Instagram

Mencari & Mengajak

Aku macam tak senang duduk ajer skang nie, haihhhhhhhhh... senyap seribu bahasa susah jugak, apa sebenarnya yang berlaku. Sms pun tak reply, apa ke heiii ngan kamu nie??? sihat ka?? ada masalah ka??? uwaaaaaaaaaa... nak kol agak takut, =P. Ym pun dah seminggu takder... di mana dia nie??? bukan di kl kot.

note: bukan dak monster

Oh ya.. aku ada buat makan2 skit ahad ini - 4nov. Di rumah aku kat ceras, sesiapa yang takder buat apa2 ahad nie, jangan malu2 datang ke rumah saya ye. Bukan selalu aku buat open house nie, kira ini adalah 1st time lah, demi kawan2 katanya, =P If nak datang, sila email kat aku, zanira_noh@yahoo.com nanti aku kasik alamat umah dan map sekali. Kalau tak tahu jugaks, kasik no tepon, aku boleh explain panjang lebor... no prob...

Ini pesanan untuk akak2 aku;

Kaklang: sabtu dan ahad jangan nak kemana2, atam ngan z.u dah booking. Kalau abglang nak suh picit pagi2, sila buat cepat2... mana nak carik, muahahahaha... Kaklang pergi ajer la pasar ngan z.u, atam tak tahu la...

Andak: Sila la datang awal ye, dan jangan nak buat2 jaga anak la apa la, dah lama giler andak tak tolong di dapur. Dan jangan gunakan alasan, diri mu lembik, aku lesing baru ko tau... Ha... tugas andak buat makanan yang pelik tu, campur2 ngan buah tu... pastu buh ais batu tu... huhu~ Masa nie la andak kena buktikan yang andak boleh, larikssssssssss...

Akak: Kalau lapor, baru la nak carik makan kat umah mak, hampeh... tapi takpe, akak dikecualikan sebab akak mengandung... kalau tak, leh suh akak masak soup, sedap ooo akak aku masak.... gile kentang...

Kakcik: oh, kakcik dah balik lastweek, so disweek... kakcik takder, huhu.... sangat sedih (dibuat2). Kalau kakcik ada lagi best, sebab kakcik sangat rajin... muahahaha... kakcik, gantikan atam nye sepit. Baru pakai sehari dah patah, hampeh... semua barang hancus kalau dia pegang. Atam nak color ijau jugaks...

Sekian...

Format And Game Baru

Komputer saya sudah sukses di format, la la la~ Sangat gumbira. Itupun adik aku jugaks yang jadi mangsa. Sanggup nie angkut cpu ke keta nak bawak balik umah. Semata2 nak menyusahkan adik aku. ngeh~ Format windows xp tapi interface nya jadi windows vista, mana nak carik...

Tapi la nie, aku tak guna pun komputer tu. Sebab saya guna komputer yang sudah lama dibiarkan. Padahal 80Gig tu, lagi bosar hardisk+storagenya. Lagi laju dia nye ram. Matilah macam2 aku dload kang, hik hik hik... Tapi cam kesian plak aku tengok cpu aku tu dok tercampak ajer kat atas meja. Erm, nanti2 aku bukak ye...

Haaaaa... semalam, aku dah dload game Turbo Pizza and Flower Shop "Game ni aku tak run lagi, jadi tak tahu la trial or full eks.. Ni semua gara2 peej la nie, sapa suh update pasal game. Bila aku dah dapat nama game, terpaksa la aku dload kan, muahahaha... best okey game turbo pizza... care abis...

OpenHouse 1

Jumaat, balik keja terus pergi beraya umah lost fren yang memang dokek aje ngan umah. Tapi bertahun tak jumpa okey. Itu pun dia dapat no aku ngan linda dari bespren kitorang. Bila dia dah invite, takkan tak pergi plak kan. Lagipun bukan jauh sangat pun dengan umah aku, satu kampung la katakan. Tapi tak tahu la apsal la payah noo nak jumpa member skool dulu, =P

Jadinya, berdasarkan ke-expert-an selama duduk di kg.c.b, maka dengan sepantas kilat boleh la jumpa rumah member rumah ku itu. Tapi linda laks tak confident dengan aku, serta merta aku pun tak confident sama.

