Friday, July 30, 2010
Thursday, July 29, 2010
Lagi Pasal Makanan
Malam ni, mak masak sambal petai. wohoOoo.. Setapnye..
*sila jeles kakak2 ku.
Dah la takde sape yang balik malam ni. Boleh la aku makan dengan tamaknye.. ngeh ngeh ngeh...
Hari ahad lepas, mak masak jugak sambal petai. Tapi ramai yang balik. So, terpaksa catu lauk tu sorang skit.
Weeda, CKT kat changlun memang paling terbaik wa cakap lu. Ko buat akak *akak ke? teringat2 je tau. Tsk tsk tsk.
1st time makan CKT kat changlun la.. Kat tepi bustop tu. Tiap kali nak balik kl, mesti singgah situ makan CKT. Kalau tak makan, tak sah.
Si jemah la yang ajar aku makan CKT. Dia lagi dasyat ko. Tiap kali makan, mesti 2 pinggan. Sama je dengan laki dia. Aku je sepinggan. Sbb CKT makan banyak2 boleh muak. So biar sikit. Bila sikit, ko akan teringat2 kesedapan dia..
CKT tu wajib campur ngan telur mata. Terangkat wa cakap lu.
Masih ada lagi kah gerai di sinun, kalau aku turun sana, harap2 la dapat singgah changlun. Boleh gak lepaskan rindu dengan CKT changlun.
Asal pelik?
Dulu aku belajar kat uum sintok da.. Changlun tu persinggahan sebelah mata aku jek, hehe..
Demmit, citer pasal makan lagi. Patut la tak kurus2, cis..
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
8
LoveGreen
Mengidam Macam2
Benda2 yang aku teringin nak makan selepas pantang. Amik ko, ingat time mengandung je ke ada mengidam2. Lepas mengandung lagi dasyat tau dia punye mengidam, huhu..
1. Durian
Hehe, siap ada 1 2 lagi. Nampak nau banyaknye..
Time mengandung hari tu kan, bau durian pun aku menyampah, padahal aku lah ratu durian. So bila dah habis mengandung ni. Keinginan nak makan durian tu memuncak2,nak2 kalau bau. Terbaik wey...
2. Burger br mcd.
Keji tau mcd ni buat burger baru time aku dalam pantang, tsk tsk tsk. Tiap kali iklan, tiap kali tu la aku berzikir kat telinga ciput cakap nak burger mcd, nak burger mcd.. Padahal boleh je makan burger tu time pantang. Tapi saje gatal konon2 nak tunggu lagi 2 3 hari lagi, takut gemuk. Padahal sama je kan. Gilo punye perempuan.
3. Burger otai.
Aku memang pencinta burger la. Apa saja burger aku soka. Ni tengok ek eleh afdlin la ni. Jemputan dia, owner burger otai. Tengok muka owner je, dah membuatkan aku teringat2 dengan burger dia tau.. Setap sangat.
4. Char key teow
CKT kat nz paling terbaik kan. Bila dah ada keisha ni macam susah sikit nak melepak kat tempat yang tak tentu pasal. So kalau dapat CKT kat hajris pun ok jugak. Sana pon sodap. Tapi kalau dapat makan CKT yang dekat umah kaklang lagi sedap. Cuma, masalahnye gerai tu dah tutup pulak. Kuang ajaq betul. Aku dapat makan sekali je tau kat sinun. Cis..
5. Marble cheesecake
terasa2 dah kat tekak ni. Ui sedapnya. Tapi yang ni time pantang hari tu aku dah belasah 1slice, haha. Yang tu nanti aku cite. Tapi masih teringin lagi, macammana itu!
6. Pizza.
Amik ko, semua makanan yang menggemukkan aku teringin, hehe. Ni pun aku dah makan time pantang, ups. Aku citer kendian jugak yo..
7. Mee ulat.
Wawawawa. Lama siot tak makan.. Rindunye!!!
8. Key teow sup kat jj balakong
terbaik wok.. Nanti nak paksa ciput gi sanalah. Dia pun ada teringin nak makan salah satu makanan kat situ. Apa ntah namanya. Sedap jugak.
9. Air sejuk.
punyelah baik aku. Time pantang air sejuk pun aku tak usik. Padahal, air sejuk la feberet aku. So nanti aku nak minum, ice blanded coklat, oren juice, green epal kasturi, tea ice, dan ice ice. Sume air yang sejuk la. Slurp slurp..
Ok itu saje makanan yang aku teringin nak makan buat masa sekarang. Tak sabar nak tggu nextweek. Coz start nextweek dah boleh keluar2 cari makan.. Yeay!!
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
11
LoveGreen
Labels: Ceera
Wednesday, July 28, 2010
Hari Ni Hari Yang 45
Dengan ini, secara rasminya.. aku sudah habis berpantang... wohoooOo... seronoknya.
*pagi2 lagi aku dah bantai makan roti canai (dalam tangisan) Mak la ni, paksa2 aku makan. =P tsk tsk..
Hari sabtu ni balik rumah sendiri sebab hari ahad kang ada buat makan2 untuk family daddy dan juga family aku.
Cukur jambul keisha pulak akan dibuat diSB, mungkin lepas raya.. Nak buat before raya, macam dah tak sempat sangat.
Citer pasal pantang, belum habis disini yo... Ada banyak lagi benda yang aku nak kongsikan dengan korang. Tunggulah bila aku boleh online guna pc sendiri. Senang sikit.
