keisha duduk kat baby chair yang tak serupa baby chair langsung.. ini kerusi layak untuk budak yang sudah besar nie.. sebab langsung takde tiang kat belah kangkang baby. Kira kalau baby tergelincir boleh terus menggelungsur ke bawah terus.

Maghrib di sana bebeh..
So tak sempat nak bercantik2. Kang cantik2 harus kena buang mekap sebab nak solat.

Keisha pandai mengesot ke belakang, hahaha..
Dia kalau ada benda nak ditarik baru dia boleh ke depan.
Kalau tak kebelakang saja...

Makan2 ni sempena krismas gitu..
Ko pun paham2 la kan...
Selain tu, invite sekali sepupu ciput yang baru kawin... dia bawak sekali bini dia yang sedang mengandung 3 bulan. Sapa ntah namanya. Daren and serius aku tak ingat nama, hahaha...

saya nampak tembam di situ, tsk tsk tsk....

Aku tak henti2 makan sampai dititisan yang terakhir..
Dalam kul 10 kot ke 9lebih. Baru perasan ada bubur pulut hitam, nasib baik nampak. Kalau tak rugi akak tak dapat rasa tau. Dah la aku suka bubur pulut itam, sedap sangat!

Sesi bergambar sebelum pulang...

Sori la.. gambar gegar2 la.. dah tu guna camera phone aje kan. Bila la haku nak ada camera canggih ntah..

Selamat bercuti semua..
Bestkan tetiba dapat cuti hari jumaat. Wpon saya hari2 cuti, tapi saya tetap excited kalau ada public holiday, sebab boleh la ciput spend time together bersama2 kami sekeluarga, =)

So, thanks kepada pemain bola sepak malaysia sebab mereka kita diberi coti.
Nampaknye korang takleh la nak kutuk pemain bola sepak malaysia untuk setahun, hahaha...

Love: Ceera =P

Wednesday, December 29, 2010

Update Laju-laju

Hari ni saya mahu berjumpa seseorang...
Kawan lama, rindu sangat2. Nanti bila dah jumpa saya amik gambar letak kat sini okey..
So skang saya membz nak bersiap bagai. Tapi sebelum keluar, saya kena bfast dulu... kalau tak nanti ciput marah!

So, dari membiarkan blog ini tidak berupdate, saya sertakan gambar keisha untuk tatapan anda semua...

Orang dah ada anak begini la ye kawan2, hehehe...

Kalau tak letak gambar sendiri, letak gambar anak lah!

Muahssssssssss

Love: Ceera =P

Tuesday, December 28, 2010

Menunggu Sejam Setengah Di Kereta

Ini 2nd time aku berada di kejadian yang mengerikan, wuwuwuwu..


Ala, kan ke hari tu masa odw turun dari cameron aku ada pung pang pung pang kat fb cakap tengah tersekat kat be4 simpang pulai sebab ada eksiden, sadis woooo...

Nak dekat 2 jam menunggu dalam kereta. Mujur tak terasa nak terkencing, kalau tak celah mana nak pergi kencing??? mano???

Ini la pakcik yang nak terkencing, muahahaha..

Pompuan kalau nak terkencing, boleh lagi ditahan2, lelaki??? seksa kot nak menahan...

Actually, eksiden bas kat simpang pulai nun, terbalik jam 1130 pagi. Masa weols sibuk soping2 nampak la ada ambulans nino nino dari atas. Memang tahu la kan mesti ada eksiden kat bawah sana. Tapi idak la terpikir bas yang eksiden. So bila odw turun aku perasan jugak, apsal la lane sebelah nie takde kereta pun yang naik. Kosong ajer. Kalau ko potong keta kat corner pun takde masalah, memang nan ado keta langsung yang naik!!!

Elok nak dekat sampai bawah, tetiba nampak semua keta benti, siap keluar2 pergi kedepan..

Ah sudahhhhhhhhh.. ada sekatan jalan kah???
Masa tu dah kul 2 lebih kot. Tak ingat sudah haku...

Intai ke depan sikit nampak tali kuning tutup jalan..
Aik eksiden ke???
Lalu buka tingkap tanya2 orang2 kat luar, well kepoci katanya...

Dorang cakap bas terbalik, ramai yang mati, uwaaaaaaa takut!!!!

Ini gambar kejadian!