Linda: betul ke rumah dia nie ra...
Aku: Betul la, dah sama alamatnya dengan sms ni ha...
Linda: Tapi asal umah dia cam tertutup ajer, pagar pun cam tutup ajer nie, cam tak kasik raya je nie...
Aku: Ha a kan, betul ke eks.. "aku dah mula tak percaya kemampuan diri ku sendiri, cit. Takpela, aku tepon dia ajer la.
Linda: Ok

Tetiba, memang betul da... haha, poyo2 ajer duduk luar sogan2 nak masuk, ntah apa2 ntah... Bila masuk jumpa budak satu kelas aku dulu, azimah. Dah ada anak pon, 7bulan. Hehe... cam kelakar pun ada aku rasa. Pastu cakap ngan linda.

Aku: Dah matang dah aku tengok azimah tu, dah pandai cakap ngan orang. Dulu dia tak cam2 kan, aku rasa lepas kawin memang cam2 kot.
Linda: Ha a kan, dulu senyap ajer, pastu banyak senyum dari bercakap.
Aku: Tu la, kalau kita tak bukak mulut dulu, jangan harap dia nak bercakap. Sepatah kita tanya, sepatah la dia jawab, pastu senyum ajer modal dia. Skang bukan main lagi, yela... dah ada anak la katakan, kita bila la nak ada anak kan, =P

Tetiba... muahahaha, kawin pun belum. Jangan gelakkan aku u olsss. Ini biasa berlaku bila berjumpa dengan kawan2 lama yang dah ada keluarga, pastu baru la tengok diri sendiri yang masih sendiri. Nasib baik ramai geng lagi. Tapi bila jumpa member2 U, tak la heran sangat sebab semua masih membujang. Yela, masing2 sibuk keja nak carik duit dulu, masih tak pikir kawin2 nie. Tapi memang lain skit ngan budak2 sekolah aku, sebab semua berlumba2 nak kawin. Tahun lepas la paling hazab, semua berebut2 nak kawin.

Ok, sudah... kita masuk balik topik raya ya... lupa lak aku nak kask tau, aku raya umah nadia. Budak kelas aku jugaks. Tapi lepas spm, masing2 lostcontact. Yela, masing2 sombong la katakan, " aku la tu, =P

Tapi lepak kejap ajer, sebab linda kena balik awal. Lagipun umah dia dah padat ngan orang, so... better la kami gerak dulu sebelum ramai yang tak bernafas nanti, =)

Besoknya plak, beraya umah yana di sungai buluh. Janji ngan linda and kathy kat petronas yang berdekatan ngan rumah we olsss... Pastu aku ajak ikut mrr2 sajork, sebab taknak lalu tol punye pasal. Tapi biasa la, di sebabkan semua orang malas nak masak kat umah, dan semua pun sibuk la nak kuar pergi open house, jadi... jalan pun agak hazab la jugaks. Adala sejam lebih baru kami sampai umah yana, nak drive laju2 sangat tak boleh. Takut kathy tak dapat kejar, so.. bawak pun ala2 kadar ajer la. Bukan aku yang drive, tapi linda...


Inila buktinya, yang aku bersenang lenang di sebelahnya sambil membebel.


Reben kuih pun, kathy leh jadikan hiasan kat kepala aku... biadap budak nie, =P

Kitorang ni yo yo ooo ajer pakai baju kurung bagai, sekali pergi umah yana... dia pakai tshirt and jeans ajer. Disebabkan dia tak cantik, aku malas nak amik gambar ngan dia, haha...

Lepak umah yana pun takleh lama sangat, sebab kathy nak amik bf dia. Linda plak nak pergi johor dan aku plak, balik la umah. Maaf rumah2 yang lain ye, sebab den tak dapat nak hadir. Linda dan nak ke johor, Ciput plak takder, dia ada kursus totttttttt... takleh kasik tau korang. Takkan aku nak pergi sorang2 plak, macam kebulur sangat nak makan umah orang kan, takmo aku.

Hari ahad, rumah jiran ku ada buat cukur jambul = open house. Aku tak tolong, tapi aku tolong pergi makan sahaja. Itu pun makan cepat2 sebab nak sambung tengok melodi.