Lagipun, cpu aku pun dah pulih.. yeayea...
Diakhiri dengan gambar aku dan keisha yang sedang tido lena.. =)
Dah ada baby kecik ni. Asik mengantuk aje kan. Nak nak pulak anak kaki tido. Emaknya, tumpang sekaki lah... hehe... Tapi cer keisha tak tido, emak dia yang meroyan lebih sebab mengantuk, haha..
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
9
LoveGreen
Mau Beli di Mana
Aku nak beli stroller la.
Andak, atam tau ko nak kasik stroller pink ko tu. Tp ciput kalu boleh dia nak stroller yang sekali dengan car seat.. Pastu kalau boleh nak stroller yang lipat2. Senang skit nak sumbat dalam kereta.
*kalau mampu, dah harap memang mampu lah.
So, pertanyaan hari ini adalah..
Kat mana eh nak beli stroller yang berkualiti and banyak pilihan.. Macam ko, ko beli kat mana, murah tak? Harga berapa? Brand apa? And tau tak bila ada sale? atau kat mana skang yang ada sale.
Like,
ceera, aku punye stroller terbaik wey. Dah 7 keturunan aku pakai. Aku beli kat cn, brand sekian2, dulu harga dia itu ini. Skang tak tahu la kan.
Gitu..
Kalau boleh, nextweek weols nak beli stroller. Ko paham2 jela. Nanti dah duduk BC sorang2. Kalau ada car seat, senang sikit aku nak kemana2. Tak gitu, tak gitu..
Sumpah gedik, nak beli stroller pun tanya kat blog. Hahaha. Korang baik kan. *sambil kelip2 mata.
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
25
LoveGreen
Labels: Ceera
Tuesday, July 27, 2010
Keisha & Aliff
Korang ni kan, tak boleh la aku nak gurau senda sikit. Laju je sound suruh aku pantang tut 100 hari. Haha..
Ye ye, aku tau la tang tu aku kena pantang 100 hari, tapi... kalau tak sampai 100 hari pun takpe kan, muahahaha..
Lama ok 100 hari, =P
Bab ngeri tak ngeri, aku tak tahu lagi. Kata anak 1st. Mana nak tau tahap mana kengerian nak bersama tu kan. Kalau dah tau kang, anak kedua compom berlanjutan sampai ke 200 hari, haha.
Bab darah nifas pulak, siyes.. Darah aku memang tak habis2 lagi. Ko best la, 2 minggu dah habis. Aku dah 44 hari, Still tak habis2. Ikut orang jugak kot. Ada orang, 60hari baru habis...
Mana nak cepat habis kalau darah ni main2 dengan aku.
3 4 hari lepas beranak. Darah sikit giler keluar dan berlanjutan sampai seminggu dua. Lepas tu, 5 hari akan keluar banyak. Pastu kuar sikit2 balik. Sampai la sekarang. Main tenggelam timbul, tenggelam timbul gitu. Boring betul. Menghabiskan pad sajork..
last2, bila sikit aku belasah guna pantyliner. Puas hati aku. Ko ingat murah ke pad, mahal kot..
Aliff and Keisha
Aliff tu uncle tiny keisha. Beza dorang 2 bulan je. Keisha lahir 14jun. Aliff pulak lahir 14april.
Now badan aliff dah tembam giler, ni tak nampak sangat kan. Nanti kalu sempat, aku amik lagi gambar aliff. Sumpah cubby.. Dulu keluar2, 2.2kg je. Skang amik ko, nak masuk 6kg..
Entah2 keisha 2 3 bulan lagi camtu la kot, hehe..
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
11
LoveGreen
Monday, July 26, 2010
Senangnya Dalam Hati
Seluar jean aku dah muat, yeayyy... Sonoknye!!! Sambil menari cha2..
Tapi...
Button still tak boleh kancing la, =P
Pedulik, yang penting dah muat. 2 3 minggu lagi compom dah boleh kancing..
Oh, berat aku dah turun 2 kg tau, so ada lagi 3 kg lemak mau kasik buang.
Aku tak skip makan eh, makan tatap makan. Cuma, kuantiti kena kasik kurang. Dan yang paling penting, bertungku kena kasik jalan tetiap pagi. =)
Besok hari last aku pantang. Sekejap je kan. Tapi darah nifas tak habis2 lagi la. Korang berapa lama darah nifas baru nak clear?
Kesian ciput tau, hahaha..
Larik...
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
19
LoveGreen
Friday, July 23, 2010
Budak Yang Sudah Tembam

Awas ko kalau kata muka aku yang tembam. Bukan aku la, si kenit tu yang sudah bam bam..
Gambar keisha masa umur sebulan.. Now dia sudah sebulan 8 hari. Dan pantang aku abis pada 28hb, rabu depan. Dan minggu depannya lagi aku ngan adik badik pompuan aku mahu berjimba, wohooo.. Tak sabarnye. Lama wey tak berjimba..
Keisha skang dah terlebih manja. Asik nak perhatian jer. Cer kalu aku tinggalkan dia sensorang. Harus dia meraung.. Dah pandai ok pompuan ni menangis. Kelakar pun ada bila tengok dia menangis. Macam nak meneran2. Nanti kalau ada masa aku rakam kasik korang tengok eh, haha. Keji gila mummy dia..
