Instagram

Keisha 2 Bulan


Sekejap je budak tetik nie dah besar.
Kaki pun dah panjang
Muka pun dah tembam
Perut pun dah bulat
Dan tapak kaki pun semakin membesar, hahaha.. siyes besar okey tapak kaki anak aku. Besar2 kang, mau saiz 8 9 nie... =P

Wpon senang nak dijaga. Ada masa2nya dia ni suka nak bermanja. Asal letak je nangis, asal letak je nangis, terpaksa la main dodoi2 sayang2 goyang2. Tapi aku ok je, kata tak keja.

Selalu kena bedung, sebab tangan dia suka nau merayap ke muka, abis muka dia merah2. Still pakaikan dia sarung tangan, tapi kalau dah kuku panjang, pakai sarung tangan pun boleh terasa dia punye tajam2. Aku syak muka dia gatal2 la, ke sebab dia rimas rambut dia dah panjang eh?

Dah pandai geleng2 kepala.
Means - dah pandai toleh ke kanan dan kekiri. Dulu kalau kepala kekanan, sampai ke sudah la kat kanan, orang plak nak kena alihkan ke kiri, now dia dah pandai tukar2..

Makin aktif, kaki takleh duduk senyap

Suka kentot kuat2, hahaha.. semua baby kot kentot kuat2. Tapi kelakar okey. Boleh jadik bahan ketawa...
Ciput: Keisha sayang daddy tak?
Keisha: Prut prot prot kentut...
Kentot adalah jawapan keisha, wakakaka..

Sudah pandai senyummmmmmm...
Tak tahu dia cakap ngan sapa, hau hau hauuuu tetiba senyum...

Nangis pun dah pandai okey. Kalau tinggalkan dia sorang2 kat dalam bilik, kalau dia dah bosan. Dia akan panggil kita dengan menangis. Tapi takde la menangis meraung2 tu. Nangis bunyi kejap2 bagi kita dengar yang dia dah bosan or dah bangun...

Masih kuat tido, =)
Lagi lama tido kalau aku tido sama2 dengan dia. Kalau tido sorang2 dia akan cepat bangun. Masa tido dia suka hugie2... kepala kena bersatu dengan kepala dia, baruuuuuu dia selesa...

Oh itu ajer perkembangan keisha untuk 2 bulan..
Nanti dia 3 bulan aku update lagi yo...

Love: Ceera =P

19 LoveGreen:

Along25 said...

Sudah besar da keisha :)

cik puan akish said...

cepat besar yek anakkuh...:)

puterikurekure said...

ha...comelnyaaa!!!!!!!!
keisha..bila mau ketemu?
:)

Bai said...

comel! hehehe. tu la kentut tak senonoh! hehehe.

aSmiDar said...

klakor part jawab ngn kentut tu..hahah

Mak Su said...

yea bestnyer mengulik budak kenit, rindu kat baby, tapi dah malas nak beranak , meh nak pinjam anak ceera sat ;)

nak lambung lambung

A.I said...

sronok betol ada baby tetik kt umah. aku ni jenoh la nk melayan baby tua gomok kat umah tu. isk...

ratna said...

ceera..org kata kalau tapak kaki budak panjang..maknanya nanti dia tinggi.. tak tau la .. anak saya tapak kaki dia..sampai skrg susah giler nak cari saiz kasut dia..

nasaoji said...

haha..memang kot..anak aku pun kemain kentutnya..siap kata mak aku, leh bocor pampers!..

tak cukur ke rambut?..mayb gatal kot palanya, rambut kene tinga dah.. ;)

-v-~~geina~~-v- said...

ceera...keisha tk cukur ke rambutnya...ko wat masa kt s.bernam nnt ye...kene cukur tau..sbb tu rambut dr dlm perut kte kan..gatal tau..tu psl la kene cukur..

lau ko cukur 44 kali kan..nnt anak ko dgr ckp ko..ehhehe...petua dr mak aku ngn ipar duai aku..hhehe

tp aku cukur zafran dua kali je..mula2 cukur kepala die berbintik2..cam gatal...kali kedua cukur br la ok..ehheeh=)

bRaiN fReEzE said...

Wah... Da besar die.... Comey sangat!!!

akukaonal said...

waaah... cpatnya da 2 blan... x tgo klg keisha ni... chumeeelll.. korng meng hebat... hahaha...

Wahidah said...

dah 2 bulan eik..kejap je rs die dh 2 bulan...comei kesiha ne..:)

ArELeEz said...

alooloolooo.. manjanye cik keisha..

Mya said...

kejap je dah 2 bln ek..
aduhhh bila akak nak jumpa awk bagi hadiah keisha ntah.. hu hu

lily lotus said...

kentut tanda sayanglah tu :D

Liz Duan said...

such an adorable little girl

HOn3YB33 said...

KEISha Comeyyy!!~~

:: p R i n c E s S _ N :: said...

kjp jekk da 2bln da keisha...

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998