Petang skit, ciput ajak jalan2 kat pivilion. Boleh tahan besor jugak la tempat tu. Agak sakit kaki aku, sampai tak larat nak jalan nie. Ciput lak cam tak berperasaan berjalan tanpa rasa letih, huhu...Aku rasa sebab aku nie dah lama sangat tak berjalan kot, sebab tu la kaki aku nie agak mengada. Padahal sebelum2 ni boleh ajer jalan doploh jam non stop, haihhhhhhhh.... takkan dah tua kot, ngeh~

p/s: Aku mungkin akan buat makan2 skit ahad nie, apa2 hal... aku akan update. Belum confirm katanya...

ScreamTeam

Aku telah menjadi screamteam bagi cnm, sangat syiok... Dan dan tu letak cover magz cnm kat sebelah nie... muahahaha... ojets siap jaja gambar aku lagi, wah... sangat glamour la nanti, tak suka tau... =P


screamteam aka team jerit ini ditubuhkan untuk, sila baca...

Mereka mungkin antara individu yang Anda kenali. Tetapi... bukan individu biasa yang anda jangkakan. Penghargaan untuk semua pemegang flyers eksklusif CNM di web, personal page, myspace, friendster, networking komuniti, laluan blog, e-mail dan bagasi sekolah yang menghantar maklumat kepada pelayar internet umum Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Kolum ini diwujudkan sebagai menghargai kekuatan jeritan mereka melaungkan Pelancaran Majalah Muzik web Pertama Malaysia kepada semua. Anda boleh mencari dan menemui mereka di saluran di atas. Kami akan meletakkan laluan alamatnya berdasar persetujuan individu ini mulai bulan hadapan. Bukan untuk hanya mencari kenalan atau berkongsi semangat mencari cinta Anda. Team Jerit CNM akan membantu anda menjawab kemusykilan kecil anda tentang kami. Kenali Mereka.
Mana satu aku???

Wahhhh, gitu. Mungkin aku akan kasik alamat myspace aku. Tidak FS dan tidak jugak blogspot ini. Kenapa??? sebab aku taknak orang carik aku, aku taknak... belum masanya lagi.

p/s: saya sendiri tak daftar jadi ahli lagi, matila...

Internet Jahat

Macam nak ghila aku try login page aku nie. Susah nak mampos... memang hangin satu badan rasanya... sian capik kena bebel ngan aku, ngeh~ Dah tu, puterikure2 takder, aku pun tak tahu la nak ngadu ngan sapa kan. =P. Pastu kan, tiap kali aku komen page2 korang... mesti tak appear komen tu wpun sudah done... oh, besar sungguh dugaan ku. =). Kenapa la internet ni dengki sangat dengan aku, kenapa??? kenapa??? cukup la manusia ajer yang suka dengki2, internet pun nak dengki2 jugak ker??? =) Over nyah... haha~

Takder citer apa pun, cuma nak letak gambar kakcik senget, bersama anak dan anak buahnya yang sengal, hahaha... lawak2

Dibintangi oleh, dari kiri: erin, kakcik and merah... zombie kgcerasbar*

Ya Allah, nak upload gambar nie pun... cam dah separuh mati aku tunggu, eiiiiiiii... geramnya...

Pagi Raya

Cakkkk...

Alamak, tetiba cam malas nak citer pasal raya kan, hehehe... sama gak kot citer raya cam korang2...
  • Pagi raya bangun kul 8, siap2kan apa yang patut. Yang penting kemas hall cepat2, alihkan balik perabut2 si tempat asal. Dibantu oleh abgcik and abah. Aku mana larat nak angkat kusi meja, aku kan pompuan, =P
  • Kat dapur plak, tengok2 ajer mak panaskan apa2 yang patut.
  • Masukkan kuih dalam balang, sambil menunggu kuih dari akak2 aku yang tak sampai2 lagi. Sekali bila dema datang, sampai tak tahu kuih, kepek and kek mana yang nak kena hidang. Banyak ghilos ok...
  • Bersiap2 sebelum mereka2 sampai. Boleh la bebel kalau dorang datang lambat
  • Yang sampai dahulu, 1: Kakida and ode, 2:akak and family, 3:kaklang and family (orang jauh nie, muahahahaha) dan yang lasttttt sekali 4: andak and family. Kaklang, tahun depan, jangan ulang benda yang sama ye, larikssss...
  • Sedang dok makeup kat luar, tetiba jiran dah semekom plak... hahaha... dorang ni suka datang awal2 sangat tau...
  • Lepas andak datang baru la sesi amik gambar, bersalaman dan mohon maaf berjalan...
  • Ohhhh.. kami sempat sambut besday dadif and nabil... 1st time cake tak berusik ok... lepas tiup lilin terus blah... sabor ajer la...
  • Dah lepas itu semua, kami plak serbu umah jiran.. umah wajib, umah cikmah la... sebab dia masak lontong + kuah masak lodeh, sedappp o... serbu...
  • Pastu umah jiran2 yang lain, pastu balik umah dan lepak2 sahaja...
Jom tengok gambar ajer la...

