Update ala2 diwaktu pagi..

Seperti yang aku bagitau semalam, skang aku on diet...
Ini buktinye, ewahhhhhh.. siap nak kasik bukti, hehehe...
Roti sandwich yang disiapkan oleh suami tersayanggggggg.. and milo 3 in 1 yang aku amik dari rumah, huhu...
Boleh la tahan sampai ke petang..
Malam nie aku ingat nak masak kari ikan.. tak pernah masak, and tak berani nak masak sebab takut tak menepati citarasa ciput...
Dengan ini, sekali lagi, saya ingin memohon jasa baik kamu semua.. agak2 kari ko terbaikkkkk, sampai semua orang puji, sila la kongsi2 resepi eh.. kalau boleh, =P kasik cara2 masak sekali.. hahaha.. demand lak aku..
Siyes aku nak try... sambil buat muka serius..
Nanti aku jaja kat sini.. plz uolsssssssssssssss....
Love: Ceera =P
Penafian @ Pemberitahuan
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
23 LoveGreen:
kari de lah makanan ruji ku
curry paste
sekian
nyte
sis nak mask kari apa?ikan @ayam?kalau kari ikan,bli la ikan tenggiri@plotan@apa jer yang tahan kat tekak tuh..patuh tumis la bawang besar,bawang putih.halia,saya suka tumis skali ngan serbuk jintan manis,jintaputih,ketumbar,daun kari..pastu tumis serbuk kari..kari babas the best..pastu taruh la cabai muda,ikan,air asam jawa..pasth taruh santan,.kalau nak pedas sikit time tumis serbuk kari tuh, taruh la serbuk cili..pastuh taruh tomato..biar mendidih..dah siap..jgn lupa taruh garam ngan pak aji..aya punya kari mndapat pujian ramai..chewaahh..resepi turun temurun dari INDIA..kooo...
huhu... x pandai la plak kari2 nih...hiks
kite masak simple je.
bawang putih
bawang merah
bunga lawang
cengkih
kayu manis
(ni semua tumis je)
pastu, agak2 dah naik bau, masukkan kentang dan ayam@daging.
then, masukkan santan. cam kite, tak suka santan banyak2, so, bubuh air je.
agak2 je la. hehehe. tak reti sukat2 ni. pastu, tunggu la sampai mendidih. senang je.
ok? selamat mencuba!
ceera...kte suke mkn kari...smggu 2-3 kali kari...
klo nk try leh ar kte bg resipi...xtaule sedap ke x bg ceera..
Bahan2 utk kari ikan...kari ayam lain tau..
1.Bawang Merah/besar, bwg putih, halia dihiris....
2.Serbuk kari Babas (peket kecik yg 60sen tu cukop)
Serbuk cili alagappas (pket kecik gak, tp klo nk pedas bohle lebih)
3.Rempah...(x taun name rempah tuh...)ala yg de bijik sawi n campur2 tuh...rempah campur kot..hehe
4. Santan
5. Daun Kari
6. Bendi + Terung
care2nye:
1. panaskn minyak...
2. msuk daun kari dulu...barula naik bau dier...
3. masuk bhn2 yg dihiris tuh..
4. msuk rempah campur tuh...(jgn byk sgt)
5. bile dah garing masuk serbuk kari n serbuk cili yg digaul bersame ayor...
6. pas dah garing msukle santan...boh ayor sikit...pstu bohle ayor asam jawe...auuuwww..
7. masuk ikan...
8. smentare tu kaco2la jgn smpai pecah minyak...
9. msukle garam n pak aji (klo nak)
10. agak2 nk menggelegak tu msukkn sayur2 td....
11. pas agak2 dh msak lehla tutup api..
12. siap.....slmt mencube!!!
*kari ni klo smpan 2-3 ari lgi mantopp...sdap cicah dgn roti...