Cara nak panggil keisha adalah K-sha, not kisha.. Saje nak bagitau uols. Kot2 korang pun tersalah panggil macam aku panggil kan, hehe..
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
29
LoveGreen
Wednesday, July 21, 2010
Berat Keisha dan Omak eh
Wowww.. Lamanye aku tak hupdate. =P
Biasa la uols, bz layan keisha.. *alasan.
Sabtu lepas, aku gi cekap keisha. Berat keisha sudah 4.28kg.. Patutla masa aku dukung dia dari keta ke bilik doc, skit punye lenguh tangan aku. Rupenya dah naik 4kg ye keisha.
Lilit kepala, sama... still 34cm
Panjang, naik 2cm. Now 55cm.
Panjang giler ok anak aku. Kalu letak dia kat peha kan. Kepala dia kita letak dekat dengan lutut. Pastu, kaki menghala ke kita. Compom kaki dia akan tersasar lebih ketepi. Tak muat peha langsung. Kalu anak2 buah aku, sume man2..
Keisha skang mcm tak sihat sangat. Bukan demam, tp ada kahak kat tekak dia. So dia macam tak selesa. Asik batuk2 je. Meragam jangan cakap la. Asal letak je start ek ek ek.. Pastu kalau tido. Aku nak kena mengendeng kat sebelah dia. Kalu aku jauh sikit, mula la dia bukak mata luas2. Sangat manja!
Gambar keisha nanti2 la aku bubuh ye. Sila la paham keadaan aku ini.
Berat omak eh? Hehe..
Turun tu memang la ada turun wey.. Tp belum mencapai target lagi. Ada 5kg lagi, fuhhh.. Susah betul nak turunkan lagi 5.. Kena amik beberapa bulan jugak kot.
Hari tu gatal try seluar jean. Tak muat okey, *gegar! Tang peha tak lepas. =P
Tau takkan muat, tapi gatal jugak nak try. Konon2 nak motivate diri la tu, pui..
So 5kg aku tu ada kat peha dan bontot sajork.. sgt Jlo.. Eh xnk jlo. Nak kim kardashian.. Huhu~
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
12
LoveGreen
Thursday, July 15, 2010
Sengal
Aku nak letak gambar keisha. Tp tu la. Online guna hp celah mana pulak nak upload gambar. Nak plak hp jenis zaman batu... nak upload gmbr pun tak boleh. Tak tahu la kot2 boleh tapi aku yang bengap kan.
Nak online guna laptop pun satu hal. Ayie kan dah tukar windows jadi linux, makanya.. Nak install apa pun linux tak boleh baca. Aku cucuk broadband pun linux takleh read. Ko tak naik hangin..
Aku: sengal la linux ko ni ayie. Atam try broadband pun dia kuar entah hape2 je..
Ayie: atam yang tak paham. Ada la cara dia.
Aku: Tak. Ko punye linux tu memang sengal.
*cakap cara nak gaduh.
Ke ada sape2 yang expert tang linux sini. Meh explain kat aku apahal linux sengal sangat..
Atenye, ko baca je la entry merapu aku ni.
Sebab tu beberapa hari ni ko tengok, sume entry aku takde gambar. Itu maksudnya, aku online guna hp la yo..
Lagipun, kekuatan seseorang blogger itu. Adalah.. Mengupdate tanpa gambar. Muahaha...
*dan2 tu kekuatan, padahal dah parkinson aku tengok blog sendiri kosong tanpa gambar. Coi coi..
Oh. Keisha dah sebulan. Kejap je kan. Ada lagi, 14 hari nak habis pantang. Yahooo.. Tp yang tak bestnya, pehal berat aku ni tak turun2. Aku makan banyak sangat ke, =P
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
7
LoveGreen
Labels: Ceera
Wednesday, July 14, 2010
Update Di KCB
Aku dah ada kat rumah mak. =)
Malam tadi balik sini. Itu pun ciput sempat nak mengelat okey.
Ciput: hujan la yang, camne nak balik sana?
Ujan renyai2 je pon
Aku: kalau hujan tak boleh balik la. B jangan nak ngada2 eh. Hari tu datang sini pun hujan jugak. Lebat lagi.
Ciput: diam seribu bahasa, hehe..
Balik2 rumah mak je terus kena bebel.
Asal ko pakai baju mcm ni. Xde baju yang panjang sikit ke, kang masuk angin bla bla bla..
Cer duduk bersimpul tam. Bla bla bla..
Nak balik rumah mertua balik la cmnie, muahahaha..
See, rumah bebelan padu ni jugak aku nak balik, so merasa la ko kena bebel hari2.
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
5
LoveGreen
Labels: Family
Tuesday, July 13, 2010
Ciput Jahat
Ciput memang carik gaduh okey..
Sebelum pantang.
Aku: nanti ayang nak pantang rumah mak tau.
Ciput: okey, nanti kita duduk rumah mak ye yang.
Dah seminggu berpantang.
Ciput: ayang, hari selasa depan kita balik rumah ma ye. Duduk sana 2 minggu.
Aku: nape? Hari tu B janji nak pantang rumah mak.
Ciput: B tau B dah janji dengan ayang. Tapi semalam, daddy and mama dah slowtalk ngan B mintak kita duduk dengan dorang. Ayang pun tau kan, keisha tu cucu 1st dorang, bla bla bla bla dia pujuk2 haku.
Aku: nanti B cakap sendiri dengan mak. Ayang takut.
