Search CM

Loading...

Tuesday, November 30, 2010

Tutorial Widgets Twitter Di Blog

Kat blog vp dah ada dah tutorial nie. Tapi dah ada yang tanya aku camne nak buat, kita kasik ajar ajer la eh..


Aku pun belajar dari vp jugak, hehehehe...

Memula, bukak akaun twitter memasing.
Sapa yang takde twitter sila la bukak account eh...
Uiii twitter pun boleh buat duit okey, jangan ko ingat blog ajer boleh buat duit, twitter lagi cepat ko dapat duit.

Jangan lupa add saya tau, hehehe
@ceeramoon

1) scroll bawah sekali. Then click Recourses

2) Then click see all widgets.

3) click my website dan pilih search widgets.

Search Query tu, ko masukkan nick ko. Lepas tu click test settings.
Title and Caption ikut sokahati memasing

Tepi tu ada settings, preferences, appearance and Dimension.
Click dulu baru tau...
Tu aku tak terangkan la.. memasing paham kot bila dah click kang.

Then click finish and grab code.
Copy dan pastekan ke dalam blog memasing..

Macam biasa, di blog..
Design - page elements - add a gadget - html/javascript.

Selamat Mencuba.

Love: Ceera =P

Tugu Negara Malaysia

Aku dah sampai tugu negara bebeh!!!

Ko dah sampai??? sambil buat muka berlagak. Hahaha..

Umur 28 baru nak sampai kata ko..
Duduk kl sejak lahir, tapi dah beranak satu baru hegeh2 sampai sini.
Nasib baik ciput ajak, kalau tak.. tak tahu la apa nak cakap, =P

So, moh ler kita bergambar...

Waktu melawat sampai jam 6 ye. Tapi kul 7 kot baru dia tutup pagar tak kasik orang masuk.

Ayat paling mahal!!!
Untok dan Gugor...

Keisha besar skit, mummy bawak lagi jalan2 sini. Kalau tak jadikla macam mummy. Dah kawin baru sampai sini.

Padahal bukan jauh nau pun...

Waaaaaaaa excitednye sayaaaaaa....
Rasa nak nangis dapat tengok tugu negara depan mata. Selalunye dapat tengok dalam buku and tv aje...

Dulu aku ingat ada 5 patung ajer tau. Rupenya 7 ye, hehehe...

2 terbaring, sorang tu macam nak terjatuh, sorang tengah papah, 2 orang pegang senapang, sorang pegang bendera..

Sapa la yang yang buat tugu negara nie eh, hebat betul aku rasa, hehe...

Ok dah puas bergambar. Jom jalan2 sekitar tugu negara pulak...

Model apa ntah nie, tak paham haku..
Katanye. Ada 6 model yang menyatukan negara asia. tapi itu la.. model apakah???? pelik sungguh rupamu...

Jalan2 lepak2 makan icecream. Be4 maghrib, terus bertolak pulang ke rumah..

Oh yeahhhhhhhh..
Terisi juga wekend aku.

Ni aku kasik copy paste kat wikipedia untuk pembacaan korang!

Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat.

Love: Ceera =P

Monday, November 29, 2010

Pandai Ia Pusing

Kongsi pengalaman manis dengan korang bila keisha sudah pandai pusing meniarap.
=P


Pandainyeeeeeeeee....

Love: Ceera =P

Sunday, November 28, 2010

Pilihan Raya Sudah Bermula, =P

Entah bila ada vote2 nie???
Tadi bukak fb baru perasan ada orang msg kat wall cakap dah vote dah vote...
Pastu zackU pun ada sebut2 jugak pasal vote2.
Rupenya2, ada main vote2 plak ye..

So nama saya tercalon dalam blog isteri pilihan, hoh!!!!
Y isteri? hahaha...

Paling sentap bila tak masuk dalam blog tutorial pilihan..
Yen na deiiiiiiiii, blog aku banyak tuto kot.. kecik ati okey, semangat cari nama kat bahagian tuto sekali takde, sadis!!!

Oleh itu.. if uols jenis rajin nak mengundi boleh la masuk web ini ye..