1 ekor ayam (disiang,dibuang kulitnya & lemaknya, dipotong besar-besar)
125 gm minyak sapi
1 labu besar bawang besar (dicincang)
5 cm kulit kayu manis
2 sudu besar serbuk kari ayam (dijadikan pes)
½ cawan air
2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku)
Bahan Perasa:
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu air halia
2 sudu bawang merah giling
½ cawan tomato masak cincang
½ cawan daun ketumbar cincang ½ cawan susu sejat cair
1 sudu besar bawang goreng
3 biji besar tomato (dicincang)
garam secukup rasa
½ cawan tairu
½ gula halus merah halus
Bahan Giling:
3-4 batang lada hijau
3-4 batang lada merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar buah badam
(dibuang kulitnya arinya)
cara2:
Satukan bahan perasa & gaul rata-rata dengan ketulan-ketulan ayam & isi bahagian dalamnya. Biarkan berperap selama 2-3 jam. Pijarkan minyak sapi dalam sebuah periuk besar,di atas api yang sederhana & tumis bawang hingga layu. Masukkan kuli kayu manis & pes rempah & goreng selama 1 minit. Masukkan bahan giling.Apabila minyak keluar,besarkan api & masukkan ayam, isi dalamnya & bahan perap selebihnya.Kecilkan api & masak dengan bertutup selama 5 minit. Masukkan air & besarkan api.Masak dengan bertutup 5 minit lagi. Masukkan halia,tomato,tairu & garam.Kecilkan api.Masak dengan bertutup selama 6-8 minit,Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas.
agak2 la bape ketul aym kalo dh mkn berdua eh
------------------------------
cuba ni kak 13ratus kali kompommmmm ciput takan lupa akk
geramm je dia rasa haks
uit yang...mau mask kari erk...hehehe...=P
aku nya resepi sama je mcm komen2 kt atas...cuma org nya je lain2 masak..ehhehe...ko nk wt kari ape nnt?aku suke wt kari telur...cedap wooo...=P
baca je n3 pagi ni akak dah sengeh2 sebab petang ni akak pun nak masak mi kari.
Mee Kari Nyonya
Bahan:
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
(ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/1 inci halia
(dimayang halus)
1 batang bunga kantan (di potong halus)
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging
3 sudu besar cili boh
santan kelapa dari 1 ½ biji kelapa
air asam jawa secukupnya
garam
gula
ajinomoto
air asam jawa
minyak
p/s: gaulkan bahan yang dikisar halus bersama serbuk kari.. bahagi kepada dua bahagian.. satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam yang dipotong
Cara:
Mula² tumis bahan yang telah dimayang hingga kuning.. kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yg telah dicampur dengan bahan kisar... masak hingga garing. Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.. kacau 2 min dan masukkan ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi. masukkan sedikit air dan sedikit santan cair... masak hingga ayam separuh masak
Bila ayam sudah separuh masak.. masukkan bahan isi (kecuali kacang panjang) dan santan. letak bahan perasa secukupnya. masak dalam 5-10 min dan masukkan kacang panjang. terus matikan api.. kuah yang panas tadi akan memasakkan kacang panjang. jadi ia tidak terlalu masak dan lembik
Cadangan Hidangan:
semua bahan tadi boleh dihidangkan mengikut citarasa.
Tambahan:
kalau inginkan lebih pedas boleh dibuat sambal kering.. caranya masak cili boh hingga garing dan letakkan sedikit asam keping dan bahan perasa
inilah mi kari terbaik yang kami sekolga suka. resepi cilok mesra.net
bahan isi:
3 ketul fishcake
1 paket fishball
500 gm ayam (dipotong halus)
6 keping tauhu kering (dipotong 4)
150 gm isi kerang
sedikit kacang panjang (dipotong dalam anggaran 1 inci kira-kira satu mangkuk)
bahan mee:
2 bungkus mee kuning
100 gm taugeh
100 gam sawi
(ketiga bahan ini di celur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
2 biji cili merah (dipotong nipis)
3 biji telur (direbus)
bawang goreng
daun sup
daun bawang
limau nipis
Cara:
Mula² tumis bahan yang telah dimayang hingga kuning.. kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yg telah dicampur dengan bahan kisar... masak hingga garing. Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.. kacau 2 min dan masukkan ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi. masukkan sedikit air dan sedikit santan cair... masak hingga ayam separuh masak
Bila ayam sudah separuh masak.. masukkan bahan isi (kecuali kacang panjang) dan santan. letak bahan perasa secukupnya. masak dalam 5-10 min dan masukkan kacang panjang. terus matikan api.. kuah yang panas tadi akan memasakkan kacang panjang. jadi ia tidak terlalu masak dan lembik
Cadangan Hidangan:
semua bahan tadi boleh dihidangkan mengikut citarasa.
