Instagram

Kemudahan Di Post Mart

Senangnyeeeeeeee bila ada post mart.
Tak perlu aku nak terkocoh2 kejar pejabat pos tutup pukul berapa, =P
Coz post mart hari ahad pun bukak hoh..

Eh ko tak tahu?
Skang kalau nak pos laju boleh buat kat post mart. Dia bukak macam kedai biasa, dan tutup dalam jam 10 kalau tak salah. Pastu hari ahad pulak bukak sampai 4.30.
Jadik if ko ada barang like pos laju or pos ekspress, boleh la hantar kat post mart.. Sebab dorang terima penghantaran hari sabtu dan ahad, cuma barang ko takde la jalan sabtu ahad kan. barang ko akan jalan hari isnin ler......

Selain pos laju, dia ada buat servis penghantaran jugak. Namanye Hy Jet Express. Tapi kat kawasan selangor and kl sahaja. Kalau ko nak hantar ke penang, sila guna pos malaysia yooo...

Post mart nie ada kat bandar sri permaisuri, sebelah sebelah Qbistro.
Amik ko, dah ala2 iklan aku buat, hehehe..

Sempat jugak belikan keisha tabung kat post mart, =)

Ada la jugak rezeki keisha masa dia lahir hari tu. Dok tersimpan kat dalam laci, bila dah ada tabung nie haaaaaa.. proper la skit. Lagipun mau raya sudah, harus collect duit raya banyak2 untuk keisha, hehehehe.. jadik, tabung sangat2 la diperlukan supaya makpaknye tak terpakai duit anaknye, =P

Oh tq kak fasz sebab kasik duit raya kat keisha.
Sempat okey kak fasz, beli baju kat aku. Bila nak transfer duit, dia kasik lebih suruh kasik kat keisha as duit raya, =P So sweetttttttttttt...

Dan duit tu saya dah lanting masuk dalam tabung keisha.

Love: Ceera =P

Salam Merdeka Satu Malaysia

Satu hari aku pikir tajuk tau, hahaha...

So selamat menyambut hari merdeka yang ke 53 warga malaysia... *sambil jerit2 dan lambai2, =P
Besok uols buat apa lah?
Pergi dataran kah?
Aku dari dulu teringin nak turun dataran tengok perarakan, tapi sampai skang tak tunai2. Macammana mau turun kalau bangun pun sudah jam 10, hehehehe...

Eh taun nie kat dataran ke putrajaya eh?
ke takde langsung? wakakaka...

Malam nie korang yang muda2 belia mesti ghairah turun kl kan?
Aku dulu2 boleh la bersosak2 kat luar nun, skang dah susah skit. Tunggu keisha besar kang baru boleh bawak dia jalan2 tengok bunga api. Skang tunjuk pun dia bukan ada perasaan... mak pak dia je yang lebih berperasaan kang tengok bunga api sambil loncat2, hahaha...

Oh seperti tahun2 yang lepas, wpon tidak menyambut di luar.. tapat jam 12 harus berdiri sama2 menyanyikan lagu negaraku di depan tv, takpun berlari2 anak keluar untuk tengok bunga api.

Kalau kat rumah mak, berlarik2 naik atas bukit. Kalau rumah mertua lak, berlarik2 ke rumah jiran depan, kat situ pemandangan cantik punyeeeeeeeeee.. ko boleh tengok bunga api kat setiap sudut. Taun nie kat rumah sendiri kot. So, lepak dalam rumah sajalah tengok tv...

merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!!

Love: Ceera =P

Ho ho ~

Hehehehe
Plat number gini pun ada kah? lawok lawok...

Lokasi: Otw ke bukit cheras, alaaaaaaa.. naik bukit yang banyak corner tu, kalau dapat drift terbaik oh....

To tuan punye kereta. mintak ijin amik gambar kereta + plat number bubuh sini yaaaaaaaa... jangan saman saya tau, takutttttttt.. saya takde duit pun kalau awak nak saman.. tapi awak punye plat number memang hebat oh, bukan semua orang boleh dapat tau. Kalau awak mau jual mesti ada orang mau beli juta juta...

Love: Ceera =P

Tuto Yang Sudah Ketinggalan Jaman

Aku ada 2 tutorial yang aku nak kongsi dengan korang. Tapi tak tahu taun bila nak kasik update, =P
Dan yang pasti, banyak jugak tutorial aku yang dah ketinggalan zaman.

