Instagram

Disekitar ThemePark - Malam

Dalam kul 7 cam2, aku ngan ciput dah siap2 gi mandi semua nak kuar bilik... takpe, malam kang leh sambung lepak bilik, hehehe...

Lagipun dua dah laporrrrrr... mau turun carik makanan..
Siap pun ala kadar, pas maghrib terus zassssss kuar.. tangan kiri ku masih bergelang yo.. gigih takmo bukak..

Makan2 dulu, terus masuk themepark balik...

Kali nie tak banyak game yang ada.. banyak yang dah tutup.. takpe, kita main game bebudak pun best apa.. =D

Kenapa best???
Satu ko tak payah tahan kencing sebab cuak..
Dua sebab sangat tenang bila main permainan budak2. Haha..

Penakut sebenarnya.. padahal solero masih dibuka untuk main.. nehi nehi..

Pusing 2 round dah cukopppp...

Kalau lebih dari 2 round. Aku sendiri bukak pintu kang...

Main gajah pusing2 nie fun gile.. =P

Aku duk belakang, ciput duk depan...

Pastu ada button kat situ.. masa tengah pusing, ko nak kasik gajah ko naik.. ko tekan la button tu.. kang skit2 dia naik.. best gilakkkkkkkkkk...

Aku semangat tekan2 button tu.. ingatkan masih kat bawah.. sekali elok aku jenguk luar, mak aihhh dah tinggi ke aku ropenya...

Gile best ahhh.. ciput pun semangat2 tekan button tu.. hehehe...

Pirates train aku tak masuk..

Setakat amik gambar kat luar sahaja.. agak2 ko nak menakutkan diri sendiri, boleh la try...

Agak2 dah takde game yang nak dimain.. aku ngan ciput gi carik taman kat belakang hotel themepark...

Situ pun tempat wajib yang weols akan pergi kalau naik genting... =D

Ceera yang nak tunjuk hebat..
Kengkonon takmo pakai jacket la... hiks.. sejuk kemain sebenarnya.. elok ciput nak amik gambar, terus aku tanggal jacket...

Belakang nie gunung ganang.. Malam tak nampak sangat.. kalau siang, memang cun la amik gambar sini... Jenguk bawah, memang gaung.. kalau orang tolak ko dari sini, memang bye2 terus la...

Yang penting nampak muka kitorang...

Ciput tak bawak sweater.. konon2 nak tunjuk hebat la tu tak sejuk.. chaitttttt..

Aku paksa dia pakai shawl aku.. tapi lilit kat tengkuk je la..

Smart plak aku nengok, hehehe...

Dulu pernah tau.. masa tu kat taman nie jugak la.. aku beria2 suh dia pakai sweater, padahal dia bawak. Tapi gediks takmo pakai..

Dia kata kalau pakai sweater tak cool, boleh???

Masa dok cakap tak sejuk2 tu.. sekali aku rasa macam ada vibrate, hahahahaha.... diam2 je dia tahan sejuk. Ingat aku tak perasan la tu..

masa tu, memang kaw2 la kena gelak dengan aku.. tu la degil.. cakap aku takmo dengar..

Dah vibrate cam2, aku pun dah bising2.. baru dia nak pakai sweater.. itu pun just cover badan sajork..

Golap yo kan.. takpe, besok aku ada amik gambar kat sini lagik.. kang ko tengok la rupe taman yang tak seberapa nie..

Dulu kat taman nie ada 2 3 kusi panjang... skang nie dah takde.. kenapakah??? tapi pondok2 kecik tu ada la.. sebab situ kekadang jadik tempat untuk tido bagi mereka yang kengkonon menjadi survivor..

Gile ahhh.. camne dorang leh tahan sejuk ntah.. siap tido nyenyak plak tu..

Dalam kul 11 cam2, baru weols naik bilik.. jeng jeng jeng..

Love: Ceera =P

10 LoveGreen:

:: p R i n c E s S _ N :: said...

uuu..suwitnyerr mlm2 kt genting.....

joegrimjow said...

disneyland paris
sampai sane ber2 mesti best
cuba lah

[z@ck] said...

nak naik gajah 2 la nnt..
cm besh je..
siap ad button2 bagai..
hehehe

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Yuuhuu~

sungguh seronok kamu~

^__^

Zyma Saad said...

Amboi...amboi Cik Jah oiiii..Eh silap. Ceera. Gumbirannya dia & Ciput bergumbira dlm kesejukan membeku. Akak alergik sikit dengan tempat2 mcm ni. Tak tahan sejuk...kang terkunci gigi Akak.
HAPPY HONEYMOON!!! Cepat2 dapat baby ye,Ceera & Ciput. Hikhikhikhik.

izwan7 said...

honeymoon ke nih
swit la korg~
long last the two of u

...$weE+ 666... said...

pirate train tu tak takot langsong la ceera oiii... kitorg siap wat lawak lagik ckp sampai basah terkencing takut kononnn... padahal haraaam!!! hahaha...

nasaoji said...

penuh seharian berjln..klu aku, mghrib jer, dah msuk bilik..mleh kene sejuk...huhuhuhu...

Tny said...

Huishhkk!!! Ko boleh tahan sejuk w/pun nk amik gmbr?? Aku.. x tahan wo!! =p

Malam.. theme park dh x crowded kot yea?

[ LADYKiKi] said...

eee bestnye.. nanti nak g sini la yang.. bolehh
pix nampak patung gajah tu cuteeeeee

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998