Instagram

Tolong Saya

Aku ada masalah besar nie...

Bulan depan, 3 member aku nak kawin... 2 orang budak taj, sorang lagi budak uum. Tapi aku ketandusan idea la weiii.. Biasa la kan, member kalau kawin, pastu buat kenduri bagai... takkan la nak pergi dengan tangan kosong ajer. Mesti la nak kena ada hadiah, baru meletopppp...

Setiap kali nak pergi kenduri, tiap kali tu lah kepala aku fenin2 pikir nak beli hadiah. Nak beli yang best2 ajer, hehe...

Kesimpulannya skang, aku tak tahu nak beli hadiah apa kat kawan2 aku. Jadi... Tolonglah bagi idea kat aku, plzzzzz??? korang la kawan2 blog yang sangat aku sayangi, dunia akhirat... (sampai cam2 sekali, huhu)

Semua Dalam Satu

Tadi aku keluar lunch dengan ex-opismateku, Yana... lama tak jumpa okey... ada la dalam sebulan. Jadi tadi kami pergi makan kat bidara. Tapi... sebelum itu aku teman dia hantar baju sponsor kat Converse Sunway Piramid.

Lepas hantar baju, terus berdesuppp ke parking. Takder nye nak singgah2 kejap kat kedai2 baju... ngeh ngeh ngeh... wpun hatiku sungguh memberontak sekali. Ish...

Bila sesi makan bermula, macam2 gosip kuar. Ni gosip pasal member2 futsal plak, haihhhhhh... macam2 hal okey...

Dia ini begini la, dia itu begitu la... dah la gosip opis tak abish lagi, di tambah plak dengan gosip member2 plaks. Nasib baik tak kena pada aku wei... kalau tak, memang perang dunia ke doploh meletop punyelah...

Sabar ajer la ye yana oii...

******************************

Aku dah gemuk berisi, sob sob sob...

Tak suka betul. Perut pun dah buncit, lemak sana sini... ni yang malas nak pakai baju kecik2 nie, busuk betul lah!!! Ni semua, ciput punye pasal ar nie... Dia suka paksa2 aku makan tau. Takpe, mulai minggu depan, aku nak pose. (Azam tu penting kan!!!) Tapi... aku dah terasa2 cam nak period ajer nie, oh...

**********************

Semalam aku balik awal. Kul 5 dah kuar opis. Tapi aku dah bagitau bos eks... Bos kasik, la la la~. Sebab musabab aku kuar awal, sebab nak pergi sportplanet ampang jumpa ciput. Dia ada futsal kat sana. Jalan ok la, tak la jem sangat. Tapi sempat la aku stuck sampai 15 minit tak gerak2 sebab polis traffic. Jadi aku sempat snap gambar awan, hik hik hik...


Lepas tu kami jalan2 kat Leisure Mall. Ciput belikan aku 3 pasang subang. Huhu... ala, 3 - RM10 ajer. Tengok, aku bukanlah gf yang hanya suka dibelikan barang2 yang mahal sahaja (tapi kalau mahal pun best sebenarnya, upsssss), benda murah pun aku tak kisah yang penting chantik... balik2 terus aku test, sesuai uuu... tapi idak la pulak aku nak upload kat sini, malu... hehe...

**********************

Oh lupa... yana cakap, nanti kalau ada event yang melibatkan shawal.. dia nak bawak aku. Indahnyaaaa... Tapi, bila la eks... huhu... A go go... (sambil tangan kanan dilibaskan mengereng ke atas)

Kongsi Bersama Dengan Orang Single

Khas untuk mereka yang single belum berkahwin

Artikel nie aku just copy paste dari email. Mungkin korang ada jugaks terima email nie, tapi yang belum boleh la baca melalui aku. Saje nak kongsi2 dengan orang2 yang masing single.

Dan ofcoz la orang yang single dan lanjut usia katanya... akan selalu terima soalan2 seperti;

"Bila nak kawin??? umur dah bape nie??? adik ko pun dah kawin"
"Bf takder ke? umur dah tutttttttttttt... pun takder bf ker???"
"Korang bila lagi nak kawin, bercinta dah lama... tak kawin2 pun"
dll

Mesti pressure kan, kalau boleh nak carik laki/bini sekarang jugak (tangkap muat la nie) dan kalau boleh nak paksa pasangan suh masuk minang kawin cepat2 sebab dah tak tahan dengan mulut2 orang yang suka perli2 nie.

Jadi... artikel nie boleh la buat kita rasa lega. Tak salah kawin lambat apa... kan kan kan...

Renungkanlah sedalam-dalamnya..……

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Renung2kan dan selamat beramal, (ala2 ustaz dalam hotFM tu, huhu...)

p/s: Kalau akak2 aku ada baca entry nie... atam nak bagitau, yang atam tak kisah pon korang perli2 atam, dah biasa... huhu... x pressure langsung. Harap maklum. (ada ayat cam orang kecik ati tak, takder kan... bagus...)

A Go Go

Serius, teruja ghila aku tengok si a go go nie... haihhhhh... hensemnya!!!

Dah macam pelakon hero korea plak kan, aku ada macam heroin korea tak??? hehe...


I Miss Azah

Hari ni entry - merindui seseorang, harap maklum...

Jadi... Saya sangat rindukan gadis ini...


Aku tahu, skang dia menghadapi saat2 getir dalam hidup dia. Dan aku tak ada kat sisi dia di saat dia memerlukan rakan orang tersayang berada bersama2 menempuhi apa yang dia hadapi rasai.

Wpun begitu, aku sentiasa ingat kat dia dan harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, isy...

Hidup ini umpama roda, kadang2 kita berada di atas dan kadang kala kita mungkin berada di bawah. Semoga dia menghadapi semua dugaan yang di beri oleh NYA dengan tabah dan tenang.

:-)

Sms baru2 ni bersama dia membuatkan aku tersenyum;

'Aku mula belajar menyukai apa yang ko suka, itu je caranya untuk menghargai dan memahami kawan seperti ko'

Oh... aku terharu...

Aku sayang dia sangat...

Drama + Gosip

Hari nie aku nak citer pasal gosip2 kat opis aku... Tapi ianya sudah menjadi sahih... tidak lagi gosip, tetapi kejadian yang sebenar, syiok dan tak sangka betul lah...

Yang bercerita;

Pencerita pertama: Intan (bukan nama sebenar)
Pencerita kedua: Ain (sama seperti di atas)

Yang mendengar: Aku ler

Ok... begini kisahnya...

Ada 2 kisah yang aku nak ceritakan...

Kes Pertama

Pelakon utama: *Zuka (bukan nama sebenar okey)

*Zuka dah bekerja kat opis nie as akauntan selama setahun++. Sejak dia bekerja, bagi aku dia okey ajer. Sebab aku nie kan malas nak campur orang sangat. Lantak ko la kan nak buat apa pon. Tapi aku tahu la jugak serba sedikit tentang zuka nie. Dan aku pun pernah la menolong dia serba sedikit kemampuan aku.