Like tuto nuffnang
Tuto gadget
Tuto 3 column
Tuto video utube
dan
Tuto tab menu

So, sapa2 yang nak belajar pasal tuto2 di atas. If uols buat tak dapat2, maknanya ada benda yang dah upgrade tapi di blog entry tu takkkkkkkk upgrade2.. ada paham..

Nantilah, ada masa kang aku kasik betul satu2 yaaaaa..

Soalan2 korang pun aku tak jawab2 jugak. Nanti aku kasik jawab jugak eh, =) dulu kan bzzzzzzzz, skang dah senang skit. Boleh la nak betulkan skit2...

Tapi kang, aku tak buat entry baru tau. Kira aku betulkan secara senyap, gituuuuuuuuu...

Love: Ceera =P

Sudoku Yang Ke5 Dan 6

Model tidak berbayar adalah keisha. =P
Dia nak tido aku kacau ajak amik gambar dulu, hehehe...

Warna biru sudoku yang ke 5
Beli masa pantang hari tu.. boring2 keisha tido, aku belasah main sudoku..

Sebelah dia lak, sudoku yang ke 6
Ciput baru belikan hari tu sebab aku dah ngomel2 kata sudoku aku dah abis...

Ciput: Ayang, B ada belikan sesuatu untuk ayang
Aku: Apa dia???
Ciput: Tadaaaaaaaaaaaaa * sambil tunjuk buku sudoku
Aku: Yeayyyyyyyyyyyy time kasih B... B beli kat mana?
Ciput: Beli kat jusco maluri
Aku: Nape B beli yang ada level senang nie? nape tak beli yang advance je terus
Ciput: Takde, B dah carik dah pun..
Aku: 100 jer?? *100 kotak sudoku

Dah dapat pun complain lagi, wakakakaka..
Lempang diri sendiri...

Oh, main online tak best kot...
main manual camnie lagi best.. dapat tulis2, dapat padam2, dapat conteng2.. =)

Nak tahu cara main???

Love: Ceera =P

Last CekUp Dengan Dr Suhaimi

Citer lama, =P
Nak update tak sempat2.

Abis je pantang, terus pergi jumpa doc suhaimi untuk last cekap.
Dia nak tengok perut aku balik, nak tengok semua dalam keadaan yang betul, uri terletak elok, semua pun terletak dengan elok la kira...

Dalam pada nak tengok perut, dia jugak nak kasik kaunseling pasal perancangan keluarga..

Kira ko nak buat anak cepat2 ke lambat2
Kalau nak buat anak lambat2, kaedah apa yang better untuk ko...

So, dia kasik buku ini...

Rupenya, ada banyak kaedah ye..
Dulu aku ingat, kena amik pil ajer.. rupenya injection pun ada eh..
  1. makan pil - dia sajes makan pil yasmin kalau ko mampu la kan.. sebab hari2 kot kena makan, kalau satu kotak RM50, ko taknak pregnant setahun, ko kira la sendiri...
  2. Sistem Intra rahim atau IUS - Oh ini baru saya tahu okey, tersangatla kagum masa doc terangkan.. Mendalah nie bentuk T - kecil yang mengandungi progestin dan akan di masukkan ke dalam uols punye ehem2... dan mendalah ini boleh bertahan sampai 5 tahun. Tapi kalau lepas 2 tahun tetiba ko nak anak, boleh la pergi jumpa doc untuk keluarkan balik mendalah tu... bagus bagus... kos dia pun tak mahal, dalam 500 kot, tak hingat sudah...
  3. Kaedah Implantasi - Yang ini plak, melibatkan sebatang plastik kecik yang mengandingi satu penakung progestin dan dimasukkan ke dalam lengan dengan menjalani pembedahan kecil la kire.. Dan yang ini berkesan selama 3 tahun...
  4. Kaedah suntikan - suntik nie berkesan selama 3 bulan saje.. after 3month ko mengadap la balik doc tu mintak injet...
  5. Kaedah tampal pencegahan hamil - oh, mendalah nie pun adakah? huhu~ yang ni bentuk dia macam segiempat pastu ko kena lekatkan kat bahagian perut, paha, punggung ataupun bahagian atas lengan, Yang ni cuma bertahan dalam seminggu. Every weeks kena tukar lor...
Ada 2 lagi kaedah, tapi aku tak rasa yang tu doc galakkan..

So, akan dipikirkan kaedah mana yang kami akan buat.

Ini adalah pengetahuan kepada mereka2 yang sudah berkawin.. yang belum kawin muda remaja, kalau nak amik sebagai info boleh, tapi sila sila sila jangan praktikkan untuk cegah uols hamil eh, kang aku sebat kang... kawin dulu lorrrrrrr...

