Koleksi Gambar

Tutorial Protection Entry

Sebelum itu saya ingin berterima kasih kepada sirman suami kepada kakred, sebab kongsi ilmu ini kepada semua readers. Ya, saya belajar dari sana untuk tutorial ini. Mungkin ada yang terlepas, jadik skang.. saya mahu kongsi ilmu ini plak kepada readers2 saya..

Sopan kan bahasa saya, hehe~ Sekali sekala nak sopan gitu..

Macam mana nak buat protection entry.. Yela, kekadang ada secret nak bagitau. Tapi taknak bagitau semua readers.. kira ko nak kongsi dengan segelintir saja gitu. Tapi gatai nak buat entry..

Ok, begini caranya..

Step 1;

Carik coding ini dalam layout - edithtml </head>

Dah jumpa, ko pastekan coding2 ini diatas coding </head>
<script type="text/javascript" src="http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js"></script>

akan jadik begini..

<script type="text/javascript" src="http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js"></script>
</head>

Setel ini, kita pergi ke step ke2

Skang ko bukak page ni..

http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/

Nanti ko akan nampak box2 disitu..

Key itu, ko masukkan la cam password gitu. Jadik ko kena ingat la. Kang sia2 plak buat protection entry, tapi tak ingat password..

Pastu kat plain text tu.. ko taip la macam biasa. Like ko buat entry la.. nak ngumpat bla bla bla.. segala bagai pun buleh..

Dah siap semua ko click button Encrypt yang ada kat plain text itu...

Nanti kuar la coding yang akan memeningkan kepala korang, hehehe...

Abaikan saje yang Clipher text color pink tu.. ko tumpu saja pada HTML code color pepel itu...

Ok, ko copy semua text2 tu.. dan pergi ke blog ko balik..

Nak paste mana?? pastekan sajaa di create new post tempat ko taip2 entry tu..

Contoh:

<div id="LJbCm0yr" title="U2FsdGVkX1+jY4A9WvhO/8PP1KiKT8DDVFwtGyFaVvkqSyTJOqjYlS0DjiYW+U3b">
<a href="javascript:decryptText('LJbCm0yr')">Show encrypted text</a>
</div>

Yang show encypted text tu ko boleh tukar kepada.. ini Rahsia, ko sibuk nak baca buat apa.. gitu..

Pastu just publish.. siap sudah...

Kalau ko nak entry bergambar jadik protection entry.. ko taip siap2 dulu kat blog ko, masukkan gambar semua siap2.. pasti click edithtml untuk ko copy semua word yang ada.. pastu pastekan masuk dalam plain text.. then click button Encrypt. Copy balik coding dalam HTML code itu. Dan masukkan balik dalam new post. Then publish..

Siap sudah..

Harap korang paham.. kalau tak paham, takyah sibuk nak buat protection entry, *terkasar sudah..

Cuba click kalau berani, hoho~

Love: Ceera =P

32 LoveGreen:

~ilyanie_usyuk~ said... [Reply to Comments]

HAHAHA~
suda klik, tp x dapat masuk.
kasik password oii...

btw, TQ beb bg tutorial ni.
da lama da carik, sekarang baru dapat.



=)

Tinie said... [Reply to Comments]

pening kepala hotak aku..tapi tutorial Mu sgt membantu dlm blog aku..
hikhik..tqvm mrs ciput ;)

puterikurekure said... [Reply to Comments]

nak passwordddddd!!!!!!!!!!

mylife said... [Reply to Comments]

ai laikkkeee... tenkiu cik puan...

Mya said... [Reply to Comments]

ini Rahsia, ko sibuk nak baca buat apa.. <<<-- boleh jadi tagline protected entry.

kelakar la awk nie dik.. :)

Signorina Syima said... [Reply to Comments]

wah... ini tutorial yang terhebat.. aku kena belajar.. tp agak macam komplicated plak...

PinkJamboo said... [Reply to Comments]

wahh..tutorial lagi..bestnya..cam cikgu la ceera nie.

mylife said... [Reply to Comments]

waaaaaa, pasal apa tak jadik nih... dia asik "error" je bila click title tuh...

Naughty Adam said... [Reply to Comments]

TQ ceera... tapi kan kenapa bile kite edit colour dia trus jadik tak leh pakai coding tu??? musykil!!

NuRuLhUsN@ said... [Reply to Comments]

Kak ceera..bole tolong x..ajarkan tutorial yg akak wat link cerita wedding akak dgn cerita tunang tu..mcm ne nak link kan ek..
bila klik tu kan trus kuar sume post yg berkenaan..kite nak wat mcm tu..tolong kite ye kak..hehehe..tenkiu~

sweethOneY said... [Reply to Comments]

adeh.. penim aku.. haha
blog aku xde rahsia2.. sume org leh bace.. kui3

Sagittarius Wifey said... [Reply to Comments]

salam ceera, slalu gak baca blog nih, tp baru nk tinggal komen nih sbb amik isi tutorial nih, to-cheh!

NuRuL wHaTeVeR said... [Reply to Comments]

thanks for the tutorial hehe..

Memey Anuar said... [Reply to Comments]

kak ceera,
mekasih kasik tutorial ni.
saya dah buat hehe

paan said... [Reply to Comments]

wah...sangat bagus...tq....

Yot | is | Yati said... [Reply to Comments]

yes...tenkiu ceera. da buat n berjaya. hahahhaha....

miss dinza said... [Reply to Comments]

tq ceera n mr sirman

Ynn. said... [Reply to Comments]

ceera, i dh buat and menjadi. eceh thnx dear :)

slame ni i tegk worpress je tau. jeles sbb blogger x bole, skrg dh bole eceh2

yong ibu chem said... [Reply to Comments]

lama dah cari commnd ni...akhirnya...

tq ceeraaa!

sickchild said... [Reply to Comments]

tq ceera.
baru je buat tdi.
=D

aNnAsUeJiE said... [Reply to Comments]

ceera,nak tanye sket.
protected entry ni kalo sesape yg buleh baca & bg comment. org lain yg takleh bukak tu still buleh baca comment ke tak ey? tq! ;)

MisZ DeAnNa said... [Reply to Comments]

thnx ceera..

baru bjaya buat..

;p

syahadah said... [Reply to Comments]

thanks ceera..skrg N3 panas ku akan di baca dgn org yg dipercayai saja

Ayu Candy said... [Reply to Comments]

Sis, thank u so much
Blog u memang best sgt
membantu! :)
thx fr dis tutorial
love it!

Aisyah Rahim said... [Reply to Comments]

Thanks sangat membantu bila saya nak protect my entry.

Aiza said... [Reply to Comments]

tengkiuuuu

MarissaElena :D said... [Reply to Comments]

Thxx :D

chamizah said... [Reply to Comments]

tingkiu ceera, sbb bg tutorial ni.. bleh la daku wat protectin n3 pasnih.. link ko ni pon aku dpt dr kwn aku Zura (fazilzura). tingkiu ye sbb bg ilmu beginih... ;-). aku dh try & terus menjadik.. best best..

lina said... [Reply to Comments]

ceera - thanks share ilmu berguna ni....i like.

lina said... [Reply to Comments]

ceera - thanks share ilmu berguna ni....i like.

ahsfantasy24 said... [Reply to Comments]

wah..
menarik!

De Mois said... [Reply to Comments]

Thanks kongsi2..gong xi..hehe. Salam perkenalan

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998