*Zuka nie baru berumur 21tahun, budak lagi... maknanya, masa dia masuk opis nie... umur dia baru 20 tahun. Lebih kurang sebulan dia bekerja, dia amik cuti sebab nak bernikah katanya... Oh.. ok, baguslah nak kawin2 nie kan...

stop....

Dipendekkan cerita,

Dua2 pencerita2 nie cerita kat aku yang *zuka diberhentikan kerja atas sebeb2 tertentu. Kuat menipu dan dikatakan cuba untuk mesonglap (buat cek untuk diri sendiri tanpa pengetahuan boss besar) duit syarikat.

Dan dipendekkan cerita lagi, pencerita pertama iaitu *intan, satu rumah dengan si *zuka. Maknanya, segala aktiviti si *zuka nie... *intan ni selalu tengok. Tapi *intan nie jenis tak suka bercerita2 sangat kat orang. Sebab dia nie bukan jenis bawak mulut. Wpun *zuka ada memburuk2an dia kat semua budak akauntan yang ada... *Intan ni tetap senyap.

Sampailah satu hari, mereka2 telah dihalau oleh tuan rumah sebab *zuka tak bayar duit sewa, padahal *intan dah bayar kat *zuka bahagian dia.

Yang tak bestnya, *zuka canang kat orang lain yang sebenarnya dia saje2 nak pindah rumah dan memburuk2kan nama si *Intan itu. Mestila minah tu hangin kan... "Dah la ko yang menyebabkan aku kena halau, pastu ko buruk2an lagi aku sampai semua budak2 kat akaun department taknak cakap dengan aku, tak boleh jadi!!!"

Baru la terbongkar akan cerita misteri itu...

Yang paling best sekali bila *intan tanya kat aku;

*Intan: Ira percaya ke *zuka tu dah kawin???
Aku: Nape, dia tak kawin lagi ker?
Intan: *Intan tak caya dia kawin... yela, *intan kan duduk satu rumah dengan dia, hari2 *intan tengok *zuka tu.
Aku: Maksud *Intan???

Yang nie aku bukanlah nak fitnah kan, tapi citer ni belum sahih... mengikut *intan, kenapa dia tak percaya yang *zuka nie dah kawin sebab... bukti2 yang mengatakan dia dah kawin semuanya takder.

Bila *intan tanya kat zuka;

"Mana surat nikah *zuka???" Erm... surat nikah tinggal kat kampung
Boleh cam2??? surat2 nikah mana leh tinggal2. Kena la simpan kan...

"Tengok cincin nikah *zuka..." Cincin rosak la, gi baiki...
Ish... bape lama baiki da...

"Gambar nikah *zuka ada tak, nak tengok lah..." Gambar nikah semua kat kampung lah...
Apakah??? kita kalau dah nikah, gambar mesti nak tunjuk kat orang kan, erm.. peliks...

penipuan2 yang lain;


  • Sijil kursus kawin pun dia tak tahu camne bentuknya, siap tanya lagi kat *intan apa yang ustaz akan tanya dan cakap masa kat kursus kawin, boleh cam2.. padahal orang dah kawin, mestilah tahu semua tu kan.
  • Dia cakap hantaran dia dalam rm8000. Nikah kat pahang, semua mak mertua yang handle. Aku rasa lah kan, orang yang nikah ala2 kadar nie, takder duit2 hantaran segala. Duit hantaran mengalahkan orang yang buat majlis sanding, tapi bila tanya gambar... takder plak... tak ke kelakar tu. Nasib baik tak tanya mas kawin bape, kalau tak confirm dia menggelabah nak menjawab apa.
  • Aku konpius mak and bapak mertua duduk kat mana, mula2 dia cakap kat kuantan... pastu tetiba ada kat selangor plak... ish...
  • Dia cakap mak mertua dia tak suka dia, tak restu dia kawin. Tapi kalau mak mertua tak restu, kenapa plak mak mertua dia yang handle semua perkahwinan dia kan... tak logiks
  • *Intan cakap, 'husband' dia tak pernah tido kat rumah. Sebab setiap jam 12tgh malam ke atas, 'husband' dia akan kuar dari rumah itu. Maknanya, 'husband' dia balik umah mak dia la kan. Takkan la ada wife lain plak kot, hik hik hik... sebab 'husband' dia tu sebaya ngan dia. Budak2 lagi...
Kesimpulannya... dia dah kawin ke belum??? nampak cam belum kan??? tapi tak tahu la ada kes lain kan.

Aku bukan apa, kalau ko tak kawin sekalipun pastu duduk sekali ngan lelaki. Aku kisah apa... bukan aku duk sekali ngan ko pun, jadi tak baik ooo menipu semua budak opis. Tak logik kenapa ko nak menipu.

Mungkin dia nak tunjuk yang dia tu baik kot...

Dia bukan diberhentikan atas sebab menipu tapi diberhentikan atas sebab untuk berhati2. Yela, takut dia buat hal lagi dan berjaya mesonglap duit2 opis. Kan ke naya tu...

Kes Kedua

Pelakon utama: *Yin

*Yin nie kerja sebagai admin kat holdings. Wpun kerja admin nie tak la susah mana, hanya bz pada masa tertentu dan senang selalu. So, dia selalu amik kesempatan masa senang tu dengan keluar dengan BF dia senantiasa.

Ok... *yin ni dah kerja dalam 2tahun++. Umur dia 24 tahun. Umur2 cam2, mestila ada bf kan. muahahaha... Dia nie, jenis melawa skit kat opis. Sentiasa vouge... Yela... dah hari2 jumpa bf kan. Tak kisah la ko nak lunch dengan bf pun. Tapi berpada2 la jugaks. Meh aku kasik tahu skit, kenapa la semua orang menyampah dengan dia nie...

Hari2 masuk opis jam 11 ke atas, padahal umah dia dekat ajer. Sebelah opis nie ajer. Pastu, acara wajib dia setiap hari... pergi bfast (tapi ni kadang2). Kalau bfast sekejap takpe, nie dah macam waktu lunch plak tu. Pas bfast, kat opis... tak tahu lah dia buat apa... tapi... jam 1 hilang lagi... pergi lunch plak. Yang nie kadang2 lunchnya sampai kul 3 4 petang okay. Tak pernah dia lunch 1 jam ajer. Wajib 2 3 jam sebab dia kuar ngan bf dia merendak tak tentu pasal.

Pastu dia selalu keluar waktu opis pergi jalan2. Tapi bagitau kat capt pergi klinik lah, hantar mak pergi sana lah, pegi sini lah, so banyaklah alasan dia sampai lah satu hari pernah terkantoi dengan si *Ain.

Memang menggelabah la si *Yin itu.