Selain tu, doc nak tengok jahitan aku ok ke tak, pastu nak buat ujian pap smear. Disebabkan masa aku jumpa doc, aku punye darah belum abis, makanye lepas raya kang laaaaaaa aku pergi mengadap dia sekali lagi untuk buat ujian pap smear...

Korang dah buat ke belum?
Kalau belum sila buat ehhhhhhhhh...

Love: Ceera =P

Sipi2 Pun Jadik La

Malas sungguh la hari nie..
Aku baruuuuuuu je bangun kul 12 tadik, hehehehe

Pagi2 udah ler bangun mandikan keisha and aku pun mandi semua kan.
Elok lepas mandi, keisha dah nak lelap balik. Aku tengok je dia nak lelap, aku pun lompat baring sebelah dia lelap tame2, hahahaha....

Best kot tido...

Nah gambar keisha..
Kata malas, update pun ala2 malas la uolssssssssss...

Tak nampak gegurl langsung keisha nie hoh!!!


Kali nie gambar mummy sipi2 la yeeeeeee...
Bukan horror tau, tapi saje jeeeeeeee... ewahhhhhhhhhh....

Love: Ceera =P

Terbaby Baby Baby



Aku agak dah ramai kot yang tengok video zizan and johan nie. Paling2... uols dah tengok kat astro warna nun...

Ciput hari tu baru tengok, budak opis dia tunjukkan.. balik2 rumah terus dia tunjukkan video ni kat aku...

Lawak tu memang lawak.. tapi dia punye penangan kat ciput, kemain hebat lagi..

Kejap2 kang ciput..

Baby baby, hari ni kita makan kat rumah mak ye baby..
Baby tengah buat apa tu baby...
Baby dah mandi ke belum baby...
Baby nie!!!!!
(Sms)

Rasa nak ku sepak2 je dari jauh...

Love: Ceera =P

Carseat Keisha

Setelah 2 minggu eksiden, semalam baru weols letak keisha kat carseat masa nak balik berbuka kat rumah mak, hehehe...

Jangan marah uols..
Bukan takde kesedaran. Bab tu dah lama sedar, sebelum eksiden lagi dah sedar okey..

Tapi, ciput baru je tau macammana nak pasang carseat tu dengan betul...

Sebelum confident cakap betul.
Betul ke andak, sitbelt tu ada melintang kat sinun???

Tapi rasa2nya dah cukup betul dah sebab bapak kukuh okey...

Hari tu plak sesaja la kami jalan2 kat kedai baby, tengok2 lagi carseat... and tanya la skit2 pasal carseat...

Rupenya, baby bawah 10kg... carseat nye kena pasang terbalik eh.. lepas dah 10 kg baru boleh pasang mengadap kedepan...

Begitu kah? baru ku tauuuuuuuu...

Budak yang behave. Sepanjang perjalanan... dia punye jakun, melilau2 mata tengok lampu... pastu ter hoh hoh hau hau... =P

Ini la carseat pemberian andak. Color ijau lagik. Time kasih andak, jasamu ku kenang2. Ingatkan nak simpan carseat ni untuk cucu cicit, hahahaha...

Dulu ko tauuuuuuu, masa weols kecik2. Dia punye hangin + dengki ngan aku sampai dia punye skirt dalam bila mak aku suruh bagi kat aku, dia cakap gini...

Ahhhhhhhhhh taknak kasik kat atam, andak nak simpam skirt nie nak kasik kat cucu cicit andak...
*sambil dia simpan skirt tu dalam lemari.

Hahahahaha.. sampai skang aku ingat okey ayat dia...
Dan memang sampai kesudah aku tak dapat skirt tu... cisssssssssssss

Love: Ceera =P

Lokasi Bazaar Ramadhan 2010

Sumber : Website DBKL

Hari tu search param, saje2 nak tukar angin gi param yang best2 skit. Carik punye carik jumpa la list2 nie..

Alang2, aku kongsikan sekali la dengan korang yo..

Ada jugak param yang tempat korang ada, tapi kat list nie takde.. maknanya param uols tu param haram, hahahaha takde la.. maknanya, param uols tu bukan di bawah dbkl.

Kawasan kl je nie. Jangan kang ko duduk johor beria plak nak tengok list kat bawah nie haaaaaaaa.... pastu komen2 tanya kat celah mana, aku luku plak kang.

