Instagram

Dating Di MidV

Lama aku tak jengah midV nie... lama ke??? =P Kira kalau dengan kekasih hati tu, lama la kan...

Disebabkan opis aku berlaku sedikit kebakaran, terpaksa la aku kuar opis awal skit. So, aku call ciput bagitau itu ini. Then we decide untuk jumpa di midV sajork...

Elok2 aku sampai je, ciput pun sampai. Dan aku sangat brilliant parking kat zone atas sebab dah tentu2 ciput akan park kat zone yang sama. =D Yela.. mau haru kalau sorang kat zone atas, sorang kat zone bawah.. mau sedih bila nak berpisah ke keta masing2 kang. Oh.. saya tak suka perasaan itu...

Then ciput ajak tengok wayang...

Tapi bila dah depan kaunter, masing2 tak tahu nak tengok citer apa. Last2 aku ajak ciput tengok citer susuk, hoho... sangat kemelayuan okey aku...

Citer susuk ok la.. tak la seram mana pun. Cuma bila ko tengok mula2, memang tak paham sangat ah.. bila dah akhir2 baru la oooo... gitu ke... baru aku paham...

Mana taknye, sekejap2 scene kat sini.. pastu kat situ plak.. Yang takleh blah.. apa motip si aleeza kasim dalam citer tu.. huh!!! tak paham aku!!!

Tapi kan uols.. baru ku tau ciput tu penakut melampau, hahahahaha.. ke dia saje2 nak ngade2 ngan aku, =P

Lepas tengok wayang, ciput ajak lepak makan kat foodcourt midV

Besar tak lengan bf saya.. =D Auwmmmm i like.. sasa u...

Ciput ajak makan, tapi dia takmo makan plak. Tau la dah kurus kan, agak2 la kan..

So, saya makan sorang lor...

Ehem.. baju biru ni kiki yang bagi i. Mulanye dia beli untuk diri sendiri. Tetiba dia takmo plak. Dah orang bagi, aku hambik ajer la.. rejeki2...

Nampak pelik je... sebab kalau uols perasan, aku memang susah gile nak pakai baju biru.. sebab aku rasa muka aku pelik je kalau pakai baju biru... =D Lagipun, aku memang sedikit anti ngan color biru, hiks...

7 LoveGreen:

[LADYKiKi] said...

ooowhh patutlah...

anti sikit biru rupanya.. hehehe

rasanya cam aku pakai kaler natural tu kot..mmg tak sesuai ngan aku..

pearlEJ said...

ej baru teringat nk pi cari susuk... tapi tak syok ker yang?? teringin sgt2 nih nk tgk.. hehe..

haaaaaaa... sama ler.. ej pun xder baju kaler biru cenggitu... ej rasa diri bertambah hitam jerkk kalau pakai biru... kakakakaka.. tp ira pakai tu ok per.. tak ler nmpk muka buruk pun..

Nem0 o0h Nem0 said...

ni bj yg kiki tersalah amik kn?jhehe

elok jek ko pakai kaler biru ni x de pun yg x elok..=)

peej said...

x best eyh??tp tgk trailer susuk mmg mcm x bape menangkap je..
xpe..aku nak tunggu cite dukun..tah bile la tu nak kuar kan..


aku rasa pun mcm kau x sesuai sgt ngan color biru..tp dah kata org bg free kan..amik saje la ye.. ;p
x sesuai sbb dah biasa tgk kau ngan color hijau kot..

puterikurekure said...

kaler biru memang nampak agak asing kat awak la.
tapi nice la jugak kan. :)

[LADYKiKi] said...

hambik je..aku kasi baju free hikss... *tetiba..wakaka

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said...

x best ker??..erm... sebb baik tak tgk...

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998