"Ok, aku tahu kadang2 aku pun kuar merendek time opis, tapi aku takpe... aku sebulan sekali ajer. la la la~. Dan aku di bahagian lagi, kerja aku setel... orang tak bising..."

*Ain nie secretary capt. Jadik sape yang terkantoi dengan dia memang nahas ler... memang dia akan bagitau capt punyelah, tambah2 si *yin. Dorang dah la masing2 tak suka sama tak suka.

Satu hari tu, capt masuk opis dengan muka bengis... dia takder mood kot time tu. Masuk2 opis terus suh *yin masuk bilik dia. Rupenya dia marah2 dan nak pecat si yin masa tu jugaks, ghila ar... 1st time okay capt tu nak pecat staff. Sebelum nie dia tak pernah nak pecat orang sebab dia nie jenis tak sampai hati. So orang2 yang jadi mangsa untuk memecat orang adalah aku, Linda, dan *Ain. Erm...

Tapi.........

Di sebabkan *yin tu merayu dan menangis tak hingat depan capt. Akhirnya, capt kasik lagi satu peluang kat dia.

Aku dah agak dah. Yang *Ain tu memang hangin la, sebab dia tak suka ghila *yin tu. Lantak korang la, aku pun tak suka jugak *yin itu, tapi bila capt nak pecat dia... cam kesian la plak kan. Bagus la bagi peluang lagi.

Itu ajer Gosip + Drama Opis aku kali nie. Huhu...

Erk... aku tahu cam ntah apa2 ntah aku citer pasal orang lain, tapi cam best plak nak citer... hangat nie.. untuk diri sendiri lah, huhu... Tengok, tak semua orang kita boleh percaya. Mula2 kita ingatkan dia baik, rupenya dia la yang paling keji, haihhhh... so hati2 la memilih kawan okay. Jangan sampai jumpa kawan yang suka main tikam2 nie, tak sesuai...

Aku bosan gila hari nie, nak kuar awal boleh???

Muahahaha..........

Masa Untuk Diri Sendiri

Ceera:

Lepas kerja aku balik umah terus....

Ciput:

Lepas kerja dia jumpa Dida (kawan pompuan dia dari sek rendah, katanya...)dan pergi makan2 + minum2 + lepak2 kat Hard Rock. Macam best kan??? huhu...

Dia ajak aku ikut sekali, tapi macam malas pulak nak pergi sebab dah bape hari aku balik lewat. Kang tak pasal2 kena maki ngan mak bapak aku. Jadi, malam nie elok sangatlah aku balik umah awal.

Padahal;
  • Aku cam ala2 segan ajer nak pergi jumpa Dida tu, hik hik hik... padahal dah pernah jumpa sekali, dulu...
  • Aku pakai baju kurung hari nie, apa barang masuk HR pakai baju kurung. (Aku pernah sekali masuk sana pakai baju kurung, masa tu aku masih jadi reporter, ada event AIM. Cam kelakar pon ada, =P)
  • Aku rasa better mereka jumpa berdua, so... leh la Dida tu citer macam2 skit. Kang kalau aku ada... mesti terbatas plak citer2 dia kan.
Kesimpulannya....

Aku boleh rehat2 malam nie, sebab besok ada agenda lain dengan si monster itu...

BF Saya Ghila

Semalam ciput Ghila...

Otw masa hantar dia balik umah (wpun dia yang drive), mulut dia tak henti2 bercakap sampai aku terdiam dan malas nak layan dia bercakap. Serius gila... Rimas okey... kalau layan dia borak2 ok lagi. Tapi ni tahap yang kronik gila, nampak sangat tak betulnya... urgh... bila dengar lagu rancak, tetiba joget sana sini... kalau bum tu kecik takpe jugak, hehe... kutuk tak hingat plak aku nie, =P

Perasaan aku tika itu;
  • Rasa cam nak lempang2
  • Gigit2 bahu dia
  • Diam....... bising tau tak???
  • Boleh tak sayang ku yang bucuk... jangan macam nie, kang suh kuar dari keta balik naik teksi baru tahu
  • Erk... baik aku jangan layan dia nie
  • Buat2 tido la...
  • Rimas ghilasssssss...
  • Macam nak hentak2 kepala sendiri kat cermin keta, kalau itu boleh buat dia diam la, muahahaha
So, sepanjang perjalanan aku diam ajer... malas nak layan kegilaan dia itu. Dalam hati memang tak sabar nak sampai umah dia, campak dia kuar dan berdesupppp balik. Indah betul, muahahaha... keji skit la, tapi ok wat??? sape suh jadi ghila tiba2.Sebab2 dia jadi ghila;

  • Penat sangat
  • Ngantuk sangat
  • Kenyang sangat
  • Sindrom demam dia dah sampai
  • Memang gila sangat
Dia tahu aku rimas, dan dia tahu dia gila.. sebelum sampai umah dia, sempat lagi dia cakap...

"Lepas B sampai, kereta nie akan kembali menjadi sunyi sepi, tunggu ye... kejap ajer lagi. Tau ayang dah tak sabar..."

Huhu... tahu pong...

Hujan + Jem, (Tak Habis-Habis)

Ingatkan hari nie leh sampai b4 10. Rupenya angan2 ku itu hampeh belaka bila jem menguasai jalan dari sebelum tol sunway sampai ler ke opis aku dan seterusnya. Mengikut radio era, jalan ldp dan seangkatan dengannya memang jem. Aku tak tahu la kalau ada eksiden kat Damansara ke kat mana ke. Tapi sepanjangan aku melalui jem tu, aku tak nampak pon ada keta rosak kat tengah2 jalan ke, atau eksiden. Maknanya... memang jauh lagi le jem itu. Nasib baik la i dah sampai uuu, senang hatiku.

Erk.... sakit kaki...

Semalam lagi dasyat... kan aku kuar awal kan, dalam jam 5. Ingatkan boleh la sampai sportplanet ampang dalam 6lebih. Tapi... sangkaan ku meleset bila aku dah dalam keta sambil dengar2 lagu. Yes... masa aku kuar opis, cuaca memang gelap... tapi biasa la kan gelap2 nie, ada panas2 skit lagi okey... Tapi bila dah sampai kinrara, mata aku dongak ajer kat atas tengok awan, pergh..... giler gelap ok... scary...

Pastu tengok keta kat laluan bertentangan, kebanyakkannya dah pasang lampu. Oh... mesti hujan kat depan tu. Memang betul... Sampai2 ajer depan astro, hujan kaw kaw habis.... Takutttttttt.... dah tak boleh nak patah balik dah, huhu...

Dah la lebat ghilassss... upkan lagi takut aku dengan angin sana sini. Berterbangan daun2 kena keta aku, ish... sebelah aku nie pokok, kang tumbang tak pasal2. Lari.....