PARLIMEN : BANDAR TUN RAZAK

  • Kawasan Tempat Letak Kereta Velodrom Cheras
  • Pekan Sungai Besi
  • Kawasan Bandar Tasik Selatan, Cheras KL
  • Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri berhadapan sekolah Menengah Sains Selangor
  • Dataran LRT Stadium Bukit Jalil
  • Sepanjang Lorong 21/146 Bandar Tasik Selatan

PARLIMEN : CHERAS

  • Jalan Susur off Jalan Pasar / Pudu

PARLIMEN : LEMBAH PANTAI

  • Tapak Pasar Tani Taman Bukit Angkasa
  • Jalan Telawi 1, Bangsar
  • Jalan Bangsar Utama
  • Taman Desa Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
  • Brickfield, Kuala Lumpur
  • Tapak kosong bekas setinggan Kg Pasir Kiri, Pantai Dalam
  • Tapak Pasar Malam Taman Sri Sentosa

PARLIMEN : TITIWANGSA

  • Perkarangan Tempat Letak Kereta Pasar Datuk Keramat
  • Bahu jalan PPR Laksamana off Jalan Peel
  • Jalan Desa Pandan (JALAN 3/76C)
  • Sebelah Stesen Petronas, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur

PARLIMEN : SETIAWANGSA

  • Setapak Jaya
  • Jalan Rejang 11, Setapak Jaya (Tapak Tradisi)
  • Tempat Letak Kereta, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park (Tapak Baru)
  • Jalan Air Keroh, PPR Semarak, Setapak, Kuala Lumpur (Tapak Baru)
  • Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa (tapak tradisi)
  • Kawasan Perumahan Awam Desa Rejang (Persiaran Rejang)
  • Jalan Wangsa Melawati 3 (tapak tradisi)
  • Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6 (tapak tradisi)
  • Jalan Wangsa Delima bersebelahan Wangsa Walk
  • Jalan Semarak (6 x 3) / Jalan AU2C Taman Setiawangsa (8 x 8)

PARLIMEN : WANGSA MAJU

  • Jalan 1A/6, Setapak Indah, Danau Kota
  • Kaki lima Plaza Idaman
  • Jalan Wangsa Setia 2, Wangsa Melawati
  • Kawasan Pejalan kaki berhadapan Kuil Thirumurugan, Jalan Langkawi, Danau Kota
  • Tapak berhadapan Kawasan Ong Tai Kim, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
  • Siar Kaki Kawasan Danau Kota, Setapak
  • Kawasan berhadapan Kompleks Idaman Ong Tai Kim
  • Seksyen 1, Wangsa Maju
  • Rumah Pangsa Seksyen 2, Wangsa Maju
  • Jalan Taman Melati 12 dan Jalan Taman Melati 13, Taman Melati, Setapak
  • Jalan Melati Utama2, Taman Melati, Setapak
  • Jalan Cengal hadapan Masjid Zaid bin Haritshah
  • Siar kaki Jalan Danau Kota, Setapak

PARLIMEN : BUKIT BINTANG

  • Jalan Benteng (Bersebelahan Restoran Burger King)
  • Pasaramakota (Hadapan Bus Stand Klang)
  • Siar kaki persimpangan Jalan Tun Tan Cheng Lock / Hang Kasturi, Kuala Lumpur
  • Siar kaki dari Stesen Monorail hingga Pasaraya Maiden, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Chow Kit)
  • Sepanjang Jalan Berangan, Bukit Bintang
  • Ruang bahu jalan di Lorong Medan Tuanku Satu, Kuala Lumpur
  • Kawasan Lapang belakang Bangunan HSBC/Quill 6 off Jalan Lebuh Ampang, Kuala Lumpur
  • Jalan Haji Taib

PARLIAMENT : SEGAMBUT

  • Tapak Pasar Muhibbah Kg. Sg. Penchala
  • Kawasan Taman Tun Dr Ismail
  • Jalan 1/38J Susur SUHATI

PARLIMEN : BATU

  • Dari persimpangan Jalan Tengah antara Jalan 4/2B dan Jalan 15/2A
  • Taman Dato Senu
  • Taman Wilayah Selayang Fasa 3
  • Rumah Pangsa Awam, PKNS Jalan Kuching
  • Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  • Kawasan Sem Siong Sdn. Bhd, Batu 3, Jalan Ipoh. Kuala Lumpur
  • Tapak Pasar Malam PPR Batu Muda

PARLIMEN : SEPUTEH

  • Jalan Desa, Taman Desa
  • Kiri dan kanan Jalan Radin, Bandar Baru Sri Petaling

PARLIMEN : KEPONG

  • Jalan Prima 5, Metro Prima, Kepong
  • Taman Segambut Aman (Kepong)

Love: Ceera =P

Budak Penidur

Muka ciput macam mintak lempang, hahaha...

