Instagram

Memperkenalkan Produk Baru Dari Olay Regenerist

Entry baru ada kat bawah tau, muahssssssss

someone comment to me:
Actually Olay yang untuk anti-aging tu disarankan olay untuk start pakai masa umur 25 tahun =)


Serius meh?? serius umur 25 tahun dah kena pakai?? umur aku dah 28 kot. Dah kena pakai la sepatutnye kan. Aku ingat start 30 baru kena pakai, ish...

Terus..
B jom pergi watson kejap. Ayang nak pergi beli olay regenerist yang color merah tu

So today, i want to introduce to you my very2 new Olay Regenerist Micro-sculpting Serum, =P Salah satu product Olay regenerist yang paling latest...

Tadaaaaaaaaaaa.....

Aku sekarang sudah gila produk kecantikan, =)
Kata kooooo...

Bila ada orang komen cakap umur 25 sudah kena pakai anti-aging, baru aku hegeh2 mahu membeli Olay Regenerist.

Sebab aku macam, no way aku muda lagi. Mana boleh pakai yang anti aging punye, kulit i masih halus tulus mulus muda tau...

Padahal sudah berkedut di dahi, sadisssssssss + malu!!!!

Dahi paling kedut dulu. Tak sukeeeeeeeeeeee!!!
Kalau boleh nak touch up lebih kat situ..
Keliling mata pun favorite spot untuk kedut... Dan mata saya pun sudah mulai kedut, hehehe.. but not too obvious la. Kalau perhati betul2, barulah nampak...

Dan aku tau, bukan aku sorang je yang pikir "kulit aku muda lagi" korang pun sama jugak kan??? eleh tak nak mengaku pulak...


Yela.. sekarang memang tak nampak kedut seribu bagai. Kulit muka masih halus tulus mulus. Tapi ko tengok karang 5 - 10 tahun akan datang, mesti kedut tu akan datang sedikit demi sedikit tanpa kita sedari...

Ini la gunanya produk anti aging. Walaupun ko pakai sekarang ko tak nampak effect dia.. tapi akan datang baru ko akan nampak keberkesanan benda2 yang ko pakai sekarang.

Macam aku nie kan..
Mentang2 kulit dah ok jarang2 jerawat datang kat muka. Mula la aku lupa diri, malas nak pakai cleanser, malas nak pakai moisturizer, malas nak pakai sunblock dan malas jugak nak apply daily treatment. Sekarang apa sudah jadik?? kedut di muka sudah kelihatan, tak suka tak suka tak suka...

Atau adakah ko sudah tanamkan di dalam hati 10 tahun akan datang ko mahu menyucuk botox di sini di sini dan juga di sini??? Yela, senang kan? cucuk sekali sudah nampak kesannya.. tak perlu nak tunggu 10 tahun baru nak nampak kesan.

Tapi tahu kah anda kesan negetifnya bila ko cucuk botox atau buat plastic surgery? bab nie aku rasa tak perlu kot aku nak bagitau, sebab masing2 dah boleh berfikir kan.

Cuma yang aku nak tekankan disini, bila ko dah cucuk sana sini atau buat plastic surgery bagai, sudah tentu ko memerlukan kos yang sangat mahal. Sebab bila ko dah start buat, susah ok nak berhenti, sebab ko akan buat dan buat dan buat sampai muka ko jadik &^$@(@&#@(...

Tapi dengan adanya Olay Regenerist, muka anda akan tampak lebih muda dan cantik. Malah kulit muka juga akan menjadi lebih halus dan kedut2 pun boleh hilang sedikit demi sedikit...

Takpon mungkin ko akan cakap...
Pakai olay?? ui class C ok orang pakai Olay nie. Aku pakai brand tettttttttt, baru class A
Adoiyaiiiiiiiiiiiiii.... tak main la class2 A B C D E bagai. Ikut kulit jugak. Kalau ko pakai brand tetttttttttt sekali pon, tapi kulit ko tak sesuai tak best jugak.

Cuba ko try produk olay??? mungkin ko boleh jimat banyak daripada ko guna produk yang brand tetttt itu.

"A painless and payless way" Gitu...

Bagaimana serum ini bertindak???
Sedikit info untuk anda...
Olay Regenerist Micro-sculpting serum ini bertindak dengan meresap jauh ke dalam permukaan kulit kerana ia mengandungi tahap tertinggi kompleks amono-peptide dan menawarkan kulit lebih tegang tanpa facelift sekiranya anda menggunakan ia secara berterusan*. Selain itu, ia juga membuatkan kulit anda menjadi lebih tegang dan menghilangkan garis2 halus di sekitar wajah, mata dan juga leher.