Guruh petir jangan cakap la... berlawan2 lagi. Sampai bergegar2 la keta aku (perasaan aku ajer nie).

Bila Hujan Lebat = Jalan Confirm Jem
Sebab apa???
Sebab Banjir... Ya, itu sebab la...

Bila aku dah sampai mrr2, jalan kat Bandar Tasik Selatan nie memang kaya dengan banjir jalan. So aku dah tahu kat belah mana yang akan banjir. Mula2 sebelum selekoh tu akan ada banjir, jadi semua keta akan lari sebelah kanan. Bila dah setel kat situ, depan lrt BTS pun akan ada banjir. Jadi semua keta akan lari pulak kat sebelah kiri. Depan skit sebelum naik bukit (Ala sebelah kiri ada jerat sina tu), kat situ pun ada banjir skit. So, semua keta akan lari sebelah kanan pulaksssss... Tengok, betapa banyaknye banjir. Dan betapa lama nye aku bertapa dalam keta. Dengan minyak aku dah blink2. Urghhhh... tak suke... Berpeluh2 makcik dalam keta, sebab takut kot2 tetiba minyak habis... padahal benda tu psycho aku ajer lebih, budusssssssssss...

Sampai kat kawasan umah aku terus aku isi full minyak, puas hati aku... ko takleh psycho aku lebih2. Huhu... Last2 aku sampai ampang kul 7. Erm.... 2 jam perjalanan okey, sabor ajer la...

Kekenyangan :-)

Syukur Alhamdulillah....

Aku baru ajer lepas merasai nikmat dunia iaitu Makan...

Ghila lapar tahan gaban aku hari nie, siap menggigil2 lagi... ish... Mulanya malas nak turun beli makanan, tetiba... badan aku terasa lain macam. Terus aku turun tapau nasi paprik dengan limau ais.

Siap aku pandang2 tajam kat tukang masak tu, dengan harapan dia masak cepat2 makanan aku... dan yes, tak lama lepas tu, makanan aku siap. Nampak sangat aku lapar kan??? gegege... (sebenarnya tak ramai orang, kul 2.45 mana ada orang makan sangat dah)

Lepas bayar terus aku bergegas balik opis dan makan. Sedap ghila okey, pastu skang dah kenyang tak hingat. Memang licin lah aku makan, hanya tinggal serai, daun limau purut dan carrot. Sori... aku tak makan carrot yang dah di masak, tak suka... Cili2 pun aku bedal, memang selera lah...

Uit.. lambat lagi nak pukul 5 ker??? Apakah....

Sengal Sudah Kembali

Aku boring ghilaaaaaaaaaaa...

Hari ni aku bercita2 nak kuar awal. Sebab nak pergi tengok ciput main futsal... Ya... aku tahu, itu pun boring gaksss.. tapi sekurang2nya tak la berapa sangap kan... dari aku tercongok sorang2 kat opis nie. Betul tak????

Kerja aku yang berlambak2 tu dah siap la pulak, urghhhhhhhhhhh... menyesal aku siapkan awal2. Tengok.... skang dah tak tahu nak buat apa. Nak tengok movie, segala menatang tu tak siap dload lagi. Ish... nak main game, dah boring sangat laks... nak update lebih2, cam tak berapa ada mood. Padahal, ada benda nak citer nie. Ish...

Benti sini ajer la.

Tapi yang penting, aku pulang awal ini hari, yahooooooooooo...

Jangan bagitau bos aku tau, hik hik hik... tak abis abis....

Mandi Manda

Aku kena sound ngan Peeja (aku pun nak promote nama ko jugaks la, boleh???). Jadi... sepantas kilat aku transfer gambar2 dalam hp aku ke PC, kata nak upload gambar baru dalam new post... hik hik hik...

Dipendekkan citer, sabtu lepas aku pergi...


Cuba teka kat mana????

1.

2..

3...

Prieeeetttttttttttt... masa sudah tamat...

Jawapannya adalah.... Sunway Lagoon, wuhuuuuuuuuuuuuu

Best ooo... aku mandi manda di waktu panas, la la la~ nasib la tak la panas sangat. Kalau tak haruslah aku meraung dan mengenang nasib sampai doploh minggu. *Aku tak suka mandi laut dan segala jenis tempat mandi mana, kecuali sungai disebabkan oleh kulit aku nie yang cepat bertukar menjadi merah dan hitam, mau sampai tahun depan baru nak kembali kepada kulit yang asal, huhu...

Sabtu lepas, bila dah berendam... serius macam dah taknak kuar dari air ajer... best betul. Cuaca pun layann... kejap2 panas, kejap2 hujan. Jadi... kulit aku pun tak sempat nak gelap, sukanya....

Kenapa tetiba aku ke sunway lagoon, 1st time tu... korang pernah pergi ker???

Sebenarnya begini;

Company ciput ada Family Day kat sana, jadi aku pun sibuk2 suruh ciput bawak aku padahal aku nie bukanlah wife dia. Company dia kedekut tau, cuma wife and anak2 ajer leh ikut, gf, bf, mak, abah, adik lelaki, adik pompuan... semua takleh ikut, ntah apa2 ntah... hehe... suka2 aku ajer..

Disebabkan aku mengeletek jugak nak pergi, aku decide untuk pergi sendiri2 dan bayar tiket sendiri, masuk sendiri dan carik pintu masuk sunway lagoon sendiri, (sangatlah hebat okey). Aku cakap dengan ciput aku nak tolak dari rumah jam 10. Dia plak dah ada kat sana dalam jam 8am. Bila aku tercelik ajer dari tido, terus aku siap. Excited giler nak pergi mandi manda nie.

Ciput sms aku, dia kata kalau nak bertolak kol dia. So... bila aku dah cun cun duduk dalam keta, aku pun kol la... boleh plak pakcik tu tak angkat phone aku, kesabaran betul la. Tapi... aku tetap pikir yang +ve wpun dalam hati aku, "mamat nie serius tuttttt... dah tentu2 tahu aku nak ke sana, alert la skit dengan phone tu, betul tak???"

Aku pun taknak la bawak laju2 (60km/j aje dengan jalan tak jem, ish...) sebab ciput dari tadi tak angkat tepon aku. Tapi tersampai awal jugak kat sunway piramid tu. Punyelah bangga dengan diri sendiri sebab aku parking cun cun depan pintu masuk nak ke sunway lagoon kalau ikut basement sunway piramid, bagus...