Hari selasa, aku pun dilepaskan ke rumah mak mertua..
Ting tong ting tong dah cukup 2 minggu aku kat sini. Mulanya nak duduk seminggu je. Kira...seminggu sini, seminggu sana.. Gitu. Tetiba, ciput racun2 aku untuk stay lagi seminggu.. Ok fine.. Ahad kita balik kcb..
Bila dah hari ahad.
Aku: hari ni jadi kan kita balik umah mak?
Ciput: boleh tak kita balik hari lain je. Hari selasa or kamis, please ayang.
Aku: kenapa pulak?
Ciput: besok B nak g sini sana bla bla bla.
Aku: okey la..
Dan semalam.
Ciput: kita balik rumah mak hari jumaat eh yang. B dah cakap ngan ma dah.
Aku. Asal hari jumaat pulak. Semalam B cakap hari selasa.
Ciput: B kan cakap hari selasa or kamis.
Aku: ye.. and why hari jumaat pulak. Dah cakap hari selasa or kamis kan. Ayang pilih hari selasa. Lagipun, ayang dah cakap dengan mak nak balik sana hari selasa. Yang B pun pandai sangat cakap dengan ma sebelum bincang dengan ayang dulu kenapa. Bla bla bla.
Sumpah aku membebel, geram wey.
Ciput: plz yang, boleh la. Besok B balik lambat. Rabu kamis B ada bola. Jumaat kita balik sana sampai akhir bulan.
Aku pun sambung bebel2 balik.. Haha. Perempuan, biasak ah.
Yang aku sakit hati sangat, kalau janji dengan aku. Boleh je dia main skip2 cancel2. Cer janji dengan orang lain. Kemain laju dia nak tunaikan.
Aku: B xpayah la main bola malam ni.
Ciput: takleh yang. B dah janji dengan dorang nak datang..
Aku: dah lewat sangat dah ni B. Besok jela B gi sana.
Ciput: B dah janji yang..
Ko tengok ko tengok. Dasar jantan.. Haha..
Kita tengok je la nanti. Besok ke jumaat aku balik kcb. Aku bukan apa uols, duduk rumah ma aku tak pantang bebetul la. Duduk rumah mak aku disiplin sikit. Lagipun, air periuk manjakani tak makan lagi nieh, tungku lagi.. Semua tu penting. Padahal, ciput sendiri pesan kat aku suruh aku pantang bebetul. Cit.
Duduk rumah ma memang best, kang korang ingat aku tak suka pulak duduk sini. Xde la. Aku suke je. Ma layan aku memang tiptop, sama je macam mak aku layan aku. Cuma biasa la. Rumah sendiri lagi best dan meriah gitu.. Sama la macam ciput rasa. Sebab tu kalau boleh dia nak tangguh2 balik sana tu. =P
sebelum tutup entry, i love u so much sayang, hehe..
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
21
LoveGreen
Labels: My LoVe
Monday, July 12, 2010
Muntah muntah
Risau yang lain pulak. =(
Keisha kan, kalau lepas minum susu. Bila aku nak berk kan dia. *sendawa, kadang2 dia akan berk sambil muntah dengan banyaknye. Kira, susu yang dia minum tadi, abis dia keluarkan balik.. Oh..
Bukanla tiap kali berk. Tapi kadang2. Macam hari ni sekali. Semalam ada sekali. Pastu, semalam2 takde, tp minggu lepas ada jugak dalam 2 kali gitu. Ish..
Sekali dia muntah, siap membuat pancutan padu lagi. Kasihan betul.
Kalau muntah sikit2 tu ok lagi. Tp kalau dah muntah sekali banyak. Risau jugak aku. Naik fobia pun ada. So tiap kali nak berk kan dia aku dah risau2 takut dia muntah. Tapi nak taknak kena berk kan jugak..
Adakah ini normal kawan2. Ke disebabkan aku keisha muntah. Yela, aku kan bf kan keisha. Kot2 aku tersalah makan something2 ke kan. Hurm...
Lusa nak jumpa doc untuk injek keisha sebulan. Sebelum tanya doc, aku tanya korang dulu. Kot2 korang tau sebab musababnya..
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
36
LoveGreen
Labels: Keisha
Sunday, July 11, 2010
Cubaan Mengepam Susu
Aku pelik betul, macammane korang boleh pum susu sampai 10, 18 oz sekali pam.. Aku pam 2 oz pun macam nak naik giler.. Sakit wey, sanggup lagi aku sua tetek aku kat keisha daripada gigih mengpam, huhu~ yela, orang tak bekerja, boleh la main sua2 kan. =)
Kenapa i pam?
Adalah sebab2 nya. Kang abis pantang kang aku citer kat korang. Itu pun kalau aku ingat la..
Hari tu aku try pam, dapat la 2oz. Itupun ciput yang tolong pam kan. Nak setengah jam jugaklah baru dapat 2oz tu.. Lepas 2 jam, aku try lagi sekali pam. Umakaihhh.. Boleh tak susu takmo kuar, tik tik tik pun tak dapat okey. Last2 fedap malas nak pam..
Hari2 yang berikutnya, try lagi pam.
Orang lain kalau hari ni dapat 2oz, besoknya pam maybe dapat 3oz kan. Aku? Takde maknanya okey. Hari tu dapat 2oz. Hari2 berikutnya dapat 1setengah oz sajork. Sadis betul. Itupun main rayu2 kat ciput mintak dah, sebab tak tahan sudah tetek ku sakit..