Bersama gadis senget, =P

Oh, inilah pasangan2 anak noh, aku bila la lagi eks... lariksssss.

Anak dara tertop...

Kat dapur...

Dalam bilik omma.. kakcik tengah collect utang... aku kaya, aku kaya...

Ok, dan ini plak gambar kami satu family...

Chiow...

Malam Raya

Wah... baru dapat update gitu, menggigil2 tangan ni nak menaip... banyak benda nak citer nie, gambar pun menimbun2 nak masuk Q nie, la la la~

So, nak dipendekkan citer. Aku mulakan dengan malam raya ye... Bagi aku... malam raya la yang paling paling meriah sekali. Pagi raya tu extra meriah la kan. Sebab apa aku cakap malam raya paling meriah, sebab malam raya la aku rasa paling ponek sekali. Sehari be4 raya. Pagi2 sudah bangun untuk menolong apa2 yang patut. Kalau tak bangun, memang kena bebel u olsss... Kalau cepat2 bangun and tolong, aku nye turn lak nak bebel orang. Padahal keja nye tak seberapa, muahahaha...

Biasanya aku tolong potong2 benda yang sonang yo... pastu tolong bising2 kat dapur. Sekurang2nya nak kasik tau la yang aku sedang berada di dapur. Kalau tak, memang susah nak ke dapur okey... Kira rajin skit la dari andak itu, ngeh~

Tapi biasanya, pagi2 ajer kelibat aku berada di dapur. Masuk tengahari dah hilang entah ke mana. Kadang2 di bilik, kadang2 di toilet, kadang2 di luar main2, dan kadang2 sedang tengok tv sambil berbaring di hall, muahahaha... yang lain ajer dok gagah memasak rendang, soup dan lain2. Ya, saya sangat malas. Eh, tak la... sebenarnya... saya simpan tenaga untuk malam okey. Sebab bila dah malam... saya punye turn untuk kemas2 apa yang patut.

Lepas buka puasa, acara main mercun pun berjalan. syiok syiok. Pengedar setiap tahun adalah abangcik, tapi tahun nie abangngah la yang bawak mercun paling up sekali. Biasanya, rumah kami akan berlawan dengan rumah jiran aka musuh setiap tahun. Sape punye mercun paling kuat dan cantik. Memang bingit terlinga okey... Tahan ajer la. Anak2 buah aku plak, masyaAllah... bukannya gheti nak takut ngan mercun, dorang laks yang over tau. Aku plak yang takut tengok dorang main. Bila suh jauh2, buat dekkk ajer. Takder perasaan sungguh mereka itu. Anak sapa la nie...

Gambaress

Yang bosar, yang kocik.. semua tergedik2 kat luar...

Yang perempuan, dibenarkan main bunga api sahaja ya...

Gelapnya gambar kan, tapi sibuk nak upload jugak, haha...

Abangcik sudah kuarkan mercun kuasa padu yang akan mengalahkan jiran serta merta...

Itu dia umah musuh kami... watchaaaaa...