Dah nak tarikh tamat dah pun.
Dan saya sudah vote untuk vp and sepet.
Disebabkan vp satu ketagori dengan aku, tak dapek la nak vote diri sendiri, hehehe...

So moh ler kita mengvote untuk vp dan sepet...
Supaya mereka boleh melangkah ke satu lagi level, wohOoooooo...

Love: Ceera =P

Saturday, November 27, 2010

Berguguran

Sadis!!!
Kekadang tu takut nak cuci rambut, sebab tiap kali cuci je ini la hasilnye...

Waaaaaaaaaaaaa!!!! tsk tsk tsk...

Dulu aku tak berapa nak percaya sangat bila orang cakap..
Haaaaaaa, ko tengok la nanti. Lepas ko beranak kang. Rambut ko pulak yang gugur!

Terus aku cam, hok oloooooooooo apa kena mengena..

Tetiba skang, wuwuwuwuwuwu....
Keisha, jangan la main air liur, tengok rambut mummy dah banyak gugur dah nie...

So korang buat apa la kalau rambut gugur banyak macam nie?
Aku nasib rambut lebat, so macam takde kesan sangat. Cuma macam scary gila kot tengok rambut gugur sana sini. Kat lantai rumah ni pun bersepah rambut aku ajer, hehehehe....

Tolong tolong!!!

Ni yang nak potong rambut pendek nie.

Love: Ceera =P

Friday, November 26, 2010

Tutorial FanPage Blog Di FB

Kelas fan page katanya, hahahaha...
Takde la fan page sangat sebenarnya.. kira kategori sapa suka blog aku sila la like2. Nak tengok ramai ke tidak, begitu la kisahnya...

Ni kes blog yang takde followers, takpun readers takde acc gmail or bla bla bla... tapi nak jugak tengok eh berapa ramai kah yang like blog aku, begituuuuuu....

So begini caranya ye kawan2
Pertama ko harus ada FB acc
Kedua kena ada blog la.

Bila sudah ada dua2 ini, baru la boleh menjalankan operasi meletakkan fan page blog di fb...

Ok.. bukak akaun fb memasing. Lepas tu scroll bawah sekali.

Click kat advertising

Lepas tu pilih fb page.

Then click di create a page.

Pilih yang create Community page. Kalau ko artis, ko pilih la yang disebelah tu. Tapi artis ke ko? hahaha... But still can la kalau nak buat yang belah artis tu, takde sapa nak kisah. And kalau ko ada bisnes pun click di sebelah itu jugak. Ini cuma nak tunjuk macam mana nak buat je, tu yang aku saja test butik ceera disitu ye...

Ok dah dapat page like2 untuk blog ko..

Then Masukkan lah gambar bla bla bla segala.. semua dalam gets started.
Coding segala bagai pun dalam itu jugak.
Hok tu tak payah la aku tunjuk. Korang semua hebat tang fb. Pepandai la explore.

Bila dah dapat coding. Masuk balik ke blog. Pergi ke design - page elements - add a gadget - html/javascript. Pastekan coding, dan save....

Siap sudah...

lepas tu boleh heboh dah ada fb page yang like2, dan suruh la kawan2 untuk like if mereka like ko punye blog...

Selamat Mencuba

Love: Ceera =P

Susu Dutch Lady Frisomum Gold, so yummy.

Dulu masa aku mengandungkan keisha, aku tak pernah miss minum susu. Hari2 aku akan minum susu walaupun sikit. Dan sampai skang aku masih lagi minum susu. Cargas!!!


Nak tahu aku minum susu apa?
Susu Friso mum gold bebeh.

Rasa dia very creamy. Sedap sangat....
Sapa yang tak minat minum susu should try this susu. Pasti berbaloi2...

Eh susu ni bukan hanya untuk ibu mengandung saje tau. Ibu yang sedang menyusukan anak pun boleh minum susu Friso mum gold nie, sebab khasiat dia sangat banyak untuk kita salurkan kepada anak melalui penyusuan.

Ko pun tahu kan, salah satu nak buatkan susu kita kekal banyak adalah dengan pengambilan susu sehari2...