Tengok, sah sah nak kena lempang oh... buat2 hidung kembang pulak.

Ololololo.. tomei tangat anak mummy nie tido ngan daddy...
Skang ciput dah pandai tidokan keisha. Eh dari dulu kot pandai, sebab keisha nie kan penidur orangnye, hehehe..

Love: Ceera =P

Murah Murah... Jualan Murah...

Jualan Penghabisan Stok Di Butik Ceera

Semua stok lama ye..
Aku kasik diskaun kaw2 punye. Kalau rajin sila jengah okey.
Ada 3 page semuanya...

Name:
Contact No:
Address:
Code Number:
Color:
Total item:
Price:

Dan kalau ada yang berkenan sila isi borang atau email terus ke ceeramoon@gmail.com

Nak raya maaaaa.. apa salahnye kalau ada baju baru kan, hehehe...

Oh, stok baru memang akan ada satu hari nanti. Kasik keisha besar sikit. Skang cam susah nak keluar beli stok.. =)

Love: Ceera =P

Mencegah Lebik Baik Dari Mengubati - Breast Cancer

Baru ku tahu macammana rasanya lump di breast, selama nie tak tahu ohhhhh..
Aku ingat akan ada bonjolan besar baikkkkkkk punye kat tetek. Kira kalau tengok kat cermin pun boleh nampak. Rupenya kalau nak rasa lump tu kena tekan2 eh, hehehe...

Terima kasih la nuffnang sebab invite aku kat event nie. Sekurang2nya pertanyaan yang selama ini ku simpan terjawab jugak.

Event nie di buat di Kafe Delicious at The Marc Residency. Dan lelaki itu adalah pemandu saya, =P

Nasib baik oh andak pun ada sama, kalau tak... sapa pulak yang nak bawak aku ke sinun. Nak angkut ciput sekali kang sapa pulak nak jaga keisha. Boleh ajer drive sendiri, tapi lebih best kalau ada pemandukann, huhu~

Bila ada andak, haruslah seronok2. Orang lalu sebelah pun tak perasan, bz nau berborak.

Aku: Andak, macammana eh nak rasa ketulan tu?
Andak: Time ko cek ko punye breast tu, ko kena angkat tangan. Pastu ko akan rasa la.
Aku: Yela, tapi macammana nak rasa. Pastu macammana kita nak tau itu la ketulan tu.
Andak: Andak pun tak tahu, jom ah kita tanya.

Lalu kami pun ke depan untuk tanya2 macammana nak rasa lumps di breast

Bersemangat okey time ni. Tekan tetek pelesu tu pun bersemangat jugak..
Banyak gile soalan weols tanya.

Cara2 nak check uols ada lumps ke tidak adalah dengan:
Dengan menekan breast uols dengan tiga hujung jari. Gunakan jari telunjuk, hantu dan juga manis.
Lepas tu angkat tangan dan buat pusingan dari luar sampai la ke nipple.
Boleh dicheck dengan 2 cara, di depan cermin dengan berdiri ataupun dalam keadaan berbaring
Last kali cer try picit nipple uols tengok ada darah ke tak.

Masa nie dia kasik aku rasa lumps yang dikuatiri cancer, terus aku rasa cammmmmmm... oh, begini ke rasanya lumps... macam pernah rasa je kat breast.

Tapi uols, 9 dari 10 lumps yang ada di breast bukanlah cancer.
So, kalau ko dah cek sendiri kat rumah and masih lagi rasa musykil. Sila la berjumpa dengan doctor and suruh doc tu yang tolong cekkan.

Malu dengan doc lelaki, sila la cari doc wanita yo...

Rasa dia macammana eh nak bagitau. Time ko tekan2 tetek ko tu kan. Dia akan rasa macam ketulan la. Like muscle. Dulu aku ingat muscle tetek tau, hehehe.. rupenya, begitu la rasa2nye eh...

Nanti nak cek doctor la..
Baik la kita mencegah dari mengubati..
Ko ingat murah ke bil2 spital bila kena cancer, mahal wooooooooooooo....

The president Ranjit Kaur sedang memberi taklimat tentang breast cancer. Dia juga adalah salah seorang bekas pesakit breast cancer. Kebanyakan Breast Cancer Welfare Association (BCWA) committee adalah bekas pesakit breast cancer. Sebab tu la dorang beria2 nak kita mencegah breast cancer nie.