Kan dah kena mercun, muahahaha... padan muka

Disebabkan umah kami di KG Ch*ras B*ru, suasana pun ala2 kampung. Pasang pelita, main mercun, pastu ada orang masjid datang takbir lagi. Jadinye... umah aku pun salah satu umah yang terpilih untuk orang masjid datang takbir. Biasanya bila raya puasa, umah aku yang last sekali. Boleh la lengah2 skit berhidang kat depan. Tetiba, orang masjid datang dalam jam 11 gitu. Berdesup kami pergi berhidang, muahahahaha... ingatkan datang lagi lambat, haihhhh... buat orang kelam kibut sahaja.

Dadif dah siap2 nak collect duit raya, ikut lelaki pergi takbir...

Lepas orang masjid balik, memang hazab la... time ni la nak kena berkemas kemasnya. Penat ghila okey. Nasib baik dorang tak lari balik sebelum coci pinggan. Tak sanggup dah aku nak buat semua malam raya. Tahun lepas dah terkena beb... Tapi tahun ni kakcik ada, so ringan la skit beban den... bagus...

Sekian untuk malam raya...

p/s: sebenarnya, ni aku update hari senin ok.. tetiba takleh nak upload gambar bagai, hangin satu badan... terus save as draft dulu. Pastu semalam cuti, tak sihat... hari ni masuk opis terus upload gambar dan post...

Mohan Maaf Dan Selamat Hari Raya

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin sekiranya terdapat penulisan saya yang mengecikkan hati sesetengah pihak. =). Maafkan saya...

Berhati-hati di jalan raya, semoga selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi masing2. Dan semoga bergumbira di Hari Raya.

Chow... gua mau balik dulu...

Kembali Bercerita

Virus malas sudah melanda diriku, kenapa??? mungkin sebab dah dekat nak raya kot, wohOoooo... Bestnya raya, dah takyah nak pose.. la la la~ Jumaat aku dah start cuti raya, sampai la 22hb - hari isnin. Over ker??? well, sekali sekala cuti biar over gitu. Wpun aku beraya di KL sahaja, eh... idak jugak... rasanya mak aku nak jugaks balik Perak, tapi biasanya kalau balik perak... kejap sangat, balik raya pertama malam... pastu, raya ke-3 sudah balik KL.

Aku kan jarang cuti2 nie, sakit pun datang opis tau... hahaha, *statement menipu*

Okla, stop citer raya... meh nak citer pasal weekend aku yang ok ok ajer.

Jumaat Malam tu aku buka dengan kathy, yana, ezwan, awin kat kedai kopi s.alam. Gila awal aku sampai kat sana, jam 6. Sebab apa aku sampai awal, sebab minah kathy dan yana dok bising suh aku kuar awal. Sebab dorang kata dorang pun akan kuar awal, dalam kul 530 gitu. Dah la opis kat s.alam ajer kan, haruslah dekat kan nak dibandingkan dengan opis aku yang kat sunway nie huh.. Lagipun aku yang ajak buka sana, ngeh~ Untuk kesenangan mereka.

Jadinya, aku pun kuar la awak jugakss... Bila aku dah sampai dorang tak sampai lagi, bila tanya yana, dia cakap kathy dah sesat barat tak jumpa karangkraf. Kathy tak tau jalan nak ke kedai kopi tu. So dengan confidentnya dia cakap dia akan ke karangkraf. So leh ikut bontot keta yana. Sekali, karangkraf pun dia leh lupa2, tu yang sesat tu. Sabor ajer la. Bila dah sesat, haruslah lambat, bila dah lambat... haruslah jugaks aku yang sampai dulu dan melangok sorang2 kat situ, hanginnnn... Yang ezwan and awin plaks tak boleh nak datang awal sebab ada hal kat opis, itu takpe... di maafkan, =P

Akhirnya, setengah jam jugaks la aku menunggu mereka di situ. Sampai2... masing2 senyum cam kambing, sekeh kang baru tau.

Oh ye... malam tu aku tak amik gambar, sebab malas... jadi takder la aksi2 sengal dari kami ya...