Tambahan:
kalau inginkan lebih pedas boleh dibuat sambal kering.. caranya masak cili boh hingga garing dan letakkan sedikit asam keping dan bahan perasa
ceera free2 leh tgk kitchen blog kita .. kebykan resepi situ main campak2 jer http://nuruldiana008kitchen.blogspot.com/
alamak silap baca ar
ingat nak masak mi kari
mata ada sikit rabun..hihihi
ignore je la resepi mi kari nyonya itu
salam...hikks hikss....sila amek award kat blog akak eh...
huahuahuauhh..komen ko tang nig, leh wat pencarian kari terbaik nih..
kari best.
tapy eazy biase masak kari ayam jew.
ni resipi sgt senang.
try k.
daging/ayam-potong2 kecil
ubi kentang-kiub kecil
500ml santan
6 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
bunga pelaga
bunga bunga cengkih
bunga lawang
*ikut suka,tp dlm 1 2 biji cukup
daun kari
1 cm halia-hiris
garam
bahan kisar:-
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 cili kering
*mcm biase kisar tu,campur dgn
1 sudu besar ketumbar
1 1/2 sudu teh jintan putih
halia sket
1/2 cm kunyit
tumis bawang2 n rempah tumis, daun kari serta halia hingga wangi. masukkan bahan kisar. kacau, masukkan daging/ayam n santan. masak api sederhana hingga daging lembut. masukkan ubi kentang n masak lagi hingga ubi kentang masak.
selamat memasak kak!
ceera, tak yah nak diet la. badan awak dah lawa dah
klu ikan, jgn lupa basuh ikan ngn air asam+garam..takut bau ikan hanyir time ko hirup kuah kari tu kang..:D
bestnye..tak sbr nak dtg umah ko nak makan masakan ko..hehe
bagusla ceera..ni..nak masak untuk suami.. jujur org ckp yek..ms awk anak dara dulu org ada ckp dlm ati.. budak ni nanti kawen..mesti laki dia kena mkn kedai je.. tapi.. tgkla..u prove me wrong...tabikla..ceera..org pun hanya msk ari cuti je ceera...ari keje mkn kedai je la..
nak wat kari..org nye simple je..
mayang@hiris 1/2 bj bawang besar
tumbuk lumat 2-3 biji bwg merah@kecil & 1 biji bwg putih
sepeket serbuk kari (saya lebih suka pakai adabi) + 1 sudu lada mesin@ boh + air (agak2 boleh gaul)
tumis herba (biji sawi je) daun kari, buh bwg besar yg dihiris tu, pastu buh la bwg tumbuk tu, dah naik bau..buh la rempah kari tu...agak2 dah masak rempah tu..buh la air asam..buh ikan..buh santan + air...dah agak nak mendidih..buh buah tomato buh bendi..garam..perghhh..meleleh..
kadang2 org suka je potong kiub buah tomato dlm 1/2 biji dah la, org tumis lepas buh bwg buh la..cuba ya jgn tak cuba...
huishh..sdap gak mkn kari sekali sekala.
tp tak reti nk masak..
tumpang ambik resepi bole? hehe..
terbace lak komen kt atas ni psl kari telur...
ttba kecur air liur nih..
eh. kari ikan ke.
hahahaha.
kalau kari ikan, just tambah asam keping je. ok? ok?
hehehe. ntah la awak. lain orang, lain caranya. kan?
aku igt2 lupe nk msk kari...voleyy x..?? hahahhaha
Hi Ceere,
nk share jgk la sbb smlm br bt kari ketam tp nih blh jgk tuk kari ikn dan ayam. Tapi sukatan i x blh nk kasik sbb slalu main campak2 saje:-D
Bahan2:
Bwg putih tumbuk
Bwg besr tumbuk
Cili kering blend
Daun kari
Sedikit halba jgn byk okes
Serbuk kari
Kulit kayu manis
Bunga lawang & cengkih
Serai
Santan
Cara2:
1.Mix bwg2 yg ditumbuk bersama cili yg telah diblend bersama serbuk kari.
2. Pastu tumis bahan yg da di'mix td sampai naik bau kemudian halba.
3. Kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Kacau rata.
4. Bila dah agak2 garing masukkan daun kari dan serai. 2-3min lepas tuh masukkan santan pekat. Kacau kasi sebati.
5.Masukkan ikan ke ayam ke daging ke. Gaul rata. Lepas tuh br msukkan the rest of santan.
6.Perasakan dgn garam dan last masuk la kentang ke carrot ke or cili hijau pun sdp tau. Saip tuk dimkn.
Kalo nk cuba, cubalah. X nyesal:-)
Btw, salam kenal dr Germany. Slalu msk ur blog tp xpenah nk tggl jejak.=P
ceera, aku nye resepi kari ikan senang je. bila beli rempah kari kan, kat belakang paket tu mesti ada resepi nyaa..haaa..tengok2 la kt situ je...hihi
bestnyaaa hubby watkan breakfast...
harap2 laki aku gtu gak nnt.. haha
Post a Comment
Love U, =P