Kalau boleh silalah cek everymonth...
Bak kata vice president chin keat quin.
U tengok muka hari2 kan. Apa kata salah satu hari yang u tengok muka, u cek pulak u punye breast. Bukan lama maaaaa.. sekejap saja...

=)

Memang sekejap and senang ajer kan. Tapi biasalah kita2 nie, tahap kemalasan punye la max.

Time paling baik untuk cek ur breast adalah 7 -10 hari dari hari pertama tempoh anda period. Ko period setiap bulan kannnnnnn.. so setiap bulan la kena cek ye. Kalau ada yang period 3 bulan sekali pun tatap setiap bulan jugak kena cek, jangan nak ngelat salahkan period...

Tapi kalau ko sudah menopause, =P
Pun tetap boleh cek. Amik tarikh yang sama. Bulan nie 10hb, bulan depan pun 10hb jugak, gitu...
Time pregnant pun boleh cek jugak...

Lepas speech, apa lagi.. santap time la...
Ko tengok andak tu, bukan main senget dia bergambar, hehehe...

Time ni tengah mengumpat, hahaha
Tipu la.. Weols mana reti jumpa2 orang terus mengumpat. Dan kami bercakap benda yang baik2 sahaja, pui...

Aku tak tahu okey kalau breast cancer tema color dia adalah pink. Kalau aku tau pink, memang aku akan pakai baju pink punye, hehehe.. *boleh percaya ke?
Sila percaya... aku nie pink memang kureng, tapi tatap boleh pakai baju pink. Nak nak kalau mengikut tema nie. Memang suka je aku ikut.

Aku bukanlah terlalu pendek eh dengan si jemah tu...
Jemah pakai kasut tinggi, wpon takde la tinggi nau kasutnye..
Aku plak pakai sandal leper. Dan kakred plak pakai high heel baikkkkkkkkkk punye tinggi. Hoh... Nanti la korang, aku pergi event je laju2 aku cari kasut tinggi pakai. Baru menggalah umpama model.

Jemah dan saya...

Mic: Mana saiful?
Aku: Kat rumah, dia kena jaga anak.
Mic: Yeke?
Aku: Yela.. kalau dia ikut sapa nak jaga keisha.

Padan muka ciput kena jaga keisha, hahaha... aku balik jam 930 tau, terus dia cakap..
Asal balik lambat sangat nie?
Hahahaha...

Michelle lebih menggalah. Sebab adalah sama. kasut tinggi, huh! Tapi kalau mic pakai kasut leper pun mungkin dia lebih tinggi dari haku..
Tapi aku takde la pendek sangat tau korang, hahaha..

So mic, bila lagi kita mau jumpa nie?
Bila bila???? sambil gatal tangan, hehehe...

1st time jumpa. Nama dia adalah tian chad.
Cer ko bukak blog dia. Semua gambar adalah cantik...

10 tanda2 amaran cancer *copy paste dari blog jemah saja. =P kami adik beradik ma.. dia tak saman haku punye kalau aku copy blog dia tanpa bagitau, haha...

1. Perubahan dalam 'corak' pembuangan air besar atau air kecil yang berterusan dalam jangkamasa 2-3 bulan

2. Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan

3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan sakit

4. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen

5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat

6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser

7. Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan di dalam telinga

8. Senak atau kesukaran untuk menelan

9. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk

10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.

Majlis ini juga di sponsor oleh Sabah Tea.
Itu sebelah saya adalah owner Sabah tea, iaitu Mr Teh

Sabah tea nie sedap tau. Kat rumah aku nie pun memang guna sabah tea. Bukan tipu2 tau. Ini adalah benar. Kan ke aku gila teh. So, masa dia kasik free sabah tea, aku adalah gembiraaaaaaa... muahahaha...

Last sekali.
Jangan lupa cek breast korang ye..
Sebulan sekali.
Muahssssssssss...

Love: Ceera =P

Sementara Ker?

Header aku buat sementara waktu..
Gila kuasa betul besar nak mamposssssssss...

Nanti aku kasik cung skit2.. ada anak nie susah wooooooooo kejap2 nak pergi tengok dia, kejap2 nak edit. Idea dah berkumpul pun boleh jadik hilang tau...

Love: Ceera =P

Menu Hari Ke 11

Wowwwwwwwwwwww
Sudah 11 hari kah???? sekejapnyeeeeeee..
Ada 19 hari lagi mau raya, wohoOoooo...