Cara pemakaiannye?
Mudah sahaja...
  • Cuci muka terlebih dahulu
  • Lepas tu pakai toner
  • Dah pakai toner baru ko apply daily treatment iaitu micro sculpting serum, cara nak apply, urutkan wajah anda dengan lembut menggunakan hujung jari ye, disekitar muka dan juga leher.
  • Then baru pakai Olay Regenerist Super structure cream SPF30
Jangan tersalah step plak.
Ingat, before moisturizer, after cleanser.

Dan ini adalah antara kebaikan yang ada di dalam micro-sculpting serum yang boleh aku kongsi dengan korang semua;
  • Tidak berminyak bila dipakai.
  • Mampu dibeli oleh semua golongan lapisan masyarakat.
  • Menyerap masuk jauh ke dalam permukaan kulit dan memberikan amino-peptida dan vitamin B3 kompleks dalam kepekatan yang tinggi
  • direka khusus untuk memberikan kelembapan kulit dan dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus serta menghaluskan tekstur kulit
  • Dan juga kulit muka pasti kelihatan lebih cerah, berseri-seri malah akan menjadi lebih tegang
Tidak percaya???
Cubala...
Saya sudah cuba, anda bila lagi.. =)
Dan kulit muka saya, sudah pun beransur lembut, sukeeeeeeeeee sangat!!!

Oh, anda boleh mendapatkan Olay Regenerist Serum ni di mana2 cawangan Guardian dan juga Watsons.

* Lapisan epidermis sahaja. Hasil tidak sama dengan rawatan klinikal. Dengan penggunaan kerap.

Love: Ceera =P

19 LoveGreen:

Ieda Al-Habsyi said...

mcm best weh, aku pon nak try la, mata ku ni cam dah kerepot skit, ekekek :)

Hanida Lavida Moss said...

kalau umur 24 dah bole start ke belum? hehe takotnye kedut!

p R i n c E S s _ N said...

uhuk..tetibe trase muda lg..pasal br 24..laalalala...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

bagus lerrr ceera
zana pun tak tahu yg anti aging nie kena start pakai umur 25 thn..hu hu hu....gamaknyer dah terlepas 3 tahun nie ....nak kena cari gark ler..nak gark hilangkan kedut2 kat muka nie.

Bulan Bintang said...

agak2x ok x kalau campur ngan product lain. i mean pencuci pakai safi ke pastu toner pun safi. pastu pakai yg ni. rasa2x boleh x?

eT said...

cam menarik...
tp me skang ngah peggy...
time peggy jerawat naik berlumba2...
muka sgt burokkk....waaaaa

suffer8zine said...

wahhhh ape lagi perempuan2 semua? try la, heheh

Terkini : Pemandu Bas Dirotan

ceera said...

bulan bintang;
ok je.. campur2 produk lain pun ok. Takde la kita nak paksa semua kena pakai olay kan.

cik puan akish said...

babe....kulit aku berminyak owhh...agak sesuai kah????

ceera said...

akish
sesuai je wey
sebab serum ni ko pakai kat muka tak berminyak langsung kot. sedap je pakai. dan yang penting wangi!!!

asz_miza said...
This comment has been removed by the author.
~LIZA~ said...

doesn't mean pakai product mahal tu bagus. bergantung pada kulit jugak.. take me for an example, excited pakai ada 1 product ni tapi kulit i jadi kering terus. in the end stick to yg murah jugak :D

Atin said...

sis ceera da cantik..hehe
tp kedut tu mmg kena start dr awal kan? kalo da berumo bru nak pakai, mmg xjalanla..
tp mmg btol, pakai brand beriban-riban pon, kalo xsesuai ngan muka xjalan jugak...=)

Tn.Punya said...

boleh recoment dekat yang tersyg ni..hahaha

lily lotus said...

phewit :)

puffy said...

lol...mary kay mcm mana dulu ko kan guna???hada labo pon ko iklan kan tu ok ker tak???...boleh up date testi tak?? dan ngape bertukar pada olay lak..huurrmmm

ceera said...

puffy,
mary kay saya pakai yang mask je skang. Sebab yang lain tu bagus memang bagus, cuma tak mampu sangat la, mahal!!!

hado labo sampai skang guna jugak!
best tau hada labo nie... sebab buat muka kita lembut jerk

and olay memang aku pakai skang nie. baru berjinak2. Harap very d sesuai la. And kalau ko cuci muka kan, lepas cuci muka pakai hada labo dulu, lepas tu baru pakai serum...

::misz maney:: said...

ceera cantik la baju u..like..like :))

Tny said...

Ceera!!!
Cermin ikea tu.. adakah ko ingat?? Hehehe.. aku punade gak, time kite kuar bertiga ngn Nemo tu =) **1st met-up**

Rindu ko lah, babe..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998