Air barli sudah ku minum.. Sukses.. Asal minum je, malam kang mesti susu keluar banyak..
Lobak putih pun ada aku makan. Efek dia, biasa je kot. Tak sehebat barli.
Air susu anmun pun ada aku minum. Everyday mama tolong bancuhkan..
Milo pun sama, tetiap hari jugak. Sampai naik muak aku.=) aku ni memang cepat boring kalu ngulang makan or minum benda yang sama tetiap hari.
Cuma, longan je aku belum try.
Kurang paham pun ye jugak. Korang cakap longan tu, buah longan ke, or longan yang buat air dalam tin tu. Mak konpius kejap..
Kesimpulannya, kepada korang yang terer pam susu everyday sampai ber oz2. Anda memang hebat dan anda sangat2 hebat.. *Sambil, tabik toink toink.
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
43
LoveGreen
Saturday, July 10, 2010
Biodata CM
Nama: ceera
Tarikh lahir: september 82.
Umur: 28 tahun
Status: sudah berkahwin .
Suami: ciput
Anak: keisha tik tok, haha..
Dan yang paling penting..
Pekerjaan: Housewife sepenuh masa & blog writer...
Aku dah lama benti keja la wey. Start tau preggy, laju2 aku benti, haha. Padahal, suami bkn la kaya nau. Tp boleh la cukup2 makan. Nak pulak, aku ni xbyk permintaan. So ok la tu..
Tq nuffnang, tq semua dan tq atas segalanya.. Shukran, shukran..
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
15
LoveGreen
Friday, July 9, 2010
Mamarazi
Lastweek on wed, Mizzamy comment kat fb : ceera, td kita nampak ciput kat kfc ampang park.
Terus laju2 aku serang ciput.
Aku: rabu lepas B gi lunch kat kfc eh?
Ciput: mana ayang tau?
Aku: ada orang nampak B, pastu dia bgtau kat fb. Oh. Mkn kfc tak bagitau ayang pun, senyap2 jerk.
Ciput: ala ayang ni. Shuk yang ajak B makan sana. Susah betul oh kalu ada penyampai nie.
Aku: nasib lah, huhu..
Semalam, sekali lagi kejadian yang sama berulang. Tp orang lain pulak yang nampak. Si ayuthesun. Elok ayu sms, aku dapat sms dari ciput pulak..
ciput: mummy, da mamam? Daddy kat kfc ampang park ni. Bagitau dulu sebelum orang fb ayang, hihi.
Aku: haha.. Memang ada pun orang sms bagitau nampak B kat kfc ampang park. Kali ni sms ok. Bkn fb..
ciput: paparazi ada dimana2. Sukar ar camnie, wuwuwu..
Aku: nyampah. Kang bila orang pandang B, mula nak perasan2 tu. Ceh..
Ciput: agak ar. Nak kenyit mata pun boleh pikir 80kali camnie..
Aku: B jangan nak menggatal eh. Xmo kawan B.. =(
Ciput: alololo.. B main2 je. Sapelah yang boleh lawan kebeautifulan ayang B sorang nie. Muahmuah..
Aku: hehe. Love u so much..
Kena puji skit terus love u, love u bagai. Well.. perempuan..
Ciput tu bukan boleh ok. Kalu dia keluar dengan aku pastu ada orang pandang2. Mula la dia bisik2 kat aku..
Ciput: Ayang, nape dia pandang2 kita. Entah2 dia baca blog ayang tak..
Aku: Hok olooo.. Xde maknanya okey. Macam la ramai nau baca blog ayang. Xde kejanya dorang tu..
Ciput: mana la tau..
Yes, ciput memang jejaka perasan. Sebab tu dulu aku senang nak ngorat dia, ko pandang usha2 sikit, dia dah start cuak2 perasan. Best oh..
So, kalu uols nampak ciput kat mana2, sila report kat aku okey. Manalah tau tetiba dia keluar dengan perempuan lain kan... Matilah, kongkong suami, haha.. Tak kira..
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
17
LoveGreen
Labels: My LoVe
Thursday, July 8, 2010
Pakaian Orang Pantang
Kenapa orang pantang kena pakai kain batik??? kenapa????
Rimas betul aku pakai kain2 batik kat rumah nie la... rasa selekeh betul!!!
Orang dulu2 ye la kan, dorang mana ada seluar sangat nak pakai. So, memang akan pakai kainnnnnnnnnn batik saje kat rumah. Pantang ke tak pantang ke, itu la pakaian dorang pun. huh!!
So, jangan banyak bunyi, ikutkan sajerrrrrrrrrrrrrrr...
Masa pantang. Ini la pakaian akuuuuuu..
Kain batik seharian...
Baju plak harus pakai yang kecik2... dan kalau boleh pakai yang lengan panjang. Kononnye taknak angin masuk ikut tangan. Tapi aku tak dapek la nak pakai baju lengan2 panjang. Ko gilaaaaaaaaaa??? cuaca malaysia panas kotttttttttt.. angin mana plak nak masuk??? tapi bab baju kecik2, itu... aku laju je nak pakai, hahahaha...
Stokin pun kena pakai.
Tapi stokin selalu aku skip2. Nak2 kat umah mertua, hahahaha...
Malas wey pakai stokin, panas!!!