Dah lepas buka pose, dalam jam 8 cam2... zul datang ngan eddy. Lepak tak lama pon, kul 915 masing2 dah gerak balik. end

Citer hari sabtu plak, aku kuar ngan onal. Dia nak ajak buka pose sama. Lagipun dia nak belanja makan sempena besday aku yang lepas. Sebelum kuar rumah, sempat jugaks la aku lap tingkat kat hall. Amik hati mak dulu sebelum kuar, muahahaha... yela, seminggu tu aku tak buka puasa kat umah, tetiba hari cuti pun nak kuar kan. Haruslah kena maki dalam hati. Jadinye, kena la amik hati dengan berbakti di rumah sebelum kuar rumah ok, anak contoh... sila ikut, =P

Sebelum kuar ngan onal, aku sms ciput bagitau... see, aku gf yang baik.. haha... Lagi pun cuti2 nie dia tak dapat nak jumpa aku sebab sibuk nak bawak mamanya bershopping, aku haruslah mengundurkan diri, =P

Aku ngan onal pergi sunway piramid, sebelum itu... kepada semua, sila la pergi ke sunway piramid. Sudah besar okey... dah banyak kedai untuk bershopping, kalau dulu cam tak best kan nak shopping kat sunway piramid, skang tidak lagi... best best.. apahal2 sonang den. *mengular*

Onal belikan kasut untuk aku, best... besday gift kan... pastu aku plak belikan baju untuk bapak aku. Baju raya dia. Dapat la dua pasang. Dari dulu dok mintak aku belikan baju, nak raya baru aku sempat belikan...

ini dia onal... single lagi ok.. mari2 sapa mau... haha

Lepas buka puasa, hantar onal balik.. ingatkan leh la jumpa ciput kejap. Tapi haremmmm sebab dia balik lambat la plak... Jadinya, balik umah terus looo... end

Hari ahad, takder lagi rayau2 untuk aku ok... duduk rumah sahaja. Niat, memang nak tolong mak aku kemas dapur. Cuci semua pinggan kat dalam kabinet, tapi... aku cuci skit ajer... cam dah nak patah pinggang aku, muahahaha....

*Selingan
Umah aku ada dapur baru, mak aku tambah dapur baru. Sebab tu la mak terover rajin, dia kuarkan semua pingan mangkuk, cawan, periuk belanga bagai dekat kabinet lama... nak basuh kasi bersih. Pastu buat selected, mana yang patut letak kat kabinet baru di asingkan... pastu cuci dan kosongkan kabinet lama kasi bersih sebelum letak balik pinggan mangkuk dalam tu. Memang agak haru la dapur rumah aku. Nanti aku amik gambar dapur baru ok...
**Tamat selingan

Sambung...
Dah lepas cuci pinggan *suku ajer*, aku terus lepak kat hall sampai petang, hahaha... penat ghila. Lepas tu ingat nak tido, tetiba abah kol suh beli ayamas... adeh, terpaksa kuar membeli ayamas... nasib baik dokek yo... Mak aku masak udang gulai lemak cili api, gila besar udang2 tu. Disebab aku takleh makan udang, mak aku masakkan khas sambal petai untuk aku, suka suka... sedap... Kami berbuka lima orang sahaja petang tu. *tak biasa ok berbuka 5 orang ajer, skit sangat orangnya... if dirumah la...*

Lepas buka, ngantuk gila... sempat la tido sampai kul 9, pastu bangun tengok tv sebelum tido setido2nya... end

Isnin plaks, pergi opis cam biasa la... tapi masyaAllah, bukan main malas lagi aku... tak boleh nak cakap apa lah. Sampai nak update pun takder hati, nak jengah blog u olsss pun aku malas... isk isk isk...

Tapi, semalam aku berbuka ngan ciput kat muara ikan bakar pelabuhan klang. Tetiba ciput ngidam nak makan ikan bakar. Dia ajak pergi sana, aku follow ajer. Makan cam nak pengsan ok, banyak gila... Balik tu ingat nak singgah kopitiam sebab ciput mengidam lagi nak minum kopi. Tapi masing2 cam dah penat sangat, tak jadi ar... terus balik umah. end

Dah hari nie mayb aku buka kat d curve. Berbuka dengan lect matriks aku dulu. Ciput ar nie yang rapat ngan dorang, dia ajak aku... Terpaksa la ikut, =P

Ok la, macam dah panjang sangat nie... kata malas, tapi over noksss... =)

Email Yang Konon2 Ramah Mesra

Aku hangin ajer, bila masa plak aku daftar masuk SahabatInteraktif@yahoo.com nie. Ke ada sape2 yang gatal letak email add aku sekali dalam tu. Menyirap!!!