Bila dah siap2 semua, ciput still tak angkat phone. Tu yang aku sempat snap beberapa gambar permandangan dari atas, yang leh view satu lagoon tu. Tapi aku tetap bersabar dan think +ve. Jadi berjalan2 bodoh la aku kat sunway piramid tanpa arah tujuan. Sambil menunggu pakcik tu kol aku balik. Alih2 jam 11.30 baru dia kol. Memang tepat2 sejam la aku menunggu dia. Aku memang penyabar, angkat tepon pun tak marah okey... kagum kagum... (mungkin sebab aku tak sabar nak mandi kot, hik hik hik)

Tiket masuk = RM45

Masuk aje pintu masuk tu. Aku kol ciput, dia pun datang amik aku. Yela, tempat tu kan besar, mau sesat aku kalau suka2 aku jalan2 kat situ. Tapi mujurlah ada pak guard tu kasik aku map, tetiba terasa cam masuk explorace, boleh???

Bila dah nampak kolam yang besar lagi biru itu, terus aku nak tukar seluar cepat. Sampai Ciput suh aku makan dulu pun aku cakap tak nak. Nanti2 pun boleh makan... hahaha... serius tak sabar nak berendam. Nak nak plak tengah redup, lagi la aku tak sabar kan..

Bermandi manda la kami bersama2 dengan gumbira, ok stop... mandi2 sampai sini ajer, yang lain rahsia, hehe... apakah???

Macam2 permainan air ada, ciput sibuk nak main yang naik pelampung pastu masuk dalam terowong tu, apa ntah nama permainan tu. Scary ok... kalau yang kona2 tu tak la takut sangat, tapi yang terowong lurus tu, memang la melemahkan jantung ku... Macam naik roller coaster okey... Sekali ajer aku main, taknak ulang banyak kali. Malas nak beratur. (padahal takut)

Masuk tengahari, aku lepak2 makan kat bawah2 pokok dengan opismate ciput sambil tersipu2 malu, hehe...

Lepas kenyap, aku ajak ciput pergi mandi manda lagi...

Dah kul 3 baru aku rasa letih, so aku ajak ciput tukar baju. Tapi kami belum nak balik lagi, sebab ciput nak naik permainan yang scary2 itu. Mula2 dia nak naik sampan terbang, (boleh panggil sampan terbang???) Aku taknak main, tapi kena paksa dengan kuasa pujukan yang tak boleh aku halang. Ish... Dia cakap benda tu tak berpusing, aku pun bodoh pergi percaya... rupe2nya berpusing sampai 4 kali, ghila tak ghila... lepas nie, aku takmo main lagi!!!!!!!!! takut!!!!!!!!!!! Lepas tu dia nak main benda pusing2 lagi, tapi carik2 tak jumpa. Sebab tak tahu pintu masuk dia tang mana. Lagipun hari makin hujan, jadi banyakla permainan yang dah stop.



Aku pun ajak la ciput balik, penat dan ngantuk. Tak ingat benda lain dah, ingat kat katil ajer... Sampai umah, aku terus washup2. Tunggu ciput kol, borak2 kejap terus tido sampai besok pagi. Indah seh....

Pagi Semua

Hari jumaat lepas, aku memang tak dapat nak update... kerja banyak gilersss. Dan la banyak kerja, pastu aku terpaksa layan budak2 JB berchatting plak, hehe... Jadi, aku decide untuk tidak mengupdate. Kasi senyap la sebentar.

Dan skang, aku kembali untuk membuat menyambung kerja2 aku yang tergendala... petang2 skit baru aku update okey...

Banyak cite nak kongsi nie, gambar pun ada nak upload... la la la~

Ghila arrr... bukan selalu berbz-bz an nie, peliksssssss....

Jaja Wajah

Merenung masa depan gitu...

"Camne la kehidupan aku akan datang???" Kata aku dalam hati

Hahahahaha...

Cik Dia, ini la baju yang saya beli hari tu??? chantik tak??? i suka color hijau tu... tapi pink kan aku kureng skit, tapi ciput suh amik gaks sebab dia suka color baju tu. Untuk menyedapkan hati dan pemandangan kekasih tercinta, saya pun amik la jugeks. Tapi i like dengan cutting dan keseksian yang hanya di pandangan atas. Seksi nak tak nak gitu, hik hik hik...



Takut!!!

Uishhh... seram i okey...

Hujan kat luar tu... Dengan guruh, petir, hujan, angin... semuanya bercampur menjadi satu. Rasa nak peluk2 pc yang ada kat sini, nak peluk ros aku cam takleh nak lepas keyboard nie... camne???

Disarankan kepada kawan2 ku, masa hujan2 lebat camnie. Jangan la korang gediks nak kuar and drive. Bahaya tau... nanti kalau apa2 jadi, sapa yang susah... korang jugaks...

Apa eks "ayat" yang orang biasa guna tengah hujan2 lebat camni??? ada sapa2 tahu tak??? sebelum nie kawan aku ada kasi, tapi malas plak nak hafal... skang nie cam wajib hafal ajer, hari2 hujan... sape tak seram...

Dalam Golongan Apa Ya???

Ini statement buat aku pecah perut yang terlampau... Dan buat aku terpikir aku dalam golongan mana, rasanya yang 1st kot, la la la~

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..

Awek cun + balak hensem <---- Aku la nie, huhu...
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..Group of girls + 1 guySelalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi <---- Aku jugeks la nie, hik hik hik...
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..

Hahaha... keji kan???

Gelang Tenaga

Semalam ciput singgah opis aku, rindu katanya... hehe... Jadi sebelum balik umah, kami jalan2 kat OU. Dan ciput belikan aku gelang titanium, la la la~

Tapi bukanlah titanium yang betul2, itu mahu abis 800 hinggit tu, cukupla sekadar gelang plastik yang ada serbuk2 titanium. Nice gaks apa... i amik color putih lagi, nak ijau takder... putih pun jadilah...

Lepas nie, confirm badan aku tak sakit2 lagi sebab ada gelang ni kasik tenaga, yeke??? haha... sukak2 ajer. Tapi itu la yang dia cakap. Sampai malam tadi aku tido pun tak tanggal gelang tu kat tangan, dengan harapan kot2 bila bangun pagi... badan2 aku nie, kurang skit sakitnya, haha... ntah apa2 ntah. Tapi buat masa nie... rasa sama ajer, apakah???

Indahnya kalau betul2 terjadikan...

Confirm khidmat kedai urut dah tak guna lagi lepas tu, superb...

Inilah yang kami beli kat kedai itu, satu rantai tuk ciput sendiri dan 2 gelang. Satu untuk aku dan satu lagi untuk adik ciput, efi

jeng jeng jeng... nice tak? nampak cam gelang mainan kan, tapi kasik tenaga u... Dah beli terus pakai, excited skit.

Leparking Dengan Member Lama

Hari nie aku tetap nak update blog, tak kira la kerja tengah banyak ker... aku tetap nak update blog aku. Takpe... petang2 skit boleh sambung buat kerja, tapi ini blog kalau aku tak singgah sangatlah sakit jiwa ragaku, huhu...

Ini update tuk citer hari ahad, keji kan... dah hari rabu baru sebok nak citer pasal ahad lepas, oh aku bz...