Rambut plak kena sentiasa berikat... motip?? aku tak tahu.. Ikutkan sajer...
Muka plak, jangan gedik2 nak bermekap2.
Pilis memang aku tak pakai. Mak aku pun tak galakkan weols adik badik pakai. Katanyaaa, kulit weols sensetip, tak sesuai nak berpilis2...
Aku ok jerkkkkkkkkk... kalau suh pakai, aku pakai. Kalau tak suh pakai, aku sokaaaaaaaaaa.. hahaha..
Yela uols. Muka dah la pucat lesi, tetiba kena berpilis bagai. Lagi la horror. Laki tengok pun sadisssssssssssssss jerk.
Posted by
Ceera
22
LoveGreen
Wednesday, July 7, 2010
Keisha So Pinky
Boleh la keisha geng ngan makndaknye.. =P
Berlambak sudah baju pink keisha.
Bukan emaknye yang beli ye.. tapi orang yang bagi. Koser aku nak belikan baju pink untuk keisha, hahaha..
Gila keji... tak pasal2 anak tak kenal color pink disebabkan emaknye tak suka pink.

Kalau ko dapat anak pompuan, nak nak plak anak 1st. Tak perlu la ko susah2 nak cari baju color pink untuk dia. Sebab compom berlambak orang akan bagi baju pink...
Baju nie, cheng zi yang kasik.
Kawan ciput.
Kat dalam laci baju keisha, ada lagi beberapa helai baju color pink. Semua pemberiaan orang.
Baju ijau ada satu jerk, cisssssssssssss...
Susah giler okey nak jumpa baju new born yang color ijau... cis cis cis lagik...
Budak idung kembang, hehehe..
Dah macam chef dah aku tengok keisha pakai topi2 segala nie...
Pakai topi semata2 nak amik gambar sajork.
Lepas amik gambar, terus simpan topi tu balik. Sebab aku yang rimas menengoknye...
Posted by
Ceera
27
LoveGreen
Kejap Kejap
Nak update, tapi keisha bangun plak.
Ayokkkkkkkkkkk
Keisha nie kan. Tiap kali aku nak update je dia bangun. Tiap kali dia tido, aku pulak malas nak update, muahahaha..
Jap eh... kalau berkesempatan aku sambung update yo...
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
4
LoveGreen
Labels: Ceera
Sunday, July 4, 2010
Kecutkan Apa Yang Boleh Di Kecut
Kali ni aku nak kongsi ilmu yang aku ambil dari mak aku.
Cara2 untuk mengecutkan badan secara tradisional tanpa menggunakan jamu2 yang ado.
Kira ko tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk buat semua nie.
Menggagau je kat dapur ko tu.
Kalau ada, alhamdulillah... Kalau takde, pergi la kedai runcit sana beli. Bukan mahal pung...
Pertama: Bertungku.
Bertungku sangat penting ye kawan2. Kalau boleh, selama 44 hari tu ko kena bertungku. Tapi now aku tak bertungku ldah Sebab kat umah mertua takde tungku. Rugi 2 minggu aku.. Takpe, balik rumah mak, sambung tungku balik.
Cara2 nak tungku. Mula2, kasik panas itu tungku. Panas gile2 punye. Pastu kasik balut itu tungku supaya kalau kena kat mana2 bahagian badan ko, tidak la melecur. Then, Pepagi dalam kul 8 cam2, letak kat celah kangkang untuk haba2 tungku tu keluar.
Ia elok untuk pengecutan ehem2...
Agak2 dah tak berapa nak panas.. ko tungku la kat bahagian peha dan juga perut. Cara2nye kena tanya yang pakar. Jangan main belasah jer. Bahaya...
Kedua: Mandi air daun2.
Kalau rajin, boleh la buat selama 44 hari.
Macam aku, mak aku larat buat sampai 10 hari jerk...
Daun2 yang aku tau mak aku rebus adalah daun mengkudu dan daun inai. Daun lain aku tak berapa nak cam, sebab eh.. tau2 mak aku dah bagi air rebusan tu untuk aku mandi, ngeh ngeh ngeh...
Best wooo mandi air daun nie. Segar jerk..
Kalau tetek ko sakit semalaman. Besoknye mandi air daun, terus dah tak sakit dah. Kiranye takde la sakit tu hilang begitu saje. Kira ko boleh la tahan lagi sehari untuk kasik anak ko menyusu. Padahal malam tadi, dah nangis2 dah sebab sakit kat nipple.
Mula2 mandi dengan air biasa siap bersabun semua. Dah bersih, baru mandi dengan air daun. Takyah bilas2... biar gitu ajer. Tak melekit pun.
Kebaikan mandi air daun nie; untuk badan jugak la.. kecut2kan apa yang boleh di kecut, haha...
Ketiga: Lumurkan badan anda dengan minyak gamat.
Kasik sapu satu badan ko tu dengan minyak gamat. Kalau mak aku bubuh kat badan aku. Sebotol yang petak tu, 3 hari je boleh abis. Tapi kalau aku bubuh sendiri, mau seminggu baru abis, hehehe....
Nanti ko akan dengar suami ko complain like ciput;
Ciput: B rinduuuuuuuuuuuuu dengan bau ayang...
Nak jawap senang ajer kawan2...
B nak ayang bau minyak 44 hari nie ker? atau B nak badan ayang tak cantik seumur idup?