Semalam aku berbuka kat rumah mak.
Yang ada cuma family aku, ode dan jugak akak. Kakcik, andak and kaklang tidak balik. Sebab lastweek dorang dah balik... tsk tsk tsk...
Susah betul mau kumpul semua sekali lah.. korang kalau balik sila calling2 bagitau yo.. boleh atam cepat2 cop hari sabtu tu untuk berbuka ngan korang.. =)

Kena cop awal2 wooooooooo.. kang takut ada agenda lain, korang macam tak paham2 kebzan atam.

Masa nie baru pukul 7, tapi masing2 sudah bersiap amik tempat masing2.

Semalam aku sangat la kehausannnnnnn...
Tak tahu la kenapa, nak kata berjalan jauh, tak jugak. Mungkin sebab semalam agak panas kot...

Mak boleh plak kata,
Gi la minum kalau dah haus sangat..

Puasa kot makkkkkkkk... gagah lagi anakmu ini..

Ulam2an..
Rumah aku nie wajib ada ulam. Weols memang suka makan ulam2. Nak nak kalau ulam2 yang tradisional...

Kekadang mak aku nie, entah daun apa dia gi amik jadikkan ulam. Aku tengok mak aku makan, aku pun try jugak la.. asal rasa daun ok je aku makan. Kalau rasa colgate je aku tak makan *daun pudina, wekkkkkkkk...

Paling aku suka, daun bunga raya. Ko jangan ingat daun bunga raya tu boleh makan pulak eh.. daun tu bentuk dia macam daun bunga raya, tapi namanye apa ntah. Lupa sudah haku.. dulu mak aku ada tanam. Skang nie, pokok tu sudah ilek.. tapi hari tu mak aku mintak kat sapa ntah, sebab dia tau aku nak makan daun tu, hahaha..

Apa eh namanye nie.. sambal tempoyak? yang pasti bukan gulai tempoyakkkk... sedap sangat makan dengan nasik

Gulai rebung + perut.
Bapak aku ah semangat nie.
Aku sampai2 jer terus dia cakap

Atam, abah tengah bakar perut. Nanti nak masak gulai perut...

Terbaik jugak nie.
Bapak aku jugak yang semangat mendalah nie..

Atam, abah ada beli terung butang *hok bulat2 tu terung butang kot, hahaha.. pastu terung kecik *sedap sangat kalau rebus. Nanti kita rebus pastu makan dengan sambal tempoyak...

Belimbing
Ni ciput yang semangat, balik2 rumah terus cakap ngan aku.

Ayang, B ada beli belimbing. Nanti ayang potongkan tau. Makan belimbing sejuk2 sedap kan yang...

Oh setapnye cheese tart.
Akak belikan.. harus aku soka soka soka..
Siap cop2 sebelum berbuka.. =P

Kakjas, sila buat openhouse eh.. pastu sila order cheesetart nie untuk saya, =P

Kuih muih... yang setiga tu terbaik..

Dan jugak sambal ikan bilis dan ubi kentang.
Beli kat param rasanya..

Tapi aku makan tak senang tau. Keisha tetiba je rengek2 time aku makan. Terpaksa makan laju2 oh... dan aku orang pertama yang bangkit, tak pernah2...

Love: Ceera =P

Ye ye.. Ada Handbag Baru

YaAllah, lamanya aku takde handbag baru..
Jap jap nak kira jap bapa taun dah aku tak beli handbag..
Sejak kawin kooooooooo...
Aku kawin bulan 12 2008, skang nie bulan 6 2010. So, lu kira la sendiri...
*nangis..
Orang miskin begini la ye..

Setelah berminggu2 berniat mau beli handbag, berbulan2 dan bertaun. Akhirnya, aku beli jugak handbag baru... yea yeaaaaaaaa....

Cantik tak???
Tak berapa nampak eh?? =P huhu~

Simple je wey..
Tapi ok la dari takde...
Bosan sudah pakai hb carlorino tu...

Nanti dah beli hb dari zackU la pulaq, kasik diskaun kaw2 tau kat atam, kalau tak putus saudara...

Cer teka, ni hb apa?

Love: Ceera =P

Bersahur

Pagi tadi saya memasak untuk sahur.
Sila kagum, ini adalah paksaan. =P

Kul 4.30 aku dah bangun, lambat eh.. tak lambat la.. sompek je kalau nak masak benda2 simple...


Bangun, tuju ke beras dulu. Nasik kalau lambat masak, apa pun tak jalan hokey..
Lepas dah masak nasik, kita masak air pulak.
Lepas tu baru masak ikan bilis, sayur dan juga telur.. oh telur tu aku campur dengan mayonis.. ada rasa lemak2 skit... pengaruh iklan..