********************

Ahad hari tu, aku di paksa untuk join member2 UUM aku tuk main bowling kat Mines (dipaksa katanya... padahal rela, hehe...) Berjanjilah kami kat sana dalam jam 11. Di sebabkan mines dekat ajer dengan umah aku, aku dengan bangganya kuar pukul 10.50. Lagipun aku malas nak datang awal2 sangat, dah la sorang2... kang tak pasal2 aku melanggok bodoh menunggu orang lain. Jadi bila kuar lambat, dengan harapan bebudak lain dah sampai dulu lah. Nasib baik ler... memang betul harapan aku tu, bagus...


Berlepak la kami menunggu sampai jam 11.30, Bila semua dah sampai, (aku, meor, zul, zue, azri, ell, sham "adik zul", sorang lagi gurl... tak ingat nama dia) baru la kami start main bowling... Sebelum tu aku nak bagitau, aku nie mmg tak pandai main eks, hehe... tak minat ar baling2 bola cam2, sakit tangan uuu... Tapi sakit2 tangan cam2, boleh gaks la habiskan 3 game, apakah??? ghila la dorang... mendera sungguh!!!

Tapi yang penting enjoy wpun bola selalu masuk longkang, hehe...

Lepas abis main, aku ingat nak shopping terus kat mines. Sekali bebudak lelaki ajak pergi mandi sungai. Ha a... mandi la sangat dengan aku tak bawak apa2 baju semua... Suka buat planning last minute, geram betul rasanya... Dorang siap cakap;

*Ala... apa guna gaji riban2 kalau takleh nak beli baju untuk mandi... berlambak2 tu... kedai baju kat sini, siap ada less lagi.

**Yela sangat.. aku nie pompuan, kalau nak mandi kena beli segala barangan dalaman semua. Lelaki senang ar citer, beli boxer pun dah boleh mandi. Hampesss....

Keji...

Last sekali aku ikut ajer sebab kesian plak zue sorang pompuan yang ada. So aku tinggal keta kat situ, naik satu keta dengan zul. Mulanya rancang nak mandi kat Sungkai congkak, tetiba dorang nak pergi mandi air terjun kat sungai Tekala. 1st time gaks la aku sampai ke sana, tapi... air dia kotor skit. Tak la jernih mana, tapi still boleh mandi lagi la.

Di sebabkan dorang nak mandi air terjun, maka kena la mendaki skit. Ya Allah... bukan main tinggi lagi, dah la aku teman and saje2 datang. Best mandi confirm tak dapat, tapi penat memang kaw2 aku dapat.


Lepak kat air terjun tu kejap aje, sebab dengan hujan bagai + haus tak hingat.

Masa odw balik kami singgah amik gambar kat satu tasik, apa eks namanya.. empayar tekali kot... aku pun kureng pastu, tapi memang sangat nice la pandangan tu.

Pastu zul drop aku kat mines, tapi aku tak terus balik umah... sebab aku tak boleh tahan tengah baju2 yang ada. So, sempatla aku berjanji ngan ciput kat situ dan bershopping skit. Jadi... saya beli 2 baju dan sepasang kasut, yea... :-)

........

Aku tersangatlah Bz hari nie, langsung tak dapat nak update Blog, Tak sukak nya...

rindu rindu...

=(

KL Banjir - Malam 11 June 2007

Korang dah dapat dah email pasal KL banjir, kalau belum dapat takpe... sebab aku secara sukarelahatirajin telah mengupload kat dalam blog aku nie. So... amacam, dasyat tak??? wpun tak la sengeri JB banjir, tapi ngeri gaks la kalau tetiba korang ada dalam situasi nie... Nasib baik masa nie aku dah duk umah, keta pun kat umah.

Ish, tak dapek den nak bayangkan kalu den ada kat situ, habis semua harta bendaku musnah di telan dek air. Apakah???

Masa nie datangnya bantuan dekat Dataran Merdeka sebab ada orang cedera.

Dataran Merdeka sudah dibanjiri air

Jalan elok2, kang jatuh... lain kali malam2 duk umah ler... Jangan dok merayau, hehe

Ini pulak Hotel Concorde nye carpark. Sape park kat level bawah sekali, makan hati berulam jantung la wei... sedih melihat kereta sendiri di makan air.

Ini la suasana KL, bila sudah dibanjiri air.

Selamakan diri sebelum terlambat...

Itu nak masuk terowang smart tu, aku rasa confirm banjir dalam tu. Nampak cam ada air kan???

Kenal sangat tempat nie, kat Masjid Jamek la mana lagi.

Amaran: hujan2 camnie, janganla park kat mana2 yang berdekatan di Masjid Jamek ataupun kawasan yang berdekatan di situ, sebab memang bahaya ooo... Lagipun kawasan tu memang kerap banjir. Hujan lebat skit confirm banjir. Itu pun kalau korang sayang kereta korang la kan.

Suka Suka

Abg Luke nak kawin, yes yes... suke nya aku...

Tak sabar nak pergi wedding dia...

La la la~

Akhirnya... abang kesayangan aku nie kawin jugeks...

I like...

Happy ghila la skang, cam nak melompat dari tingkat 9 ke 1 ajer, huhu...

Memang Macam Tuttt

Dear Lovely Ceera

U r a very sweet lovely vibrant n sexy gal n i m overjoy to receive ur reply. I love to know u more intimately i m a very romantic man who loves to be with lovely gals like u.

me?

i m chinese n i love to be with malay gals. Pada saya gadis melayu ada la manis sekali di dunia...saya suka ciri2 lemah lembut, romantik, ramah dan manis yg berada di gadis2 yg sunnguh menggoda tu.... walau pun u kata u simple, i find that u r very love n charming, sungguh memikat. saya suka senyuman u yg manis.

I am a poetically romantic n sentimental person n i can see the beauty of a poem in ur lovely personality...n i do love to have a lovely love relationship with u

a poem from me 2 u

Lovely words
sweet words
for a lovely woman
words for her ears
word for her lovely heart
can i hold u my lovely gal
can i kiss u
kiss u on ur lips
ur neck
shoulders
ur lovely body
kissssss

love klaus

Boleh cam2??? orang lelaki skang makin ghila la aku rasa. Ni bukannye ikhlas, tapi sekadar seks semata2, tak suka okey... busuk betul!!!

*******************

Yang itu satu hal, ni plak ada lagi satu hal poyos...

Ada sorang mamat nie, aku pernah jumpa dia kat Finas kot. Aku tak ingat, tapi itu la yang dia kata. Dulu... dah memang kewajiban aku untuk menjaja aku nye name card. Jadi, agaknya bersepah2 la name card aku kat orang. Tapi takpela, sebab semua tu atas urusan kerja, aku harap takder la lebih pada itu.