Compom suami ko akan terima bau minyak ko tu untuk 44 hari... =P
Kebaikan dia: Kurangkan merah2 strecthmark dan kecutkan apa yang boleh dikecut jugak...
Keempat: Perahan limau nipis + Kapur
Ala, kapur yang makan dengan sirih tu, bukan kapur conteng kat papan itam tu ye...

Cara dia: Ko perah limau nipis. Buangkan biji2 yang ada. Lepas tu, bubuh skit kapur tu ke dalam perahan limau. Jangan banyak2 sangat kapur itu ye. Sesedap rasa jerk...
Kebaikan: Kecutkan perut ko la... peha ko ke..
Yang nie semua untuk kecutkan apa2 yang boleh di kecut.
Pakai waktu pagi dan malam. ko sapukan kat bahagian perut, peha dan juga bambam... sapu lite2 sudah. Pas dah sapu pakai la bengkung.
Pakai selama 44hari jugak ye..
Dan yang terakhir dan yang paling hebat sekali adalah asam jawa.
Ko campurkan dengan air skit, sesedap rasa. Jangan kasik cair sangat dan jangan terlalu pekat sangat. Lepas tu, buangkan biji2 yang ada. Dah tu. Ko kasik rebus supaya asam jawa tu panas2 suam.
Lepas dah suam2... ko sapukan kat bahagian perut dan peha.
Pakai waktu malam dalam jam 8lebih gitu.
Dah siap pakai, ko amik la sehelai kain kasik ikat kat perut dan peha. Ala2 barut gitu. Pakai sampai besok pagi.
Tapi hazab jugak la ye kawan2. Sebab ehhhhhhhhh.. besok pagi asal ko bangun je, mesti akan berterabur segala asam jawa yang sudah kering ke lantai. Tak pun masa ko tido, akan berterabur kat atas tilam.
So pepagi lagi, ko dah gigih menyapu kat dalam bilik...
Pakai sampai 10 hari jerk.
Oh masa mula2 aku pakai, perut aku macam 4bulan mengandung okey. Lepas tu kecut skit demi skit dan now, perut aku sudah kembali normal. Tapi buncit tatap ada. Dulu kan aku buncit jugak, huhu~
Ok itu ajer yang aku amalkan buat masa skang.
Kalau uols jenis pantang sendiri di rumah, boleh la try cara2 yang aku cakap nie..
Berbaloi2...
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
17
LoveGreen
Saturday, July 3, 2010
3 Hari Berurut Dengan Mak
Sangat menyeksakan...
Betul2 menyeksakan wa cakap lu....
Dia punye sakit hanya tuhan yang tau, tapi beranak lagi sakit la, =P
Mak aku nie memang pandai berurut. Anak2 dia pantang, mak aku la yang urut. Tapi ada jugak la akak2 aku yang malang *ke untung, hehe time pantang orang lain yang urut. Itu kes kalau mak aku tak larat sangat la. Yela, dengan jaga orang pantang lagi, dengan nak jaga anak cucu lagi.
Masa tu, mak aku kan jaga anak kaklang ngan anak akak seramai 6 orang, makanya.. memang tak cukup tangan la.
Ini nak buat, itu nak buat...
So, panggil orang datang urut sudah...
Turn aku, mak aku ada jugak panggil orang kampung datang urut. Tapi makcik tu free waktu malam sajork. Apa kes, malam2 baru nak urut. Urat semua dah tido okey...
Waktu yang paling baik untuk berurut adalah waktu pagiiiiiiiiiiii, be4 11..
Mak aku yang cakap, aku bagitau jerk.
Dan kalau orang pantang, hari yang paling elok berurut adalah 10 hari selepas beranak.
Tapi time aku, hari ke6 mak aku dah start urut dah.. katanya, belasahhhhhhhhhhhh ajer la.. =P
Aku pun belasah jugak la.. asal adoooooooo....
Hari pertama, mak aku urut slow2 dulu. Tapi dalam slow2 tu, beraduh jugak aku.
Part paling menakutkan kat peha dengan kepala.. ya ampun, sakit gilos okey... bila mak aku nak urut tang tu ajer, aku dah ketap gigi.
Mula2 konon2 nak buat2 kuat la.. taknak aduh2, lama2.. takleh tahan uolsssssssssss... teraduh jugak haku. Bila aku dah aduh2, mak aku pun stop picit kat tempat lain pulak.
Ko bayangkan, lengan saja mak aku urut sampai 15minit...
So, semua anggota badan. Adalah dalam sejam lebih..
Mak aku cakap lagi... berurut memang akan lama. Min sejam, paling lama sejam setengah. Lebih pada tu, dah tak elok dah.
Bila hari terakhir berurut, memang mak aku keluarkan semua tenaga yang dia ada. Skit punye sakitlah... tak tertahan2. Tapi rasa bersyukur gila sebab sudah hari terakhir, hahaha...
Ko tau.. hari pertama aku urut, aku turun 1kg... muahahahahaha...
Nampak sangat angin kat badan ada 1kg.
Tapi hari ke2 and ke3 tu takde la turun 1kg lagi kan, kalau begitu.. aku nak jer suruh mak aku urut aku hari2. Boleh la aku tersenyum indah tengok timbang tu kembali ke berat yang asal.
Berapa berat aku?
Biarlah rahsia buat masa skang...
Nanti dah abis pantang, aku bagitau...
Sila la berurut selepas beranak ye kawan2. Penting untuk badan luar dan dalam..
