Instagram

Safeggs Bukan Telur Sembarangan!

Sticky post kawan2. Entry baru ada kat bawah entry ini ye.. terima kasih

Tak tau plak aku orang mengandung tak elok makan telur half boil. Selama nie aku main belasah jer makan, hehehe... Ko tau?? ko tau???

Kalau ko pun tak tahu, sama2 la kita ye..

Kenapa tetiba saje saya bercakap pasal telur???
Tentu la ada sebab musababnye..

Hari tu, aku terpanggil untuk mendengar sedikit info berkenaan dengan Safegg...
Apa itu Safegg??
Ui, banyak nak kena bagitau uols nie..

Masa aku mula2 dengar nama Safegg nie pun aku macam blur2.. apakah mendalah Safegg ini??? Safe aku tau.. egg pun aku tau. Tapi Safegg apakah????

Rupenya jenama telur uols.. dia macam telur omega la.. tapi yang ini Safegg... Gitu...

Sebelum aku bercerita panjang, ko tengok dulu gambar2 yang ada.. Posing2 maut dari kami.. =)

Sapa boleh teka, siapakah wanita disebelah saya?
Ye ye.. itu kak nani rostam, ibu kepada hanis zalikha..
Ini kali ke2 aku jumpa dia.. 1st time masa pergi ke Singaporean.. compom kak nani tak ingat kan, sebab masa tu saya kurus auwwwww, dan berambut panjang...

VP jugak ada... terkejut tak, terkejut tak??
1st time aku dapat pergi event dengan kakak sendiri. Kalau tak, mesti sorang2 sangap tak tahu nak buat apa. Ada VP boleh la hur har hur har bersama... Itu pun aku kena ambil dia kat rumah mak, sebab pompuan nie buta jalan. Tak pasal2 sesat sana sini plak kang...

So, nuffnang. Lepas nie, boleh la gandingkan kami together2 lagik, hahaha

Kami diberikan minum pagi.. saya pilih tea.. vp plak pilih coffee..
Eh itu pun nak kena bagitau ke? hehehe...

Ya.. iza juga ada...
So, ada dua preggy woman dalam ini cerita...

Prof Gulam Rasul, Yong Sik Hoo and Kong Vee Hong

Bila orang tu sebut Gulam Rasul, tetiba aku teringat caterer masa adik ipar aku kawin dulu. Kan weols, guna khidmat caterer Gulam Rasul kan, entah2 ini ownernya ye...
Beliau adalah Prof of Food Microbiology and Safety di Faculty of Food Science & Technology UPM.

Yong Sik Cho adalah CEO Safefood Corporation (M) Sdn Bhd manakala, Kong Vee Hong adalah General Manager CEO Safefood Corporation (M) Sdn Bhd

Saya yang kusyuk mendengar..
Kena la kusyuk uols, kang tak tahu nak tulis apa plak kang...

Dirasmikan oleh YB Datuk Hajjah Rohani Haji Abdul Karim..

Datuk Rohani sangat cool okey. Beliau punye speech membuatkan kami semua menjadik segar bugar. Asik tergelakkkkkkkk ajer dengar beliau punye lawak spontan.. Best best...

Kalau sesiapa yang tak berapa nak kenal akan YB Datuk Hajjah Rohani Haji Abdul Karim, beliau adalah Timbalan Menteri Pertanian Malaysia dan industri Asas Tani, harap maklum...

Perasmian sedang dijalanankan...

Bila maskot telur itu keluar, terus aku teruja. Dalam hati, saya mau amik gambar dengan itu telur, saya mau saya mau.. tapi last2 tak tercapai jugak impian aku, sebab konon2 lepas makan baru nak bergambar dengan telur, sekali maskot itu sudah hilang entah kemana.. sob sob sob...