Kebaikkan susu friso mum gold:
  • Mengandungi DHA, AA dan SA untuk perkembangan otak bayi
  • Mengandungi prebiotik & probiotik yang membantu dalam segi pencernaan yang boleh meringankan masalah sembelit.
  • Diperkata dengan nutrision sesuai untuk ibu2 yang mengandung, terutamanya prebiotik & probiotik.
Tengok gambar kat atas nie pun ko dah boleh nampak kan, betapa banyaknye kebaikkan susu Frisomum gold nie berbanding dengan susu2 yang lain.

Ceera, aku tak boleh la minum susu. Asal minum je nak muntah, minum je nak muntah. So camne eh??

Ok, memang ada orang yang macam nie. Nak nak plak tengah mengandung kan, kita tak boleh nak paksa2. Tapi dalam pada tu, kena pikir jugak kalsium untuk baby dan juga diri sendiri, sebab if ko tak amik kalsium yang cukup, esok2 ko tengok la badan ko. Sikit2 sakit belakang, sikit2 lenguh sana sini.

Sebab if kalsium tak cukup dalam badan semasa sedang mengandung, anak ko akan ambil sikit2 kalsium yang ada tu untuk diri sendiri. So sapa yang rugi disini?

So apa kata korang cuba cara ini.
  • Bancuh susu tapi letak liquid coklat, nanti jadik air coklat. =)

  • Buat air hot coklat instead tapi tambahkan dengan dua sudu susu di dalamnye...

  • Boleh jugak buat ice cream vanilla. Just masukkan dalam freezer, tunggu sampai ia beku, lepas tu nyum nyum..

  • Kalau taknak jadikan ice cream pun boleh, letak dalam fridge dan biarkan ia sejuk. Fuhhhhhhh terbaik okey rasa dia.
Still ada pengambilan susu sehari2 kan?

Macam nie jugak la yang aku buat.
Sebab aku ni pun tak boleh minum susu secara kerap, aku cepat bosan. So untuk tidak bosan. Minggu nie straight aku minum susu, minggu depan plak aku minum dengan hot coklat instead pulak. So next 2 week lagi, aku minum dengan 3 in 1, begitu...

Oleh itu tak cuba maka tak cinta gitu.
Cuba dulu baru tau...

Dont wory, susu nie takde lemak2 yang boleh buatkan sesorang itu menjadi gemuk sebab Frisomum Gold adalah 52% lemak lebih kecil dibandingkan dengan susu full cream dalam volume yang sama.

Mahukan sampel percuma?
Dapatkan di www.friso.com.my.

Love: Ceera =P

Thursday, November 25, 2010

Hari Untuk Memetik Buah Rambutan

Depan rumah saya ada pokok rambutan.


Setelah sebulan menunggu merah, skang sudah tiba masanya untuk dipetik. wohOoooo....

Boleh tahan banyak jugak la.
Rendang2 je. Tapi kalau yang kat puncak tu, ujung2 tumbuhnya...

So, kekadang tu ada la orang lalu lalang main amik je buah kat depan rumah aku nie..
Aku tak kisah sangat, nak makan amik ajer la, kat bawah2 tu bersepah, jengket je dah boleh petik. Fresh dari pokok gitu kan... Tapi jangan over panjat.

Tahun lepas pernah kot. Siap panjat2, dah la tak mintak izin, coi...

Kalau takat amik dari bawah tak mintak izin tu ok lagi. Biasala, orang nak merasa. Tak boleh tahan... lalu2 je nampak buah rambutan merah... lalu2 je nampak lagi buat rambutan merah, mana boleh tahan.

Tapi kalau yang panggil2 askum mintak izin lagiiiii la aku tak kisah.

Macam makcik kat depan rumah aku nie...
Amik 3 biji pun siap bagitau dia amik rambutan 3 biji, hahahaha...

Dik, makcik nak amik sikit rambutan nie boleh?
Amik ajer la makcik..
Makcik amik yang kat bawah2 ni ye..
Yela.. tapi elok2 tau makcik..
Yelah...

Pastu mengadu2 ada orang amik buah rambutan rumah aku selamba je tak mintak ijin, hehehe...

So hari memetik buah rambutan tu dapat la weols 2 plastik besar.

Bagi jiran depan sikit. Jiran sebelah sikit. Mama amik sikit, bawak balik rumah mak sikit. Dan kat rumah pun ada sikit..