Hehe...
Keta kitorang keta yang ke 7 camtu la dari depan, so memang dekat sangat kalau nak tengok. Mula2 aku taknak tengok tau. Takut!! dah tu kalau sejam berpanas bontot dalam keta, keisha plak rengek2 dah bosan, keluar jugak la kan dari kereta..

Bila pergi ke depan, ohhhhhh tak nampak apa pun.
Nampak la bas tu, tapi takde la nampak mayat2 darah2 bagai kan, hehehe...

Keta lain dah lepas ke depan, keta weols je yang malang kena sekat sebab time weols turun time dorang nak keluarkan mayat, thats y la kejadian jam 1130, tapi jam 2lebih baru jalan ditutup...

Basahkan towel letak kat kepala keisha, kasik sejuk sikit. Sebab minyak keta cun2 je nak habis, hehehe...

Hensem tak ciput pakai baju lengan panjang, hehehe..
Yang sebelah tu azri, sepupu ayin. Dia naik keta dengan kitorang!

Aku sorang je turun ikut simpang pulai, yang lain semuanya turun ikut tapah.
Aku ikut sini sebab nak singgah jumpa linda kejap... kan ke linda dah duduk perak, so mahu singgah kejap tengok perut dia, =)

Pukul berapa ntah ko jangan tanya, dorang dah bagi jalan.. so sempat la amik gambar sikit2...

Ish ish ish.. kesian betul kat pelancong2 thailand nie..
Mesti dorang baru syiok2 turun cameron, sekali kejadian ni berlaku. Aku tak rasa pun dorang tengah tido, sebab baru sangat turun kan..

Bas nie sama lane ngan kitorang, agaknya dia bawak laju kot, so masa kat corner dia langgar divider lepas tu terbalik terus zasssss hentak ke longkang sana...

Bas ni dua tingkat, memang tak nampak dua tingkat dah, sebab yang atas tu terpenyek habis.. sebab tu ramai mati!

Kejadian dia simple je takde terbalik2, tapi tu la... bila bumbung tu yang hempap ke tepi, tu yang terpenyek ramai mati tu.. wuwuwuwuwuuu..

Besoknya ke lusanye.. ada lori plak kan terbalik kat tempat yang sama..
Aku rasa kat situ dah banyak hantu kap kun kap dah, hahaha...

Sampai2 bawah terus carik makan sebelum terjah rumah mertua linda...

Dapat jumpa dia kejap pun jadiklah, seronok sangat..
Due linda 31Dec nie tau, so dia sedang menunggu hari untuk beranak.. Marila kita sama2 doa semoga dia dan baby selamat dan sihat2 sahaja ye, amin...

Love: Ceera =P

Ada Sapa2 Mahu Ke London?

Ada orang nak jual tiket dia, so if uols mahu boleh email terus ke Nurul di - businessq@yahoo.com

~ KL - London (29 April 2011)
~ London - KL (14 May 2011)

Price : RM2150 (actual ticket's price ni)

Love: Ceera =P

Monday, December 27, 2010

Ala2 Photoshoot Di Cameron Highland

Sumpah sentap bila tengok gambar2 kat pc abangndak lepas tu takde pon gambar diri sendiri, huwaaaaaaaa... asik la, wooooooooooo gambar family kakcik, wooooooooo gambar family andak, woooooooo gambar kaklang, begitu... *woooo wooo woooo tu seperti menjerit2 + gelak2 macam orang gile lepas tu perli2, haaaaaaa lepas nie nak letak gambar tu la kat fb, hehehe..


dah tu, time dorang sibuk bergambar kat taman orkid, aku plak sibuk petik stoberi. Pastu bila dorang sibuk amik gambar kat depan apartment, aku plak sibuk carik toilet. Lepas tu bila dorang amik gambar kat ladang tea, aku plak baru hegeh2 mahu turun. Ateeeeeeee macam mana nak ada gambar sama, tsk tsk tsk...

Pastu dorang sok sek sok sek...

Yela, atam kan nak dengan family dia ajer...
Erk?? perasan sangat eh, hehehe..
Takde la mana ada nak dengan family aje oh... ciput tu ha, bukan reti nak menunggu, lepas tu keisha tu haaa asik nak tido ajer, wahhh salahkan mereka...

