Instagram

Mencegah Lebik Baik Dari Mengubati - Breast Cancer

Baru ku tahu macammana rasanya lump di breast, selama nie tak tahu ohhhhh..
Aku ingat akan ada bonjolan besar baikkkkkkk punye kat tetek. Kira kalau tengok kat cermin pun boleh nampak. Rupenya kalau nak rasa lump tu kena tekan2 eh, hehehe...

Terima kasih la nuffnang sebab invite aku kat event nie. Sekurang2nya pertanyaan yang selama ini ku simpan terjawab jugak.

Event nie di buat di Kafe Delicious at The Marc Residency. Dan lelaki itu adalah pemandu saya, =P

Nasib baik oh andak pun ada sama, kalau tak... sapa pulak yang nak bawak aku ke sinun. Nak angkut ciput sekali kang sapa pulak nak jaga keisha. Boleh ajer drive sendiri, tapi lebih best kalau ada pemandukann, huhu~

Bila ada andak, haruslah seronok2. Orang lalu sebelah pun tak perasan, bz nau berborak.

Aku: Andak, macammana eh nak rasa ketulan tu?
Andak: Time ko cek ko punye breast tu, ko kena angkat tangan. Pastu ko akan rasa la.
Aku: Yela, tapi macammana nak rasa. Pastu macammana kita nak tau itu la ketulan tu.
Andak: Andak pun tak tahu, jom ah kita tanya.

Lalu kami pun ke depan untuk tanya2 macammana nak rasa lumps di breast

Bersemangat okey time ni. Tekan tetek pelesu tu pun bersemangat jugak..
Banyak gile soalan weols tanya.

Cara2 nak check uols ada lumps ke tidak adalah dengan:
Dengan menekan breast uols dengan tiga hujung jari. Gunakan jari telunjuk, hantu dan juga manis.
Lepas tu angkat tangan dan buat pusingan dari luar sampai la ke nipple.
Boleh dicheck dengan 2 cara, di depan cermin dengan berdiri ataupun dalam keadaan berbaring
Last kali cer try picit nipple uols tengok ada darah ke tak.

Masa nie dia kasik aku rasa lumps yang dikuatiri cancer, terus aku rasa cammmmmmm... oh, begini ke rasanya lumps... macam pernah rasa je kat breast.

Tapi uols, 9 dari 10 lumps yang ada di breast bukanlah cancer.
So, kalau ko dah cek sendiri kat rumah and masih lagi rasa musykil. Sila la berjumpa dengan doctor and suruh doc tu yang tolong cekkan.

Malu dengan doc lelaki, sila la cari doc wanita yo...

Rasa dia macammana eh nak bagitau. Time ko tekan2 tetek ko tu kan. Dia akan rasa macam ketulan la. Like muscle. Dulu aku ingat muscle tetek tau, hehehe.. rupenya, begitu la rasa2nye eh...

Nanti nak cek doctor la..
Baik la kita mencegah dari mengubati..
Ko ingat murah ke bil2 spital bila kena cancer, mahal wooooooooooooo....

The president Ranjit Kaur sedang memberi taklimat tentang breast cancer. Dia juga adalah salah seorang bekas pesakit breast cancer. Kebanyakan Breast Cancer Welfare Association (BCWA) committee adalah bekas pesakit breast cancer. Sebab tu la dorang beria2 nak kita mencegah breast cancer nie.

Kalau boleh silalah cek everymonth...
Bak kata vice president chin keat quin.
U tengok muka hari2 kan. Apa kata salah satu hari yang u tengok muka, u cek pulak u punye breast. Bukan lama maaaaa.. sekejap saja...

=)

Memang sekejap and senang ajer kan. Tapi biasalah kita2 nie, tahap kemalasan punye la max.

Time paling baik untuk cek ur breast adalah 7 -10 hari dari hari pertama tempoh anda period. Ko period setiap bulan kannnnnnn.. so setiap bulan la kena cek ye. Kalau ada yang period 3 bulan sekali pun tatap setiap bulan jugak kena cek, jangan nak ngelat salahkan period...

Tapi kalau ko sudah menopause, =P
Pun tetap boleh cek. Amik tarikh yang sama. Bulan nie 10hb, bulan depan pun 10hb jugak, gitu...
Time pregnant pun boleh cek jugak...

Lepas speech, apa lagi.. santap time la...
Ko tengok andak tu, bukan main senget dia bergambar, hehehe...

Time ni tengah mengumpat, hahaha
Tipu la.. Weols mana reti jumpa2 orang terus mengumpat. Dan kami bercakap benda yang baik2 sahaja, pui...

Aku tak tahu okey kalau breast cancer tema color dia adalah pink. Kalau aku tau pink, memang aku akan pakai baju pink punye, hehehe.. *boleh percaya ke?
Sila percaya... aku nie pink memang kureng, tapi tatap boleh pakai baju pink. Nak nak kalau mengikut tema nie. Memang suka je aku ikut.