Kat opis aku nie, memang la jarang tepon bunyi untuk bercakap dengan aku. Sebab aku tak suka orang call aku kat opis semata2 nak berborak2 atau nak menggatal dengan aku. Kalau nak call atas sebab personal, silalah tepon hp aku. Tapi kalau atas urusan opis kerja, aku sarankan tepon la opis aku. Disebabkan itu, memang jaranglah tepon berdering untuk bercakap dengan aku.

Kalau ada tu, memang peliks bin ajaib betul la.

Tapi mamat bengong nie, bila aku taknak angkat hp aku... dia mula la tepon opis aku. Aku dah tentu la angkat cam biasa ingatkan ada benda2 penting pasal opis. Sekali bila tanya sape, rupenya tuttttttt itu.

Dan aku pelik, kenapa la mamat ni bodoh sangat. Kalau ko dah tepon aku sampai doploh kali, pastu aku taknak angkat... maknanya aku memang taknak kawan layan ko lah. Itu pun tak paham2 ka??? jadi... kenapa mesti kau nak kol dan tanya aku soklan bodoh lagi.

Aku plak jenis tak suka orang psycho aku. Dan... boleh ajer kalau aku nak cakap,

* Boleh tak kau jangan tepon aku lagi... tak suka okey!!! atau...

* Hello... sape yang nak jumpa kuar dengan ko nie, giler perasan ko nie. atau...

* Saya dah ada bf, jadi tidak molek sekiranya saya keluar dengan orang yang saya tak kenal. atau...

* Boleh tak ko jangan kol aku lagi, rimas la bodoh!!! atau...

* Tuttttttttttt, letak tepon terus

Tapi aku nie jenis tak sampai hati la weiii nak buat semua tu, camne eks??? Sebab tu la dengan cara keji lain, aku just ignore tepon tu kalau berbunyi. Taknak angkat. Tapi mamat tu memang la tak paham2 bahasa, tu yang aku hangin tu. Takkan nak nak suh ciput maki dia plak kan, cam keji ajer.

Nanti tak pasal2 dia cakap, aku nie perasan... macam la dia nak ngurat aku, padahal dia tepon sebab saje nak berkawan ajer...

Ha a...

Tapi sibuk2 ajer ajak aku jumpa kat sini la, kat situ la.. bila aku cakap aku ada hal lain, boleh tak dia suh aku cancel ajer hal tu. Better jumpa dia, boleh??? dia ingat dia tu YB ke aku kena jumpa dia, bengong...

Kalau aku kenal ingat muka dia takpe jugak, masalahnya... bayang2 muka dia pun aku kureng pasti... camne tu??? tolong skit aku nak jumpa dia.

Semalam dia kol lagi, dan cam biasa aku pun tak angkat lagi. Dia sms aku, tanya nape aku tak angkat tepon dia, bodoh kan tak paham...

Sekian... sesi makian selasai

Kemeriahan

Ye... Hari ni aku nak citer skit pasal hari minggu aku. Nak kata syiok sangat takder la, tapi tak jugak sangap. Tapi aku ada banyak pict gaks nak kongsi ngan korang. Ini penting, hehe...

Sebelum tu, aku citer bab family aku dulu la... Tapi takleh nak ngumpat lebih2, sebab ada sorang minah nie... nanti dia kasik tahu kat minah2 yang lain apa yang aku tulis. Kang jadi bahan gosip kat rumah pulak, hampeh betul. Ni nak kasik amaran dulu kat minah itu;
Andak, ko jangan sebarnya atam punye url nie kat kakcik and kaklang. Susah nak ngumpat dorang kat dalam nie, haha... (Dalam hati, kasik la... kasik la...)

Sabtu lepas, umah aku macam nak pecah dengan kepulangan anak2 kesayangan mak, (andak and kakcik)

Andak, sebab apa dia jadi kesayangan pun aku tak tahu. Mungkin sebab dia best kot, best ker???

Kakcik, yang nie confirm aku tahu... sebab dia nie rajin, setiap kali balik ajer... dia confirm kena masuk dapur masak, bagus... sekurang2nya ada orang tolong mak aku kat dapur, nak harap aku talong... memang haremmmmmmm... sampai kakcik aku cakap apa tau,

Kakcik: Zack u tu bagus, dia la yang akan mewarisi kakcik nanti
Aku: Erm.. bagus la
Kakcik: Engkau nie, erm.. ikut perangai sape eks, akak kot.. Tapi akak tu rajin jugak, tak macam ko nie... Kakcik rasa ko nie pembawa kot kat anak2 buah ko.
Aku: Cissssssssssss... penghinaan, cukup2 penghinaan ni...

(andak tu doploh kali pemalas dari aku aper, muahahahaha)

Ada ke dia kata aku nie pembawa, tak guna betul. Dia ingat aku nie macam penyakit apo ada kes pembawa2... berengset!!!

Ok la, aku just nak publishkan gambar yang aku amik last weekend... cakap banyak tak guna, takut minah2 senget nie baca aku nye blog. la la la~

kakcik menunjukan gigi yang serupe madonna, jarang2 gitu, muahahaha...
Ni guna camera depan, tu yang gambar ala2 kabur gitu.

Erin ngan Merah, merah ala2 gaya model gitu,
yang belakang tu abaikan ajer... tak abis2 belek phone.


Yang tua2 lagi teruk dari budak2, tujuan aku nak amik
gambar merah ajer, yang lain sibuk menyelit


Kakcik cover senyum, yang lain sibuk dok usha nisa.

Erin malu2 nak amik gambar.

Andak ngan nisa, kan aku cakap andak aku gemuk.. tak caya.. muahaha

Wokey, itu untuk hari sabtu... belum ahad lagi, banyak lagi nie nak publish gambar, best best...
Aku stop kat sini dulu, petang skit baru update lagi...

Gosip Gosip Gosip

Seperti yang sedia maklum... aku memang tak berapa rapat dengan budak2 holdings and production. Sebab aku tak berapa suka dengan dorang, (suka2 hati ajer tak suka dengan orang, hehe). Paling2 pun aku hanya close dengan secretary capt, arien. So, semalam setelah dia kebosanan duduk kat holdings... dia pun datang la kat opis aku sebab tak tahan dengan umpatan budak2 yang tak puas hati dengan dia, gamaknya...

* Arien ni baru lagi jadi secretary, wpun baru capt cepat percaya kat dia. So... ramai la gadis2 yang berhati busuk yang tak berapa suka dengan dia

Jadi, semalam dia datang mengadu2 kat aku pasal gadis2 berhati busuk nie. Aku gelakkan ajer, sebab aku dah tau sangat perangai dorang. Sebab tu aku malas nak rapat sangat dengan budak2 hold and prod. Aku sanggup duduk opis sorang2 dari aku lepak n berborak2 dengan dorang tu.

