Sori dah lama tak update. Dua tiga hari nie, aku rasa
down skit, mungkin sebab tempias aku jumpa azah kot, haihhhhhhhhh…
Hari nie aku dengar lagu ala2 jiwang ajer, huhu… Aku baru ajer dload lagu
Ada Cinta, ishhhh… dengar lagu tu pun aku emo lebih2 okay, sedih2… pastu dengan lagu
ArisAriwatan, pun emo jugaksss… Tapi diselitkan dengan lagu
Mabuk Spider, hikhikhik… buat aku tersenyum, J. Lagunye sangatlah cathy, melody nya sangatlah aku suka.. Tak berat, so layan…
Hari nie aku cuma dengar 3 lagu yang berselang seli sampai la aku muak, tapi confirm beberapa hari ni tak muak punye, orang lain aku pedulik hapa. Aku tengah meng emo kan diri skang nie.
Kerja kat opis tak la banyak sangat. Biasanya, bila masuk petang. Keja aku confirm dah setel. Tapi di sebabkan aku nie tengah down atas sebab yang kurang pasti, jadi aku pun malas la mendownkan korang2 jugekssss… Sebab itu la aku tak update. Serius aku tak paham kenapa aku ini. Tapi aku ada lawat2 blog korang untuk menceriakan hati ku yang lara ini.
Sebelum tu… aku tak gaduh pun ngan ciput. Tapi serius aku cakap, benda kecik yang dia buat pun… aku dah sensetip giler, nak kata PMS, tak jugaksss… sebab period aku dah abish. Kesian dia kena layan kerenah aku, yela… aku majuk tak tentu pasal, nasib la…
Macam semalam pun aku bengang giler dengan dia, masa tu aku kat opis tengah chatting. Dia nak balik umah, katanya nak jumpa aku kat clubhouse dekat ngan umah dia, fine la. Aku malas nak kuar awal, sebab confirm la bila dia sampai umah… dia nak solat and mandi lagi. So, aku decide nak kuar opis kul 8.
Tengah best2 chatting, tetiba dia msg aku.
Dia: Katne?
Aku: Kat Opis lagi, tengah chatting
Dia: Nape tak balik lagi, balik la… dah pukul bape nie.
Aku: Kan dah suh B balik dulu… nanti B nak solat lagi, nak mandi lagi, sama ajer…
Dia: Ooo.. pasal tu, takmo balik lagi ke, mmg ar dia nie nie.
Ok, dia dah kecik ati. Aku kan GF yang baik… terus siap2 nak balik. Sekali bila aku nak sampai umah dia, aku kol tak angkat2, hangin dowhhhh… kalau tak semayang, mesti tengah mandi. Aku dah sampai nie, jadi
menunggu bodoh la aku sampai 15 minit. Kan aku dah bengang.
Yela, sibuk suh aku balik awal. Ingatkan bila aku sampai… dia dah siap2 semua la, sekali aku jugeksss yang kena tunggu. Apa lagi, merajuk la… pedulik hapa aku, panassss…
Macam hari tu dia pergi
Hotspring dengan mama and effi. Pun aku hangin jugak. Sebab mula2 dia cakap nak bawak aku, sekali dia bawak orang lain dulu, kecik ati tau. Ya… aku tau, dia bawak family dia… memang keji la aku nak kecik ati kan, tapi aku tetap kecik ati. See, aku sensetip la baru2 nie.
Haaa… ada satu lagi, malam tu dia tak kol aku dan
tertidur, pun aku kecik ati lagi, haihhhhhhh…. Bukan apa okey, yang ini relevant jugak la aku nak bengang, sebab dia sepatutnya kena kol aku. Sebab after balik dari hotspring itu, katanya nak singgah balik kampung kat sabak bernam. Dan katanya lagi, malam tu jugaks nak balik KL. So, aku tepon2 tak angkat… msg tak balas, mesti la aku risau kan, kot2 eksiden ke apa ke kan. Rupenya, dia tertidur dan besoknya baru balik KL. Dah tu langsung tak rasa bersalah plak kat aku, mana la mak tak mengamuk ok… Relevant kan kenapa aku kecik ati, yes… Hehe…
Ok, bab kecik ati aku dah setel untuk beberapa hari ini. Tapi bukan sebab itu aku down…
*************************
Hari tu aku ada jumpa azah, aku jumpa dia kejap aje… dalam
20 minit, sedih gile dapat jumpa kejap. Tapi nak buat camne, takder rezeki nak jumpa dia lama2, huhuhu… sedih okey…
Begini;
Masa hari ahad lepas, dari pagi sampai petang aku lepak umah ajer. Tak pergi mana2 pun. Tapi petang tu ciput jemput aku, sebab dia ada bola kat VI. So, daripada aku bosan duk umah, baik la aku ikut. Wpun tengok bola pun bosan, tapi dapat tengak orang tercinta… senang la jugaks hati ini. Dari jam 4.30 sampai la jam 7.30 aku menunggu dia main bola, lama kan??? Mujurlah aku ada aktiviti lain masa tengah tunggu dia main bola, borak2 dengan gf2 yang lain dan baca magz. Tak la bohsan sangat.