Kan dah menyemak segala soalan bodoh kat dalam mail aku, ingat aku nie mesra alam ke. Kalau orang lain, memang rasa terhibur la... aku, tolong skit. Conference balas2 email ngan family aku pun dah berpoloh2, masuk plak email2 bodoh nie, kan ke menyomak dan memenatkan aku nak mendelete.

Ada mail saje suka2 la, mintak nasihat la, iklan berbayar pun ada, pastu artikel lagi... macam2 la. Pastu yang di borakkan, beraya di mana tahun nie??? citer pasal isu semasa la, Wei... aku malas nak layan la weiiii... sila jangan menyemak dalam inbox aku boleh???

Kesimpulannya, gi mana aku nak kuar dari group ini... sebab aku sendiri tak masuk dalam group konon2 ramah mesra itu. Benci!!!

*harap maaf kepada sesiapa yang mmg ahli sahabatinteraktif, aku cuma tak minat...

Bersuka Ria

Sebenarnya saya agak blur untuk menaip, tapi di sebabkan ada gambar2 yang patut dipublish, haruslah kena tunjuk kan.

Berdiri: Yana, awin. Dodok: Ila, aku and merah

Semalam aku jumpa gadis2 ini... dan dua lagi jejaka... gambar mereka di next pict.

Plan nak jumpa dorang nie memang dah lama, tapi biasa la kan... masing2 bz kecuali aku yang selalu on, huhu. Akhirnya, dapat juga buka sama, itu pun tak cukup korum sebab kathy takder, dia kena stayback sampai malam, kesian... pastu jejaka "wajib ada" pun takder, erm...

3Okt besday yana. Ingatkan dia nak celebrate ngan bf *orang ada bf la katakan Tetiba lak tak jadi sebab bfnya ada meeting sampai pagi, huhu.. hangin ajer minah tu, "Yana... lelaki memang cam2, aku dah selalu kena okey... =P"

Serius aku tengah blur, hahaha... kasik short notes ajer la, =P
  • Berbuka di uptown
  • Aku sampai lewat sebab kuar pun lewat, baguskan saya... kul 640 baru terhegeh2 kuar, jalan ldp jam plak tu.
  • Ila suh korek idung dulu kalau tak sempat sampai uptown sebelum berbuka, cit... aku ada air la dalam keta...

    Ini la budak yang suh aku korek idung dulu, *larikssssss

  • Buka makan tomyam ayam ngan telur dadar, pastu minum air laici.
  • Ezwan belikan cake untuk aku ngan yana, hehe... aku ingat tuk yana sorang ajer, besday aku kan dah lepas.

    Ini dia cake coklat, sangat coklat... =P

    la la la~ guna hp orang lain nie, tetiba pla hp aku nak buat hal... blur bagai lagi

  • Apa lagi, amik gambar sambil potong cake la, wohOooo... cake secret resepi haruslah sedap kan, tapi saya bukan penggemar cake. Makan sikit yo... tapi kalau cheese cake memang nyum nyum...

    Mari kita potong cake, wohOooo.

  • Lepas dah puas borak, balik la apa lagi. Ingatkan nak singgah jumpa member kat damansara, sekali dia tak reply sms.
Ini lah dua jejaka itu... ezwan and yana, di selit oleh yana

Bersama Family

Hari ni baru leh nak citer pasal aktiviti weekend aku, huhu... agak banyak gambar, saje nak kasik korang cuci mata lagi sambil membaca. Idak la bosan sangat kan, =P

Hari sabtu tu, tengah best2 aku sidai kain... mak aku dah pekik suh kemas bilik, pasang katil semua. Malas ghila ok, sebab aku tak pikir langsung nak kemas2 bilik nie. Tapi dah disuruh dan dibebel2 sebab dah lama sangat aku tido atas tilam ajer, aku pun iyakan sahaja... jom la... jom la, kemas bilik.

Cit, bilik sendiri pun nak berkira ka??? haha~ Kira ok la mak aku nak tolong sekali, huhu...

Jadi, bermula la operasi mengeluarkan tilam dan bantal segala bagai... Pastu mak aku sibuk suruh aku cat, oh tidak... aku malas sangattttt...