Selesai sudah perasmian untuk Safegg...
Meriah uols... tak sia2 aku bangun pagi jam 6 tau.. sebab event nie start jam 930am di hotel hilton KL.. Sebut pasal hotel hilton, tersedak aku tengok dia punye rate parking.. Tak sampai 4jam parking kat situ, RM18hinggit aku kena... Fuhhhhhhhh.. nasib baik berbaloi2..

Ok ok.. sambung balik cerita berkenaan dengan Safegg.. aku nie lebih banyak melalut dari memberi info...

Safegg ini dibawah syarikat Safe Food Corporation (M) Sdn Bhd (SfCM). Ia adalah syarikat pemprosesan makanan yang mengeluarkan dan memasarkan telur pasteur dalam usaha menggalakkan pemakanan yang selamat dan juga kehidupan yang sihat. Ini adalah kombinasi diantara syarikat Korea dan juga Malaysia

Oleh itu, tujuan Bicawara hidup sihat Safegg ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan menggalakkan konsep keselamatan makanan di kalangan pengguna dan mendidik tentang kebaikkan telur pasteur *telur pembasmian kuman...

Statistik terbaru, menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia memakan telur adalah sebanyak 305 biji sehari. Ini bermakna 22juta telur telah dimakan oleh rakyat Malaysia setiap hari.. sumpah banyak..

Macam aku, mayb makan 1 atau 2 biji sahaja dalam sehari...
Tapi atlit2 tegar, ko ingat dorang makan 1 2 biji ke?? paling2 pun ada la 20 biji sehari... nak plak atlit yang bina badan tu, makan telur macam minum air gamaknye...

Oleh itu, pemilihan telur adalah sangat penting. Dimana telur yang dibeli telah dipasteurkan.
Ye ye... kekadang kita termiss2ed benda2 penting macam nie. Tak payah cakap korang, aku pun sama jugak. Kita kalau pergi supermarket, seboleh2 nak cari telur yang paling murah. Sebabnya kita rasa telur adalah sama semuanya.. tak ada beza pun.. betul tak? kenapa perlu beli telur yang mahal, kalau rasanya adalah sama. Takdenye ko beli telur tu, tetiba ada rasa strawberi disitu. Takde kan...

Tapi vitamin2 dalam telur tu la yang membezakan antara telur yang mahal dengan telur yang murah...

Ni antara kebaikan telur pasteur yang perlu korang tahu...
  • Kebaikkan untuk Otak: meningkatkan keupayaan belajar dan prestasi akademik. Macam tak percaya kan, telur yang kita amik ringan selama ini, sebenarnya ada isi2 yang bagus untuk masa hadapan kita dan anak2..
  • Kebaikan untuk Jantung: Mampu mengekalkan tekanan darah biasa
  • Kebaikan untuk Kesihatan Semasa Hamil: Ibu2 mengandung, tak semua telur baik untuk anda ye.. tapi telur pasteur ini dijamin selamat untuk dimakan wpon half boil. Sebabnya ada vitamin2 yang baik didalamnye. Kuman2 juga sudah tiada.. Oleh itu ia boleh mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi pramasa dan juga menggandakan tahap DHA susu ibu dalam masa 4 hari... menarik!!!
  • Kebaikkan untuk Mata: Meningkatkan keupayaan mata anda untuk menumpukan perhatian dan melihat. So, sesiapa yang rabun itu.. boleh cuba teknik memakan telur selain memakan carrot...
Safegg diperkayakan dengan DHA
Dimana, anda makan lebih banyak, anda akan menjadi lebih bijak. =)
So, kalau nak anak bijak.. dari kecik lagi korang kena bekalkan mereka dengan telur pasteur ye... jangan beri telur sembarangan.

Abis saje perasmian, kami ke ballroom B dan C. Ingatkan takde makan2, sekali amik ko.. tersergam semua makanan2 yang menarik. Semua berkenaan dengan telur.. dan semua pun buat kami tertelan2 air liur...

