Instagram

Makanan Yang Ado

Sudah sedia maklum.. ahad lepas, umah aku ada buat makan2..

Nasib baik guna catering, kalau aku masak sendiri.. hazab koooooooo.. macam ni pun aku dah penat gilak2.. ini kan pulak kalau masak sendiri.. mau aku cuti seminggu.. huhu~

Sebelum aku citer pung pang pung pang.. ko tengok dulu makanan2 yang disajikan.. =P

Ulam2an... wajib ada nie..

Kalau dah ada ulam, haruslah ada sambal belacan.. memang sedap ok sambal belacan ni.. pedas + manis..

Sambal petai udang..

Gulai nangka ikang masin..

Rendang ayam

Ayam goreng

Begedil

Dan bubur kacang. Bubur nie omak aku yang buat eh.. sedapppppppp.. ada lagi dalam peti ais nun.. saki baki yang tinggal. Buleh di buat icecream..

Oh, kami tempah kat makcik normah.. kawan mama.. umah dia kat belakang umah aku aje.. kebetulan dia ada bukak kedai makan yang dekat2 dengan umah aku..

So, lain kali boleh order lagik..

Kononnye untuk 40 orang makan, tapi lauk2 yang dia bagi.. macam 80 orang koooo.. memang sangat banyak, dan sangat kenyang..

=P

Ceriti ceritu next entry.. saje kasik korang terliuq.. =D

Love: Ceera =P

Pergi Umah KakIda

Ehemmmmmmmmm..

ciri2 mummy sudah terserlah kan.. la la la~

Dari form 3 kot dah terserlah, so tak heran...


Hari sabtu petang, mak aku ajak pergi umah kak ida.. katanye kak ida baru lepas operate. Jangan ko tanya operate apa, itu rahsia keluarga...

Masa tu aku datang umah mak dengan ciput, tapi ciput nak kuar main bola.. so, tak dapek la den nak hantar saje2 mak gi sana.. coz aku nan ado keta.. Nak ikut ciput main bola dia tak kasik, cisssss..

So, alang2.. berlepakan la aku di rumah mak.. nasib baik zackU sampai umah awal.. boleh la bergosip pung pang pung pang..

Tetiba tengah bergosip dengan mak and zackU, akak sampai dengan anak2 kaklang... wohOOoo.. besttttttttttt...


Lama dah tak jumpa dorang, rinduuuuuuuu..
Ayin macam dah tinggi sikit...
Ajai sama ajer.. takde beza pun kegembingannye..
Ajoi lak, suara dia sudah pecah wooooooo.. terkojuit aku.. tetiba je dengar sore lelaki yang kasar memanggil2.. rupenya ajoi, apakah???

Dah besarrrrrrrrr dah anak buah bujang aku nie.. dah leh bercinta, hahaha..

Mak aku lagi la.. ajoi, masuk2 bilik jer terus mak aku tanya..

"ko dah mandi hadas belum???"

Muahahahaha.. tersipu2 terus ajoi..

So, disebabkan akak ado.. kami pun ajak la akak pergi umah ode, lawat kakida..

Ini baru 2nd time aku gi umah kakida, hahahaha.. 1st, masa raya 2 taun lepas kot.. hoho~ bapak lamaaaa... malu nak bagitau..

Dorang selalu takde kat rumah maaaaa.. camne nak lepak selalu, *alasan..

Ini dia budak kecik baru dalam family noh.. nama dia adip.. kekadang akim.. mana2 boleh panggil.

Tu dia orang sakit sedang makan..

Akak tak bergerak2 ok dari meja, sedap nau makan biskut. Kejap2 ratah ikan bakar.. woiiiiiiiiii.. kata diet..

Tapi takat makan cuit2, tak memberi kesan ponnn...

Kejap je lepak, be4 maghrib terus pecot balik.

note: Earth hour malam tu korang tutup lampu tak??? aku tutup woooooo... ada projek nak kena buat, =P haipppp, projek lain la. apa ko pikir?

Love: Ceera =P

Pink Kebaya

Hari ini kita mulakan dengan entry kedai makan, huhu~

Bukan la nak promote sangat kedai makan nie, tapi nama kedai ni sangat unik. Khas untuk mereka yang pencinta pink..