Minggu nie operasi memetik buah rambutan lagi. Sebab dah merah2 sangat dah aku tengok, kalau tak amik rugi kang terlebih masak tak sedap pulak.

Love: Ceera =P

Gambar Keisha Bebeh

Semua gambar diambil oleh leena...

Comel sangat, so aku jaja kasik korang tengok, =P

Sekian terima kasih...

Love: Ceera =P

Wednesday, November 24, 2010

Olay White Radiance Membuatkan Wajah Anda Lebih Cerah & Berseri

Pernah tak anda melihat muka dicermin sambil berkata di dalam hati.
Aku nak tukar produk kecantikan lah, tapi tak tahu nak guna apa.

Tak pon semasa membeli belah di watson ataupon guardian, anda melepak di satu2 bahagian sambil membelek itu ini tapi still konpius tak tahu nak pilih yang mana...

=)

Aku selalu okey...

So suatu hari, masa kat Watson tetiba terbuka hati aku nak cuba produk olay. Sebab sebelum nie aku selalu dengar feedback yang positive dari orang ramai tentang Olay, so why not untuk kita cuba Olay kan…

Olay white radiance.

Baru guna beberapa hari dah rasa macam best gila..
Sangat sesuai dengan muka aku yang maha kering ini…

Paling aku suka adalah Olay White Radiance CelLucent White Essence
Sebelum aku cerita panjang lebar, aku bagitau dulu kat uols apa kelebihan dan kebaikkan CelLucent White Essence
  • Diperkaya dengan CelLucent Complex untuk aksi percerahan
  • Mempunyai vitamin B3 yang membantu bertindak ke atas pemindahan melanin ke permukaan kulit.
  • Sekiranya anda ada parut atau bintik2 hitam, ia akan membantu mengurangkan dan menggalakkan kulit kembali kelihatan seperti biasa hanya dalam masa 4 minggu penggunaan*.
* Dengan penggunaan kerap.

Picitkan kepala botol untuk menarik cream ke atas.
Lepas tu picit kepala botol dan terus letak cream ke atas permukaan kulit.
Selepas itu boleh sapu dengan menggunakan jari anda dan ratakan ia disekitar wajah dan juga leher.

Bila nak pakai?
Selepas mencuci muka.

Yang nie sangat bagus tau, sebab dia boleh menghilangkan bintik2 hitam kat muka kita. Macam muka aku nie kan, kat bahagian pipi ada la sikit2 parut bekas jerawat + warna tak sekata akibat panahan matahari, punyela bertahun nak tunggu hilang. Tapi bila pakai nie, tup tup kejap ajer dah hilang. Tak ke amazing namanya tu.


Nak lebih amazing, ko kena pakai together2 with the moisturizer. Baru nampak kesan dia, terbaik, memang baik dan sangat baik!!! =)

Krim moisturizer nie macam gel sikit. Bila ko pakai kat kulit muka, tak rasa berminyak langsung. Sebab ia cepat meresap masuk ke dalam permukaan kulit. Serius wey, best gile pakai nie. Tak macam moistrurizer yang lain, asal pakai je berkilat2 muka bila kena matahari.


Dan ko tak payah calit bebanyak, calit sikit dah cukup untuk sekitar muka dan juga leher.
Satu botol nie boleh tahan lama jugak.
Pakai 2 kali sehari, pagi dan juga malam.

Hasilnye kulit akan tampak lebih cerah dari biasa. Dan yang paling penting, kulit muka akan lebih sekata. Tidak la, sini cerah sini gelap. Dan paling best, tompok2 hitam pun mulai pudar dan kulit muka pun akan beransur halus.

Sila lihat wajahku, lebih putih kan???
Tengok pipi aku. Dah tak nampak bintik2 kan... eh takde photoshop2 eh, tolong sikit. Apa tu photoshop? =)

Dan ini kata salah seorang pengguna dari Olay White Radiance jugak!

Saya dan Sepet

Mana nak dapatkan Olay White Radiance?
Kat farmasi ada, kat supermarket pun ada dan tempat paling senang nak di cari adalah di guardian and watson...

Love: Ceera =P