Instagram

Berkenalan Dengan Family Daddy

Mula2 kita tepek gambar kucing. Jangan ko tanya nama kucing nie. Sudah tentu aku tak tahu. Aku malu nak tanya, hehehe.. Yang pasti kucing meow2 ni sangat garang.. usik sikit nak marah siap buat sore. Pastu cubaan untuk kuarkan kuku

Tapi dapek la kan.. sebab kuku ko dah takde.. wakakakaka... Yaaaa.. kuku kucing itu sudah dicabutkan semuanya. Sebab anak autie shirley ada bukak vet kat melawati. Korang pernah pergi kah???

Nyau2 nak makan pun aku sibuk nak bergambar. Hehehe...

Kucing di dalam, anjing di luar. Anjing dia lagi la.. buat bising sesado.. Nak nak plak dia nampak orang tengah ramai, lagi la dia asyik nak mengonggong...

Sampai2 terus melantak. Kata tahap kelaparan berada di tangga teratas. Benda lain aku tak fedulik. Yang penting aku mau makang...

Auntie masak sedappppppppppppp... Ciput makan sampai 3 kali tambah, enjoy giler dia makan... aku sekali je la.. pastu main ratah2 lauk...

Meraikan besday auntie shirley, deren and budak kecik raymond. Aku main belasah je eja nama dorang nie. Asal bunyi sama, ye la tu..

Aku suka raymond tu.. very frendly.. dan baik jugak. Wpon dia mempunyai sejarah hitam.

Sejarah itam tu takleh la aku citer kan. Rahsia keluarga.. =P

Our big family...

Sampai skang aku takleh nak ingat nama sorang2. Kejap2 tanya ciput. Kejap2 tanya dia lagi.

B, yang tu auntie apa eh???
B, yang sandra tu yang mana?
B, bla bla bla..

Ciput asik la dok jawab soklan yang sama dari aku. Hehehehe..

Conpius maaaaaaa...

Mama dah serabut dah aku tengok. Mana taknye.. pagi tu dia bangun kul 3pagi. Sebab nak siapkan baju untuk anak bujangnye. Jepp nak fly ke surabaya pagi tu. Ada praktikal steward. Tu yang mama dok gigih siapkan baju, bfast semua.

Ini family auntie shirley.. yang berdukung and baju pink tu cucu nye..

Masa nie dorang tak abis nyakat aku ngan ciput.. bila nak dapat anak, bila nak bagi cucu kat daddy.. huhu~

Dengan itu, aku ingin ingatkan uols.. jangan la dok tanya kami soklan yang sama... kang dah ada anak kang, takde nye aku nak rahsia2.. pagi aku tau. Petang tu jugak aku blog kan...

Bukan sebab stress, tapi sebab dah tak larat nak jawab soklan yang sama.. *kayak artis, hahaha...

Aktiviti aku:
Tengok gambar2 lama, pastu gelak besar kalau ternampak gambar ciput masa muda2..
Layan raymond and natasha main game
Amik2 gambar...
Paksa ciput duk sebelah aku jer.. huhu~

Lama jugak la kitorang berlepakan kat umah auntie. Kul 12 lebih baru balik. Kitorang kasik can daddy bermesra2 dengan adik badiknye. Yelaaa.. kita kalau dah jumpa adik badik. Mana nak ingat balik kan. Kemain gelak besar, rancak berborak..

Macam2 benda nak bergosip..

Sampai umah kul 1245. Aku terus siap2 masuk tido. Ciput lak sempat lagi melayan bola sampai tertido2 kat hall. Kul 4 pagi aku bangun. Nengok dia takde kat sebelah. Gigih bangun kejap kejut dia... Dah tau diri tu kalau tutup mata terus flat. Lagi mau baring2 kejap. Chaittttttt...

Love: Ceera =P

11 LoveGreen:

Wawa_Nadwa said...

kak, dorng berdiri je mmg x duduk ek.
hehehe!

=P

Beautiful Disaster said...

msti anak ko mix esok. cantik!

Tina Najib said...

Ceera,

terkejut aku tgk muka auntie tu.. sbb kucing-kucing aku semua antar kat clinic dia la, PetCare, hehehehe..

Lepas ni kalau aku pegi, bolah la aku bukak topik nak borak.. ahahaha.. Tetiba je.. ;P

darling8tabby said...

hahah...akak kenal aunty shirley tu...akak pun cam tina...antor kucen2 kat clinic dia..

yeaa...nanti kita bukak topic yg sama dengan aunty shirley ye tina...

umah aunty shirley dekat dengan umah akak..dia jalan A kan?

peej said...

haha sama la..
aku pun cam muka auntie tu..
wah..boleh ke kite org dpt discount ceera????

:: p R i n c E s S _ N :: said...

oo..napekah aku br tau ciput tuu mix...derr..msti anak ko bijak nti...

Tny said...

Errmm.. memang big family.. pasni ko celeb8 Deeparaya lah..

Mesti best.. muhibbah!! :D

Shafie said...

comel nyau2..
oo...kira shafie takbleh r tny soalan tu..hehe

ratna said...

oooo vet kat melawati tu anak auntie shirley punya kaaaa... parent saya tinggal melawati. kalau anak saya sakit, saya pegi ke damai service hospital..dekat dgn vet tu..

Ceera said...

wawa;
ada la duduk, tapi time tu nak bergambar.. tu yang masih2 dok gigih berdiri tu..

beautifulDisaster;
harap2nya cantik la.. wakakaka..

tina;
wakakaka.. aku dah agak dah.. mesti kat situ yang ko anta..

darlingTabby;
entah rumah dia jalan mana kak.. saya sampai tengah malam. Agak2 situ la jugak.. rumah dia simple gile..

peej;
banyak ko punye discount. Lain la kalau aku kawin dengan anak dia kan.. hahah

princessN;
aku dah lama kawan dengan dia pun aku baru tau dalam 3 taun lepas..

tny;
deeparaya tak sambut beb.. krismas sambut ah...

shafie;
tanya soklan tu akak dush kan kamu tau..

ratna;
yela tu.. nama vet tu, petCare.. lebih kurang gitu la..

lily lotus said...

mixture abes..hehe..byk perayaan leh smbt ni

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998