Kafe Pink Kebaya, kelasssssssssssss...

Makanan dalam ni so so sajork.. tak la sedap melampau, dan tak la jugak tak sedap melampau. Kira boleh diterima dek tekak la lagik...

Cuma kedai dia nampak malappppppppp sesado. Orang nak masuk pun takut...

Aku memula nak masuk pun was2...

Asal kosong je nie? tak sedap nau ke makanan dia...
Mahal nau ke??

Setelah dipikir2, aku rasa sebab kemalapan kedai nie la.. sebab tu la..

Disebabkan kedai tu malap, aku pun jadik malap sekali. Muahahahahaha.. dan dan tu salahkan kedai..

Ya Allah.. serabainye hakuuuuuuu.. tak sangka...


Dalam pada tunggu order sampai, aku belek MH cover kakct.. alahai, cantik bebenor la muka dia skang, sukeeeeeeeeeeeeeee.. tengok depan2 lagi cantik kooooooo.. sila percaya...

Ni yang kami order, milo untuk aku.. horlick untuk ciput..

Martabak singapore untuk ciput, aku lak makan nasik goreng sajork.. Malas nak amik gambar...

Kat kawasan umah aku, kedai2 aman camnie susah nak ado.. banyak kedai2 thailand mari (aka from kelantanese) bohsannnnnnnnnn...

Bukan la cakap dorang masak tak sedap ke hape. cuma environment agak membosankan. Standard abis...

Dah la ciput tu cepat bosan kalau makan kat satu2 kedai.. sebab tu la aku kena rajin memasak, kalau takkkkkkkkkk... lu pikir la sendiri..

Love: Ceera =P

Pokok Lidah Buaya?

Boleh tak ciput cakap ini pokok lidah buaya.. tergelak guling2 aku tau..

Confident gile plak tu, hahahaha..

Memang la daun dia seumpana lidah seekor buaya, yeke?? kira bentuk dia agak mengerikan la.. Tapi setahu aku.. pokok lidah buaya berbentuk ini...

Lidah buaya aka aloevera...

Hari tu siap bergaduh pasal pokok nie.. aku cakap ini pokok lidah buaya, dia hek eleeeeeeeee kan aku... cakap bukan..

Bila dia tunjuk je kat aku pokok 'lidah buaya' yang dia maksudkan.. aku apa lagi, amik cannnnnnnnnnn la ketawakan dia..

Pastu aku cakap

B, u google it.. kang B tau la pokok lidah buaya camne, hahaha..

Skang nie, asal nampak je pokok 'lidah buaya' tu.. compom aku perli kaw2.. padan muka.. sapa suh tak caya cakap bini...

Love: Ceera =P

Drive Sana Sini Dengan Rela Hati

Penat betul la kamis lepas..

Satu = memang dah sedia penat
Dua = jalan jam
Tiga = harung jam sebab nak amik tny kat hotel
Empat = Ulang alik kl damansara macam damansara tu dekat sangat, giloooooooo

Dan satu lagi, kepala aku memang dah weng2, pastu mual2, pastu perut tak sedap mayb sebab tak makan dari pagi, bla bla bla.. tahap malas nak nengok pc sebab cahaya dia buat aku pening.. bla bla bla..

note: aku tak ngandung harap maklum.. korang ni bukan boleh, asal aku cakap mual je tanya.. asal aku cakap pening je tanya lagik..

Sebab tu, entry kamis hari tu tak banyak dan short2 sajork..

Aku kuar opis awal. Sebab bila mood ko dah malassssss nak duk opis, jadik buat apa ko nak duk melepak di opis lagi, gila kah? boss pun tak masuk. Jadik aku gunakan peluang sebaik mungkin untuk melarikan diri, hehehehe...

Ingatkan dah kuar cukup awal, sekali amik kooooooooo.. jammed nak mamposssss masa odw amik tny kat hotel. Sabor je la.. Tapi takpe, demi nak jumpa kawan2.. kalau sakit pun boleh sihat...

Sampai otel terus drive ke damansara amik nemo plak..