Lepas ciput dah siap2 mandi semua… aku, ciput and efi nak pergi makan kat western food, taman bukit cheras. Sempat la kol qery ajak sekali. Tengah odw ke sana, tetiba azah msg aku;
Azah: Hye sayang, buat apa tu?
*Dah la guna no lain, buat aku cuak ok. Disebabkan itu, aku tak balas. Pastu dia kol 2 kali aku tak angkat, takut… Jadi aku decide to reply.
Aku: Sape tu?
Azah: Aku la aza, ko kat mana nie?
Aku: Ohhh ko ke, ingatkan lelaki mana la nak ngurat aku tadi. Aku odw nak gi makan dengan ciput, and adik dia.
Azah: Ooo yeke, cam takder jodoh ajer kita kan.
Aku: Ehhh.. ko ada kat kl ker??? Ko kat mana?
Azah: Aku dekat ngan umah ko, ingat nak jumpa jap peluk cium dulu sebelum aku balik.
Aku terkejut okeyyy… terus ajer aku kol dia. Aku suh dia datang Bukit Cheras sebab dulu dia praktikal dekat situ, so dia tahu la kat mana.
Menunggu la aku dengan penuh debaran, mata dok melilau ke sana sini, takut2 azah tak nampak aku duduk kat mana. Last2 ciput jugaks yang perasan azah. Terus aku melulu kat dia dan berpelukan. Huhu
Aku perasan suara azah dah bergetar, tapi kalau boleh aku tak nak layankan sangat perasaan dia sebab ghila ko… punyela ramai orang makan kat situ. Masa kitorang peluk2 tu pun dah ramai orang tengok, kalau dia nangis… aku tak tahu la
drama apa kitorang buat kat depan kedai makan itu. Hik hik hik…
Ajak dia duduk, borak2 skit ajer sebab azah tak selesa sebab ada budak lelaki. So kitorang cakap skit2 ajer. Mulanya aku lapar tak hingat, tapi bila azah sampai… makanan depan mata aku tak usik langsung, sebab nak borak2 ajer. Sampai ciput tegur aku suh makan. So aku pun makan sambil borak, dan suap2 skit kat azah. Itu pun dia sibuk cakap dia kenyang.
Actually, dia datang dengan kawan dia. Tapi kawan dia tunggu kat dalam keta ajer. Azah pun dah beli tiket balik Mersing kul 11. Nampak sangat aku takleh nak borak2 lama dengan dia kan, huhu… sedih ooo… Aku tahu, dia saje jumpa aku last minute sebab kalau dia jumpa aku awal2, confirm dia citer
‘kisah’ dia semuanya… Aku paham keadaan dia, so aku taknak push dia lebih2. Bila dia dah selesa nak citer dengan aku, aku akan dengar.
Jadi, 15 minit ajer la aku dapat jumpa dia. Lepas tu aku temankan dia separuh jalan aje. Aku tahu dia tak nak aku jumpa kawan dia. Aku pun akur, malas nak tanya lebih2. Semuanya bersebab bagi aku. Di pertengahan jalan tu, dia tarik aku dah terus peluk aku dan terus menangis, aku tahan beb… tapi aku peluk dia kuat2 sambil usap2 belakang dia. Aku tahu dia terseksa dan sakit di dalam… tapi aku hanya mampu peluk dia ajer. Aku sedih, tapi aku tahan air mata aku. Aku suruh dia tabah, walau apa yang terjadi, dia kena tabah… Lama jugak kami berpelukan, dia just menangis tak henti2.
Aku tahu aku buat drama kat tepi jalan, tapi aku dah tak kisah… kawan aku perlukan aku time tu. Itu ajer yang aku pikir. Lepas tu aku kiss2 dia, dah dia pun lenyap dari pandangan aku.
Aku datang kat ciput, terus pegang tangan dia, terus pandang makanan, terus ilang mood, terus rasa cam nak nangis. Aku pandang ciput, dia gosok2 belakang aku. Aku tahu dia tahu perasaan aku time tu. Dia coolkan aku. Di luar aku senyum, tapi dalam hati dan minda, aku hanya pikirkan azah. Sedih tengok badan dia yang dah surut, sedih tengok dia menangis, sedih tengok dia sakit, sedih sebab tak dapat nak sama2 harung dengan dia, sedih semuanya…
Mungkin aku down sebab itu.
Dan skang pun aku tengah sedih mengenangkan dia, haihhhhhhhh…
Okla, aku stop kat sini… cam dah emo balik, huhu…