Omma: Nak cat tak bilik nie??? siling ni kalau cat lagi ok mak rasa
Aku: Alaaaa... x payah la mak... ok lagi cat nie, kita lap2 skit dinding nie.. dah ok dah nie, =P *ya, saya sangat pemalas nak cat, leceh ok...
Omma: Lantak ko lah, bilik ko... Tingkap tu lap, tanggalkan dulu langsir... senang skit...

Dan jeng jeng, saya sedang lap tingkap...

Tapi sangat malas nak bukak langsir, muahahaha... kasik tengok bum lagi, oh... ye saya tau saya keji, =P

Sedang basuh kain buruk itu... dan sempat suruh erin snap gambar kitorang...

Erin terpaksa melayan mak sedaranya, haha.. "erin, cepat la amik gambar maktam tengah lap nie"

Dan lagi, hahaha... sedang lap2 skit dinding sebab malas nak cat punye pasal.

Pasang katil la pulak, gagah sungguh tangan ku ini.

Berat ghila ok tilam nie, sampai nak terkeluar isi perut aku nak mengangkatnya... "eh mak tak payah la angkat kitorang leh angkat sendiri" Last2 mak aku jugak yang mengangkatnya, harap aku ngan z.u... tak bergerak wei, haha..

Ini la budak yang terpaksa shoot gambar2 kitorang, lotih dia melayan mak sedara nya, sori kaklang, guwe membuli anak mu itu.

Dah setel, siap mandi semua.. aku pun mula berbaring, ponekkkk..

Sampai petang tu penatnya, aku lepak kat hall sambil tengok citer korea and jepun. Mak ngan zack.u masak kat dapur, muahahaha... Dah siap hidang, baru aku turun untuk makan sahaja. Tapi idak la aku kejam sangat kan, sebab haruslah aku yang kena kemas lepas abis makan. Mop lantai bagai, penat ok...

*******

Aktiviti ahad pulak, aku lepak umah sahaja. Malas nak kuar. Mulanya mak ajak pergi hospital seremban tengok andak. Andak aku tu asik masuk spital ajer kerojenya... macam2 penyakit betul, ahaksss.. mengata orang dulu, harus... Tetiba andak sms cakap takyah sebab dia pun dah nak kuar dah. Dan dia pun nak ke ceras lepas kuar spital. Elok la tu, takyah la susah2 aku nak drive tengah2 panas tu kan. Lagipun boleh la aku meronggeng depan tv tengok M E L O D I...

Tapi petang tu ada la aku tolong skit2 kat dapur. Tolong gaulkan gulai, tolong tumbuk2 kerisik dan tolong menghasut mak supaya tak payah masak sayur yang lain lagi. Banyak dah makanan, masak lebih2 takder orang masak, *Dalam masa yang sama, aku malas nak masak, hahaha...

Dah setel, lepak hall tengok tv dan main dengan nisa.

Malam tu, ada la celebrate skit2 besday aku. Sowei la u olsss, gambar kat hp sendiri takder. Time2 tu la hp aku buat hal, gambar jadi blur. Dia suh tutup la tu, dah lama sangat aku tak off hp. So, guna camera andak, haruslah gambar dia yang over kan. Wpun di harijadi ku. =P

Alamak, masa nie onal tengah kol aku...

Tengok tu, sapa yang over.. aku maintain ajer...

sila tengok tangan andak, sangat over kan.. aku yang nak potong kek.. dia plak yang lebih.. cit

Makan time... gambar aku tiup andak tak upload la.. mungkin sebab gambar dia buruk, gambar aku cantik kot.. =P

Ok dah la, malas nak taip2 lagi. Eh, aku dah beli baju raya color ijau. Kebaya songket ok, meletop abis la nanti, la la la~

Lagi2 Lupa

Aku lupa nak bawa handphone lagi, bagus kan??? Patutla beg rasa cam kosong ringan ajer. Disebabkan hp ku takder, haruslah tak dapat nak update kan, sebab semua gambar ada di dalam itu. Oh ya, aku tak celebrate kat mana2 pun lagi. Tapi ada la jugak andak and abgndak belikan kek eskrim tuk aku, wohOooo.. time kasih andak and abgndak.

=P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998