Then terus ke ikea. Sebab tny tak pernah jejak ikea..

Oh, minah tu dari sungai petani mai kl sebab ada persidangan umno kat pwtc nun. Alang2 mai kl, leh ngelat2 jumpa kawan2. Gitu..

Kalau dah datang ikea, wajib makan meetball.. nak nak plak aku memang lapar trang tang tang time ni. Order 10 terusssssssss...

Aku sorang je yang makan..

Satu plate lagi, amik yang 15 ketul. Tny kongsi dengan nemo..

Side order, macam2 jugak.. cake coklat, cheese cake, dan roti kayu manis.. Aku tak berapa gemor.. si tny tu yang gemor..

Takpe, ko makan je apa ko nak.. aku belanja.. huhu~

Ini la tny.. =P

aku rajin chit chat ngan dia. Boleh kata hari2. Ada je benda nak gosip.. huhu~

Dia seorang pompuan yang sangat tinggi.. Penat dah aku suh dia jadik model, hahahaha.. tak caya dia tinggi. Tunggu jap lagi, ko tengok gambar bawah ni..

Ingatkan nak ajak linda sekali. Tapi pompuan tu ada hal emergency plak.

Nasib baik nemo coti.. kalau dia keja, berduaan je la aku jumpa si tny nie. Bukan apa, den kan penyogan skittttttttt. la la la~

Seboleh2 nak jumpa ramai2. Tapi wat to do.. bertiga pun ok..

Ko tengok, tinggi tak tinggi minah tu.
Dia pakai flat sandal tau.. aku pun pakai yang flat jugak. Paling ketara dengan nemo la, hahaha..

Tu pasal, kalau amik gambar berdua. Siap bertunduk2 bagai. Kalau berdiri tegak macam nyanyi lagu negaraku.. faillllll...

Gambar bertiga ada kat tny, kang dia dah update leh la curik dari sana.. tapi bertaun kot nak nunggu dia update. Pompuan tu memang pemalas piang skit skit nak update, haha.. Si nemo plak getik, cable ilang la apa la.. dush dush dush..

Best la.. macam2 citer kuar.. akhirnye berjumpa jugak kita. Sukeeeeeee

Nanti kalau aku nak gi sp, senang la.. dah ada kawan yang boleh di roger..

Bagus jugak ada blog nie kan, dapat ramai kawannnnn.. =D

Love: Ceera =P

Earth Hour


Kawan2, jangan lupa padamkan lampu anda pada jam 830 hingga 930 malam ini. Marila kita sama2 menyokong earth hour.

Alaaaaaaa.. tak rugi pung kalau buat.. bukan kena kuar duit ye dak. Lagi jimatkan kita save duit letrik ado..

Akan tatapiiiiiiiiii..

If korang ada terpikir nak tinggalkan umah dalam masa sejam. Sila pastikan rumah korang berkunci dengan sekunci2nye.. sebab ye la.. mungkin masa nie jugak digunakan oleh penjenayah2 untuk merompak. Mana tau kan..

Dorang nie kekadang otak bijak mengalahkan kita..

Aku mungkinnnnnn akan lepak kat tepi tasik sebelah umah makpak mertua aku. Situ buleh tengok satu KL. Tingin nak tengok satu2 bangunan gelap... jom la lepak sesama..

Love: Ceera =P

Tentang Blog



1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

ceeramoon, hiks.. very simple...

sila sebut dengan bunyi ini.. chiramoon...

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://c33ram00n.blogspot.com/

idea ni sekelip mata je. Takdenye duk depan pc lama2 pikir nak buh link apa..
Dulu aku betul2 buh ceeramoon.blogspot.com. Bape bulan guna, terus aku tukar c33ram00n.blogspot.com. Aku tau sangat gediks. nak ada 33 00 segala bagai. Dulu aku tak mahu dicarik.. Jangan tanya kenapa, cukup la ko tau aku taknak dicarik.

ceera memang nick aku untuk alam cyber, kelas.. alam cyber katanya.. hahaha.. moon plak nick gediks yang diberi oleh kawan2 matrik aku.. so, bila digabungkan.. jadikla ceeramoon..