Aku bukanlah terlalu pendek eh dengan si jemah tu...
Jemah pakai kasut tinggi, wpon takde la tinggi nau kasutnye..
Aku plak pakai sandal leper. Dan kakred plak pakai high heel baikkkkkkkkkk punye tinggi. Hoh... Nanti la korang, aku pergi event je laju2 aku cari kasut tinggi pakai. Baru menggalah umpama model.

Jemah dan saya...

Mic: Mana saiful?
Aku: Kat rumah, dia kena jaga anak.
Mic: Yeke?
Aku: Yela.. kalau dia ikut sapa nak jaga keisha.

Padan muka ciput kena jaga keisha, hahaha... aku balik jam 930 tau, terus dia cakap..
Asal balik lambat sangat nie?
Hahahaha...

Michelle lebih menggalah. Sebab adalah sama. kasut tinggi, huh! Tapi kalau mic pakai kasut leper pun mungkin dia lebih tinggi dari haku..
Tapi aku takde la pendek sangat tau korang, hahaha..

So mic, bila lagi kita mau jumpa nie?
Bila bila???? sambil gatal tangan, hehehe...

1st time jumpa. Nama dia adalah tian chad.
Cer ko bukak blog dia. Semua gambar adalah cantik...

10 tanda2 amaran cancer *copy paste dari blog jemah saja. =P kami adik beradik ma.. dia tak saman haku punye kalau aku copy blog dia tanpa bagitau, haha...

1. Perubahan dalam 'corak' pembuangan air besar atau air kecil yang berterusan dalam jangkamasa 2-3 bulan

2. Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan

3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan sakit

4. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen

5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat

6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser

7. Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan di dalam telinga

8. Senak atau kesukaran untuk menelan

9. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk

10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.

Majlis ini juga di sponsor oleh Sabah Tea.
Itu sebelah saya adalah owner Sabah tea, iaitu Mr Teh

Sabah tea nie sedap tau. Kat rumah aku nie pun memang guna sabah tea. Bukan tipu2 tau. Ini adalah benar. Kan ke aku gila teh. So, masa dia kasik free sabah tea, aku adalah gembiraaaaaaa... muahahaha...

Last sekali.
Jangan lupa cek breast korang ye..
Sebulan sekali.
Muahssssssssss...

Love: Ceera =P

15 LoveGreen:

LOVEisCHENTA said...

Salam..
kak ceera masa preggy minum teh tak??
kita pun suka minum teh tp masa preggy kita minum mcm angin lak..

lagipun teh tak bagus..(yeker) masa preggy..so?..so?

cepat reply laju-laju...huhuh ;D

Ceera said...

akak minum ok je..
masa preggy pun pun akak minum tea, lepas preggy nyusukan anak pun tea jugak akak minum. Memang ok ok sangat..

Michelle Zyenn Teh said...

Hehehehe! Bila jumpa lagi ah? MMM veryy veryyy soon heehehe *winks* lain kali bawa Keisha & Saiful la ok!

Michelle Zyenn Teh said...

Hehehehe! Bila jumpa lagi ah? MMM veryy veryyy soon heehehe *winks* lain kali bawa KeishaHehehehe! Bila jumpa lagi ah? MMM veryy veryyy soon heehehe *winks* lain kali bawa Keisha & Saiful la ok! & Saiful la ok!

Michelle Zyenn Teh said...

Hehehehe! Bila jumpa lagi ah? MMM veryy veryyy soon heehehe *winks* lain kali bawa Keisha & Saiful la ok!

A.I said...

camne aku nk cek? isi tetek pon takde...hhrrmmm

Atiqahtuty said...

hu2 saya yang belum kawin ni pun da ada lump kat breast. tapi da buat ultrasound sume. Alhamdulillah doc cakap lump tu tak serius pun :)

LORD ZARA 札拉 said...

Banyak info ni kak~

TQ2~

-eddziela bukan nama sebenar- said...

ooo..cmtu ek?malu la nk check kena tekan2..hoho ;p

~Ayu~ said...

Ira,

Visit my blog utk dptkan tips menambah penghasilan susu ibu yg berkualiti...

http://newimageonline.blogspot.com

armouris said...

lagi info tentang barah payudara di SIHAT SELALU - Pengesanan Awal Barah Payudara

juliet. said...

better check. sbb sya yg anak dara pon ada lump. bln 6 ritu sya check ada. check klinik krajaan dlu, then trus g hosp swasta buang lump tu. operation minor je. tp doc bagus sbb gtau detail psl hal ni n suruh checkup 6 bulan or stahun skali. klu yg married lg la plu check. :)

Tian Chad @ 永遇乐 said...

harlo Ceera, thanks for linking me =D
I can see you have banyak banyak supporting readers~! =D

ratna said...

dulu.. masa sekolah2 ada gak program kesedaran mcm ni.. org tu kata.. kalau nak tau benjolan kanser tu mcm mana.. cuba kita tutup mata.. dan kita rasa dgn jari2 kita..mcm tu la rasa ketulannya.. ntah betul ntah tidak..

eynda said...

Tak pernah check..macam tak reti walaupun selalu baca cara2 nak check...tapi nanti memang kena check jugak betul2...benda ni serius kan..

Btw nak cakap...ceera sangat cantik sejak jadi mummy tau ;-)

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998