Lepas tu panaskan kari yang dah berminggu2 dalam fridge, hahaha
Tapi tak dimakan sebab dah rasa sesuatu...

Air adalah tea ooo panas. Terbaik sungguh minum air tea o waktu sahur... sedap sangat. Mungkin dah terbiasa kot dari kecik. Asal sahur je tea o, sahur je tea o...

Masak sebab permintaan si suami..
Sepatutnye dia suruh aku masak time berbuka semalam.. Ate keja gile ke ko nak suruh aku masak time berbuka, keisha tu sapa nak tengok? minah tu time petang2 la aktif bebenor takmo tido... asal tinggal skit je dengar la kang dia terhau hau panggil aku.

Nak taknak kena la masak time bersahur. Simple pun simple, senang pun senang...
Tapi nak tunggu aku masak time bersahur lagi, mungkin minggu depan hari hujung2 lagi, koser aku nak masak hari2... wakakaka..

Love: Ceera =P

Keisha 2 Bulan


Sekejap je budak tetik nie dah besar.
Kaki pun dah panjang
Muka pun dah tembam
Perut pun dah bulat
Dan tapak kaki pun semakin membesar, hahaha.. siyes besar okey tapak kaki anak aku. Besar2 kang, mau saiz 8 9 nie... =P

Wpon senang nak dijaga. Ada masa2nya dia ni suka nak bermanja. Asal letak je nangis, asal letak je nangis, terpaksa la main dodoi2 sayang2 goyang2. Tapi aku ok je, kata tak keja.

Selalu kena bedung, sebab tangan dia suka nau merayap ke muka, abis muka dia merah2. Still pakaikan dia sarung tangan, tapi kalau dah kuku panjang, pakai sarung tangan pun boleh terasa dia punye tajam2. Aku syak muka dia gatal2 la, ke sebab dia rimas rambut dia dah panjang eh?

Dah pandai geleng2 kepala.
Means - dah pandai toleh ke kanan dan kekiri. Dulu kalau kepala kekanan, sampai ke sudah la kat kanan, orang plak nak kena alihkan ke kiri, now dia dah pandai tukar2..

Makin aktif, kaki takleh duduk senyap

Suka kentot kuat2, hahaha.. semua baby kot kentot kuat2. Tapi kelakar okey. Boleh jadik bahan ketawa...
Ciput: Keisha sayang daddy tak?
Keisha: Prut prot prot kentut...
Kentot adalah jawapan keisha, wakakaka..

Sudah pandai senyummmmmmm...
Tak tahu dia cakap ngan sapa, hau hau hauuuu tetiba senyum...

Nangis pun dah pandai okey. Kalau tinggalkan dia sorang2 kat dalam bilik, kalau dia dah bosan. Dia akan panggil kita dengan menangis. Tapi takde la menangis meraung2 tu. Nangis bunyi kejap2 bagi kita dengar yang dia dah bosan or dah bangun...

Masih kuat tido, =)
Lagi lama tido kalau aku tido sama2 dengan dia. Kalau tido sorang2 dia akan cepat bangun. Masa tido dia suka hugie2... kepala kena bersatu dengan kepala dia, baruuuuuu dia selesa...

Oh itu ajer perkembangan keisha untuk 2 bulan..
Nanti dia 3 bulan aku update lagi yo...

Love: Ceera =P

Musical Mobile Untuk Keisha

Muka aku yang gigih memasang musical mobile sebab tak tertahan2 mahu letak kat baby cot keisha kasik dia tengok...

Beli yang murah saje..
Manual pulak tu, nak beli yang bateri siap ada remote bagai, 200lebih okey.. yang nie satus lebih jer, so grab yang ni sudah... tapi gigih la kan kasik pusing2 mendalah tu.. asal music stop je, berlari kasik pusing2 lagi, wakakaka...

Tak tunggu ciput pun, aku pasang sensorang2, wakakaka...
Tapi dah mintak ijin kat dia dah.. yela, mana la tau, kot2 dia pun excited sama nak pasang mendalah nie.

Dah siap pasang...
Layan je keisha bila dengar music tu sambil mata dia pun melilau sama tengok patung tu berpusing2...

Aku pusing dua kali, terus dia tertido.
Very d easy measy, hehe

Alhamdulillah sangat dapat keisha yang layannnnnnn aje apa mummy and daddy dia buat kat dia..
Masukkan dalam baby cot, dia senyap.
Letak kat stroller pun dia okey
Letak kat carseat pun dia diam
Mainkan musical mobile nie pun dia layan, hehehehe...

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998