Sebab tuuuuu sapa2 yang kenal aku tru internet. Sila panggil aku dengan panggilan ceera.. so, senang aku nak tau.. oh, budak nie baca blog aku.. gitu..

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

ikut apa je jari aku nak menulis. Tapi biasanye penulisan aku adalah penulisan yang ringan...

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Duluuuuuuuu pernah... masa kat blog FS.. sebab 1st time kot aku ada lalat. see, lalat ada di mana2.. susah jadik pompuan cantik nie, muahahaha...

Tapi skang, bila di dunia blogspot. Aku tak heran dah lalat2 ni. Sukahati dia la nak cakap apa. Itu masalah dia, bukan masalah aku. Yang penting aku hepiiiiiiiiiiiiiiii walau apa pun dugaan yang datang, ewahhhhhhhhh.. dugaan la sangat.

Ayat artis, tak semua suka kita.. amik ko..

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

kakmya
Aku pernah jumpa akak ni 2 kali.. sekali masa wedding aku, sekali lagi masa kat istana budaya sebab dia pembekal tiket free yang berjaya.. haha..

Sms pun ada la 2 3 kali. Itu pun sebab nak tengok teater bersama2..

Chatting pun ada la jugak kejap2. Itu pun sebab ada hal penting yang nak kepochi bersama.

Tapi muka kakmya macam muka kawan aku azah, hehehe.. suka tengok, muka lembut..

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.

lilyLotus
Pocket
MrBlind
BeautifulDisaster
Darling8Tabby

Yeeeeeee.. sila buat.. aku nak tau nape la korang buh nick yang pelik2 itu.. hehe

Love: Ceera =P

Membeli Katil

Balik dari konvo, tak terus anta ma and daddy balik umah. Tapi singgah kat kedai perabut yang dekat dengan umah aku..

Nak beli katil untuk bilik sebelah.. sebelum ni, guna tilam leper jer..

Be4 ni aku dah cakap dah ngan ciput, kaklang offer amik katil lama dia. tapi ciput buat dunno je bila aku cakap cam2. Pastu dia kasik alasan, takmo ada katil dalam bilik tu. Ok fineeeeeee.. apa2 je la.. umah ko jugak.. *bunyi orang kecik ati, hahaha..

Tetiba hari tu, singgah kedai perabut sebab nak beli katil. Tercengang2 je aku. Coz aku nie kan tak tahu apa2.. semuanye tetibaaaaaaaaa.. *ayat orang kecik ati lagi, hehehehe..

Pastu bila aku tanya balik.

Aku: nape tetiba nak ada katil plak, hari tu kata takmo katil la apa la
Ciput: Daddy yang suh beli. Dia tak kenan kalau tido2 bawah nie.
Aku: Oh yeke??? Ni berapa banyak plak nak abis.. dah la katil tu mahal.
Ciput: Daddy yang belikan.
Aku: Wat??????????? nape B tak tolak je.. kan mahal katil tu.
Ciput: Tak baik melawan.
Aku: Helooooooo itu bukan melawan namanyeeeeee.. bla bla bla..

Satu lagi barang yang dorang belikan.. kekadang, susu pun dorang belikan.. hahahahaha...

Ini la katil yang weols amik.. ko nak tau harga dia berapa?? mungkin bagi korang murah kot. Bagi aku mahal woooooooooooooo..

Harga dia campur sekali dengan tilam. Coz katil ni single bed. Bawah lagi ada satu tilam.. tapi kalau ko nak bagi selaras, ko naikkkan dia punye kaki. So jadik la queen bed..

Semuanya dalam RM1800. Nasib baik daddy pandai mintak kurang, kalau tau mau kena 2k.. gegegege...

Ayin, katil ni sama macam katil ayin kan. AbahBoy tiru...

And satu koje plak aku nak beli bedsheet yang sama color sama bentuk secara dabel. Sapa tau bedsheet yang murah2 rm20, aku nak beli.. hahaha.. kedekut piang sungguh.. =P

Nanti bila dah deco bilik satu lagi, aku jaja sini k..

note: berkenan sungguh ler aku dengan katil yang lain2. Tapi semua mahal2.. terbeliak nengok harga.. orang tak pernah beli katil, gini ler..