So dengan tak puas hatinye, sebab gambar dorang cantik2. Maka aku pun telah memaksa ciput untuk turun bawah dan amik gambar sama2, sambil meminjam camera besar abangcik...

Lepas nie ko woooo wooo wooo kan plak gambar haku eh, hehehe...

Sebelum turun..

Terbaik la camera abangcik nie, gambar cantik sajeeeeeee...
Aku buat mata stim pun gambar aku tatap cantik, hahaha..
Tapi takde la aku bubuh gambar tu kat sini eh. Harus letak gambar yang gojes sajer, ekekeke...

Keisha dan sepupu nye...

Masa ni sejuk tau, tapi saje poyo takmo pakai sweater, hehehe...

Budak hepi memanjang!

Dah aku tak buh caption dah. Ko tengok ajer la gambar ala2 photoshoot ini.
Gambar di ambil oleh ika (anak buah saya yang sulong!)

Gambar dengan bunga ros!
Dah tu, tak jumpa taman bunga ros kan. Amik gambar dengan bunga ros yang ada kat tepi2 apartment pun jadilah.

Cantik jugak.

Puas hati haku, muahahahaha...

Ok itu saja gambar di cameron.
Malam2 - weols buat bbq makan ayam and kambing.
Besoknya, soping sikit2 untuk di bawa pulang!

Love: Ceera =P

Cepat Sebelum Terlambat

Short entry for PB
Just nak bagitau kat uols yang harga promo untuk PB sudah mahu katup...
So if nak beli kena beli cecepat okey, kalau tak rugi RM400 ko...

Bila mahu katup???
This week bebeh...
Ye, ini bukan main2 ini betul2 punye. This week adalah last untuk harga promo. Start nextweek/next month. Harga akan kembali kepada yang asal iaitu RM2400 untuk set yang kecil and RM2600 untuk set yang besar...

Dan harga promo sekarang adalah RM1972 (kecil) dan RM2168 (besar)

Cepat sebelum terlambat

Kalau berminat boleh email terus ke ceeramoon@gmail.com atau pm di http://www.facebook.com/ceera

Sebelum menutup entry, saya sertakan tatapan untuk anda, hehehe


Love: Ceera =P

Sunday, December 26, 2010

Bertiga Lebih Baik

Tiada yang indah selain bersama keluarga tercinta..


Love: Ceera =P

Saturday, December 25, 2010

Petik Stoberi Bebeh

Tetiba feeling pekerja part time memetik stoberi gituk!

Sebelum mengerah tenaga, harus bergambar dulu...


Dari dulu gua teringin mahu petik stoberi dengan tangan sendiri.
Akhirnya, lihatlah dunia...

Makanya, masa petik harus serius kawan2...
Nanti kena buang kelija... hehe

Stoberi sedappppp...
Cicah ngan coklat, perghhhhhhh.. takde coklat, gula pun jadik.

Ok, masa untuk serius..

Boleh jadik gila ok time petik. Baru petik hok ni nampak sini plak yang merah, baru petik yang tu nampak situ plak terjuntai2 merah.. Sambil terdengar stoberi itu berkata, meh la petik aku, meh la petik aku plak...

Bila dah petik petik petik..
Terlebih limit sudah, hahahaha...

Patutnya nak cukupkan sampai garisan tengah tu je.. sekali terlebih2 plak gua petik. Takkan nak main campak2 plak kan, membazir namanya... Oleh itu, takpe.. bayor je la yang lebih2 tu, sapa suruh petik tak hingat dunia...

Semuanya, RM22hingit!
Yeayyyyyyy...

Kalau ko beli kat luar tanpa petik sendiri, hurmmm dalam RM15hinggit kot. Tapi kecik sikit.. so better petik sendiri, baru syiokkkkkkkkkk...

Puas hati aku dapat petik stoberi..

Oh ye.. tempat yang tak dapat pergi time kat cameron adalah, tempat rama2 and bunga ros...
Yang bunga ros tu tak tahu kat mana dorang pindahkan. Ke ada kat situ aku tak perasan???? Sebab yang tempat lama tu, tengah buat renovation untuk buat hotel kot... so sentap gile tak dapat amik gambar dengan bunga ros... kalau tak mesti cun giler...

note: Merry Christmas daddy and auntie uncle sepupu sepapat semua!!!!

Love: Ceera =P