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
7
LoveGreen
Labels: Pantang
Friday, July 2, 2010
Susu Badan
Risau la..
Aku rasa susu aku nie macam dah kureng jerk.
Tapi macam tak logik plak. Takkan baru 18 hari menyusukan keisha susu boleh kering kan. Orang lain sampai berbulan2 ok jerk...
Bukan la kering langsung takde. Ada tu memang la ada, cuma aku rasa tetek aku dah tak sekeras dulu..
Wahhhhhhhhhhhh.. macam la dulu sangat kan.. =P
Pastu bila keisha menyusu kan. Aku tengok dia macam tak puas jerk.
Sekali menyusu, amik ko sampai setengah jam. Letih makcik. Pastu tak sampai sejam dia mintak lagi. Adoi laaaaaaaaaaaa...
Ko tahan tetek ko asik kena nenen tak sampai sejam berulang2. Kalau sekejap takpe wey, nie sampai setengah jam aku nunggu dia perabiskan susu aku.
Eh, ni bukan complain tau.. nie cuma pelik..
Gila ko, ada ke nak complain anak sendiri menetek... kena petir baru tau..
Pastu bila aku mengadu kat ciput, cam biasa mamat tu akan cakap gini...
Ciput: Keisha tu nak membesar yang, memang la dia nak susu jerk..
Aku: Yeeeeeeeeeeee ayang tau. Masalahnye, B tengok la tetek ayang nie. Dah tak keras dah... kecik plak tu.. dulu, kemain besar & keras lagi. Pastu air susu pun dah tak tik tik tik dah... macam mana nie B.
Ciput: Takde apa la tu... nanti B buatkan ayang air susu ye..
Huh!!! aku plak dia nak baginye susu.. coiiiiiiiiiiiiii..
Lelaki nie memang tau, suka amik remeh. Dia tak tahu ke kita nie tengah risau...
Petua2 nak tambahkan susu badan yang aku tau adalah:
Minum air barli. Ni baru hegeh2 nak buat. Ciput suruh mama tolong masakkan.
Makan pucuk petik. Petua dari omak aku. Ni belum try lagik... pucuk betik dah la pahit....
Pastu ko ada petua lain? kalau ada meh sini kongsi..
Hari pertama aku lahirkan keisha.
Susu aku memang takde... tapi misi tu kata, takpe, u kasik je baby u menyusu, lama2 susu akan ada... ok fineeeeeeeee, aku kasik ajer la kan...
Hari ke2 pun cam2 jugak. Sedih tau.. dah la ciput cakap yang aku nie nak BF sepenuhnya, so keisha memang mengharap susu aku je la.. so bila hari ke2 pun susu still takde *kalau ada pun, alahai2 skit gile okey. Aku dah start emo.
Ko tak emo bila tengok anak ko menetek tapi ko tau yang susu ko elek pocik.
Dah tentu ko akan terpikir; anak aku nie mesti tengah haus giler.. kesian dia...
Pastu bila ko suarakan pendapat ko kat suami tercinta, dah suami tercinta ko plak cakap, takpe ayang nyusukan ajer... ko tak sakit hati??
Aku sakit hati weyyyyyyyyyyyy..
Siap nangis2 tengok keisha menetek tapi tak puas...
Geram dengan ciput pun ada... Kalau boleh, nak smackdown ajer mamat tu.
Hari ke3, pun sama jugak, susu still non ado...
Dah la kena tinggalkan keisha kat hospital sebab keisha kena kuning. Aku plak nak balik.
Pastu bila pam susu, susu taknak keluar2... last2 misi tu kasik cadangan untuk weols kasik keisha susu formula for one day... kira kang dah balik rumah, sambung la menyusu badan balik.
So, bila aku tengok keisha dapat susu formula yang misi tu kasik, terus aku lega giler2. Dapat plak tengok dia minum dengan rakusnya, hurmmmmmmmmmmmm... nak citer ni pun rasa nak tik tik tik dah air mata aku.. =P
Semua salah ciput, takut sangat budak kecik tu taknak susu tetek aku dah.
Dia kata, kawan dia kata. Kalau baby dah dapat susu formula, nanti susu badan dia takmo dah...
Cehhhhhhhhhh, itu anak kawan dia, bukan anak aku.
Balik je rumah, mak aku urut skit2. Baru nampak susu tik tik tik keluar dari badan aku. Soka giler.
Now dah risau balik.
Aku harap susu aku nie cukup la untuk keisha. Sekurang2nya sampai keisha 6 bulan.
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
76
LoveGreen
Thursday, July 1, 2010
Ceera & Keisha
Nah gambar keisha...
Ofcoz la aku nak menyelit sama kan, hahaha..
Mana aci gambar keisha sorang jerk, =P
Keisha masa umur 8 hari...
Keisha 11 hari..
comel sangat anak mummy nie... geram geram...
Aku nie time keisha tido sibuk nak kejutkan dia. Tapi bila dia dah bangun, sibuk plak nak tidokan dia, hahaha... kalau dia celik mata sampai 2 3 jam, mau aku meroyan2 sambil bebel2.
Keisha tido la.. lama sangat keisha bangun nie..
Pastu call ciput ngadu2 kat dia, haha..
Kaki mengadu okey aku nie...
Love: Ceera =P
Posted by
Ceera
37
LoveGreen
Labels: Keisha