Love: Ceera =P

Video Menari

video

Enjoy..

Jepp yang belah kiri belakang.. ha ha...

Love: Ceera =P

Gambar Sahaja

Ni aku buh gambar aje ehhhhhhhhhhhh.. tetiba mood malas datang balik, la la la~

Jepp, mama and daddy.

Kami..
alamak, aku nampak berisi plak. Jangan percaya.. camera trick, dan dan tu.. hehe

Bila lagi nak datang sini. Harus jadik orang jakun amik gambar sana sini...

More than just a code.. MAS

Sukeeeeeeee gambar kat sini..

Malaysian Hospitalilty..
Bukan Media Hiburan eh, hehe..

Skang berlima, akan datang berEnam.. uhuk uhuk...

Leena, untuk tatapan ko semua nie..

Anyways, congrats jepp.. =D

Love: Ceera =P

Cerita Konvo Jepp

Ok, jom kita update secara harung pasal konvo jepp.. Hurmmmmmmmm, boleh secara harung ke? banyak gambar kot. Gambar lepak minum, gambar gediks aku, gambar family.. Mau aku tak buh caption plak kang, hoho..

Perasan tak? aku kalau jalan dengan dorang.. mesti amik gambar dorang dari belakang. Hahaha.. itu namanyeeeeee, amik gambar secara curi2...

Sampai2 je, terus hug2 kiss2...

Family dorang nie kan sangat apa eh aku nak cakap.. kira macam nak kuar umah takat nak main bola pun, mesti hug2 kiss2 dengan bersungguh2.. haaaaaaaaaaa, gitu la.. bukan takat mak eh.. dengan bapak eh pung sama..

Adoi.. aku tak biasa kot..

Mula2, macam culture shock la jugak. Tapi dah lama2, ok fineeeee... korang memang macam nie..

So, selalunye aku just kiss2 mama kalau jumpa.. daddy, aku ikut mood. Kalau nak gi jalan jauh.. baru aku kiss.. Kalau takat ulang hari2, koser..


Macam biasa, mula2 mesti ada ucapan dari MD, GM bla bla bla.. tapi ok la, tak membosankan..

Abis je ucapan, baru perkenalkan sorang2 cabin crew...

Lelaki yang ado dalam group jepp.. muka boleh blah ada la dalam 2 3 orang, yang lain.. biasa2 aje..

Mungkin sebab dorang pakai uniform mas kot, so tak nampak ke'macho'an masing2. Mungkin la.. Tapi pompuan2 nye, superbbbbbbbbbb... sexy jugak.. auwmmmmmm...

Wpon baju dorang nampak sopan. Ko suh catwalk skit.. belah dia sampai kat atas kooooo.. grrrrrrrrr.. suka suka.. =P

Jepp terima sijil...

Dalam ramai2 gadis di situ.. aku dok usha minah nie.. lawa siotttttt.. ayu jugak.. rambut dia, alahaiiiiiii.. muka dia alahaiiiiiiiiii..

Lepas kasik sijil. Ada penyampaian untuk best examination result. Dua2 group, semua lelaki yang dapat. Hoho~ nampak sangat lelaki paling bersungguh disini...

Dan paling best, bebudak cabin crew buat persembahan. Gelak bahak2 aku tengok jepp menari. Yela, kayu kotttttttttt mamat tu. Sekali kena menari tarian melayu + rock n roll, hahaha..

Tak payah cakap ahhhhhh.. sepanjang tu, gelak sesadooooooooo je aku.. ciput lagi la.. tak sangka agaknye dia nengok adik dia menari.. hehehe..

Sini aku buh video yang rock and roll saja..
Yang lain, malas nak buh.. sebab panjang nau.. berkerut2 nak tunggu dia loading..

Tak jadi buh video. Berkurun nunggu, tak gak siap2.. menyampah haku.. Kalau rajin, kang2 aku buh ler..


muka hepi je kan.. =D

Dua badik yang sudah ada kerjaya masing2..
=D

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998