Tak dapat bergambar dengan maskot telur, bergambar dengan poster besar pun jadilah...
Asal ado...

Telur ni saya dan usha dulu.. nak yang ini, nak yang ini..

Oh telur pasteur nie, bak kata Datuk Rahani. If uols nak beli. Telur pasteur adalah barang terakhir yang wajib dibeli...

Andai kata ko pergi midV... Dalam kepala mahu shopping baju, seluar dan barang dapur... makanye, sila la shopping baju, seluar dulu. Then baru shopping barang dapur aka telur, sebabnya... telur Safeggs hanya bertahan selama 2 jam di temperature yang tinggi, dan harus di bawak ke fridge laju2 supaya vitaminnya tidak hilang...

Kenapa??
Sebab telur pasteur menggunakan teknologi terkini dan paling canggih daripada korea untuk membunuh bakteria pada suhu yang rendah, tanpa memerlukan bahan kimia. Makanye, sepanjang proses pempasteurkan, telur akan diselaputi oleh satu lapisan perlindungan minyak mineral bagi mencegah pencemaran silang dan memastikan telur segar dengan lebih lama. Ini juga melenyapkan risiko bakteria salmonella dan virus influenza burung sambil mengekalkan nilai khasiat, kualiti, citarasa dan juga rupa bentuk asal telur.

Telur tanpa bakteria..
Meh tengok perbezaan telur biasa dengan telur pasteur...

See, berbeza2...

Mak2 buyong sedang berpikir mau makan apa lepas nie..
Semua pun sedap2...

Manisan pun banyak jugak. Tapi aku agak kureng manisan2 nie... so pandang sebelah mata saje. Dan apa2 pun aku cari nasi dulu, hehehe...
Lapar oh...

Komen saya setelah memakan telur pasteur Safegg adalah;
Rasanya tidak hanyir dan berbau, itu yang penting... =)

Lama jugak kami melepak makan... lepas sorang2 bangun ambil makanan.. aku 3 round cukup sudah, senak sudah perutku...

Andai kata, anda nak dapatkan kepastian tentang keselamatan akan telur pasteur Safegg ini.. anda boleh log on to www.safefood.com.my

Dalam tu anda boleh tengok sendiri, kebaikkan2 yang ada, technology yang digunakan, proses dari awal hingga akhir telur itu dipasteurkan dan juga background company Safe Food itu sendiri...

Dan sekiranya anda berminat mahu mencuba telur ini, ia boleh dapati di pasar raya utama termasuk JayaJusco, Cold Storage, Giant, Mercato dan juga Jaya Grocer.

Selamat mencuba telur tanpa bakteria... =)

Love: Ceera =P

11 LoveGreen:

Suliana said...

good info especially tang menaikkan susu ibu tu :-) berpa sebijik tu ceera?? mesti mahal owk?

Drunbella Khoo said...

kuning telur tu macam kuning telur ayam kampung.
warna die mengancam.
:)
i like.
kalau buat telur setengah masak mesti best.

Mak Su said...

wow! bestnyer, pergi menghadiri event telur... telur kaler oren lebih baik ker?

kain_sari said...

suke entry nie..;p
banyak info..
tq kak ceera..;p

Imz Jentayu said...

mkn kak,jgn xmkn...bia baby comel mcm mama dia..hehee

churalliya said...

ckp la congrate kat vp sbb berjaya drive sorang2 blk cheras.. hahaha.. korang ni mmg adik beradik telur yg chomelll

Nina said...

Salam ceera,

good info about the egg...lepas ni bole ler try telur ni. by the way do visit my blog as well :)

Nina said...

Salam ceera,

good info about the egg...lepas ni bole ler try telur ni. by the way do visit my blog as well :)

hOt Momma said...

berseri ceera time preggy

Linglung said...

gila telur..xpernah try lg telur ni

ainaa said...

good info...thanks...u pon makin berseri2...

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998