Instagram

CKT Sudah Kembali

Yeayyyyyy
Char key teow sudah kembali!!!

Ayin: Maktam, ckt dah ada dah maktam, dia dah pindah kat sinun..
Aku: Oh yeke? orang yang sama?
Ayin: Ha a..

WohOooooo....
So, malam tu berjalan la kami ke sana.. (berjalan menggunakan kereta daaaaa. Jauh skit kot)

hari tu aku gi s.alam ada hal.
Lepak rumah member sampai jam 5 petang, lepas tu macam koser nak drive balik, sebab harus jammed!!

Itu pasal singgah rumah kaklang...
=)

Kalau singgah rumah kaklang, dapat makan best2.. hehehehe...
Eh kalau rumah akak2 aku yang lain pun dapat makan best2 jugak.
Kena cakap camnie tau, kang ada yang sentap pulak kang, hahaha

Kakcik, nanti atam pergi rumah kakcik eh. Rumah kakcik tu jauh sangat la. Ish...
Akak, hurm.. akak selalu takde rumah kot.
Andak, hurmmmmmmmmmmmm andak pun sama...

Ini la ckt dia, terangkat wa cakap lu. Dia ada rasa pedas2 skit. Tu yang best tu.
Suapan pertama, uiiii sedapnye..
Suapan kedua, fuhhhhhhhhhhh sedap betul.
Dan begitu la seterusnya sampai abis licin.

Trademark ckt ini adalah = 3 ekor udang di setiap pinggan.

Aku balik cheras malam jugak.
Ko tau, odw pulang keisha adalah menangis kuat2 di belakang... mungkin dia mengantuk sangat kot. Dan aku plak memang takleh nak berhenti sebab highway kan. Bila keisha nangis, rasa macam nak menangis sama. Last2 drive lelaju, lepas tol 50sen, terus masuk exit sri permaisuri berhenti kat petronas, kasik susu dulu. Agak2 keisha dah tenang, baru drive balik ke bc pulak. Itu pun dia nangis2 lagi sebab dia nak tido...

So, ciput sudah kasik amaran.
Lepas nie kalau nak pergi s.alam, terus tido rumah kaklang. Tak payah balik malam2 dah. Besok pagi tu baru balik bc.

Baik bosssssss
Menurut perintah!!

Love: Ceera =P

11 LoveGreen:

Just.wanie said...

3 ekor je kak ? hehe kat sini 7 ekor .

Nani Aling said...

just to say "hi"....
sweet la u Ceera

Nanak said...

olololo..kesian keisha..
mmg terus perasaan ms drive pastu anak nangis kat blkng..huhuhu

Cik Wanie said...

Sedapnyer yunk,
Tapi syg i x bole mkn sbb ada udang,
Sedeyyyyy

-delicious.collection- said...

ni s.alam kt seksyen bape eh?

-haizi

sweethOneY said...

kat mana tuuu.. aku suka terjah tempat makan best2 :D tak jmp lg char kuetiau sedap kt cheras ni

:: p R i n c E s S _ N :: said...

hohoho...x tahan..keisha nangis..mummy pon nangis...brani gak ko drive sndri2 dr SA ekk..ko mmg kental nyahh..

farra8979 said...

nk tanye gak, kat mane??? me abg suker CKT...

antalya said...

ntah2 keisha nampak sesuatu kot

ceera said...

dekat seksyan mana tak tahu la. Tapi sebelum dhl. Ada kedai makan atas bukit tu...

e~P~o~p said...

Kat Rejab eh?

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998