Bila dah mula bersuara, macam2 cerita la yang aku dapat. Citer pasal budak nie la, budak tu la, huhu... bukan aku carik cerita, tapi cerita2 tu yang sampai kat aku. Tadah ajer la telinga, best apa bila masuk bab gosip2 opis nie, huhu...

Mula2 masuk kisah dia, pastu boleh plak masuk kisah aku dolu2. Ni yang tak syiok nie, tak suka... tak suka... Nasib baik ayat dia berupa begini...

"Aku dengar dulu ko rapat dengan tutttttt... Pastu orang kata dia suka kat ko eks???"

Aku tak tahu la ayat tu memang cam2 atau dia terbalikkan, ye la... mana la tahu sebenarnya orang cakap aku yang suka dia, tapi nak sedapkan hati aku punye pasal dia kasik la ayat cam2, tapi aku tak kesah mana2 pon.

Ini semua kes pasal aku pernah rapat dengan somebody masa dulu2 (bunyi cam dah lama sangat ajer). Tapi kini tidak lagi, kami seumpama musuh dalam diam. Aku tahu ramai yang pelik, dan ada jugak yang suka. Kepada yang suka itu, ambillah peluang yang sebaik mungkin skang kerana mungkin kau berpeluang. Sebab dah tentu dulu kau langsung tak berpeluang sebab kau tak cantik, muahahaha...

Yang pelik2 plak, tak perlu la nak pelik sangat... sebab dah tentu ko kenal akan lelaki yang sangat ramai perempuan itu. Dan aku hanyalah peneman sementara supaya dia tidak bosan. And yes... aku layankan ajer, mungkin sebab aku terpaksa, dan mungkin juga sebab...
  1. Dia selalu belanja aku makan, kebaikannya... aku takyah kuar duit sesen pon, ko jugak yang rugi
  2. Dia selalu hantar aku balik umah, kebaikannya... aku tak perlu susah payah naik public transport dan aku gaks boleh sampai umah awal. Bagus...
  3. Boleh menghilangkan bosan aku kat opis, itu lah kebaikannye jugaks
  4. Dia membuatkan ramai gadis yang busuk hati nie jeles ngan aku, sebab... aku cantik, haha...

Yang paling penting, aku tak pernah rugi apa2 pon. Dan aku tak pernah kol dia langsung. Silap la kalau kau ada hati nak main2kan perasaan aku. Salah orang okey!!! Aku tak pernah suka langsung dengan kau.

Dan aku jugak tak pernah nak berdendam dengan dia sebab aku rasa dia tak pernah buat salah/cakap kasar/buat taik kat aku. Cuma kadang2 dia mengguna psycho keji dia tu yang membuatkan aku rimas tahap dewa. Dan juga gadis2 di sekeliling dia yang jeles dan mengganggu ketenteraman hidup aku. Sebab tu la aku dengan dia perlu menjadi musuh, huhu.. perlu sangat.

Kini... hidup aku kat opis sangat la tenteram. Tiada yang menganggu, aku happy sangat. If aku terjejak kaki kat production. Aku akan pastikan yang aku singgah bersebab dan keluar secepat mungkin bila urusan dah setel. Aku taknak lama2 sebab aku tak suka.

Tetiba masuk citer pasal aku kan, muahahaha...

Aku sebenarnya nak citer pasal kisah2 gosip terbaru opis aku. Tapi cam tak sesuai plak nak canang kat sini. Jadi baik aku simpan sendiri2 ajer lah, tak elok okey cerita pasal orang, ngeh ngeh ngeh...

Oklah, nak sambung chat dengan gadis JB yang chantik nie...

Liriks

Lagu Elyana yang baru nie, meletop wa cakap lu. Tajuk dia Kau Dan Aku tak salah aku lah. Itupun secara kebetulan aku terdengar kat Muzik FM. Ish, suka betul aku dengar cara dia menyanyi... lain dari lain, catchy tu...

Lagipun kalau bawak karok, memang care.. goyang habis, hehe... (tak abis2 karok)

Kat sini aku nak sertakan sesuatu, hanya aku sorang yang tahu buat masa nie...

**** XXX****

Bagaimana bisaku melupakan mu
Pemilik waja yang meruntuni kalbu
Sekali tersenyum berzaman ku rindu
Dalam lena masih jua mimpikan mu

Semakin ku nafi semakin menjadi
Semakin ku lawan semakin tertawan
Sedar sedar hujang mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata

Tiap nafas mengutus ghairah dan rindu
Mendesak ku gadai maruah diri
Haruskah ku tunduk mengalah padamu
Sedang cinta menuntut ku menduga mu

Janji kan ku dapat
Biar kau ku rayu
Kerana hidup
Tak bermakna tanpamu

Soalan hari nie, lirik lagu apa nie???

Buang Semuanya

Aku dah delete aku nye BlogFS. Sayang sebenarnya nak delete2 nie, sebab sangat bermakna ooo... Tapi aku kena delete jugaks sebab aku taknak ada sape2 carik aku melalui google menggunakan nama sebenar aku. Boleh ajer kalau nak tukar Tajuk, tukar nama lain. Tapi aku rasa better aku delete semuanya.

Tapi sebelum aku delete, huhu.. aku dah copy paste kesemuanya dari bulan September 2005 - May 2007. Nampak cam kerja bodoh kan??? Tapi itulah yang aku buat dari semalam. Dah siap print lagi uuu, hehe... Ini kan kenangan aku, kira akan datang boleh la baca balik. Tadi pun aku ada baca skit2, poyo2 ajer benda yang aku tulis dolu2. huhu...

Hari ni aku ala2 takder mood gitu. Aku buat kerja aku ajer dari pagi tadi. Malas nak ngomel dalam blog nie, better aku senyap2 ajer.

Bodoh Punye Ular

Benci la...

Malam tadi aku mimpi ular, boleh???

Serius... aku nie memang kerap mimpi ular, dan seperti yang anda2 tahu... takder pon orang nak masuk minang aku, busuk betul lah!!! Jadi... apakah motif ular2 itu masuk ke dalam mimpi indah dan lelapku itu. Apakah tujuan nye??? adakah ular2 keji ini nak menyampaikan yang aku ni HOT seperti artis antarabangsa, atau pun aku nie best, atau aku nie di sukai ramai.

Mana taknye, dalam mimpi aku tu... ulur2 berebut2 nak patuk aku, seram siot. Siap berpeluh2 lagi tu bila aku terjaga. Bila aku nak sambung tido, ular2 pun sambung menyerang aku, keji kan???

Macam2 jenis ular buat drama dalam mimpi aku. Dah macam dalam citer Snakes On A Plane plak. Aku paling benci ular sawa warna kuning sebab suka2 ajer nak gigit2 jari aku, lama2 dia nak telan aku la tu... macam aku tak tahu, hampeh... Di sebabkan kegagahan aku, aku berjaya menghindari ular2 busuk nie, hehe...

Tapi mujurla semua tu mimpi ajer, kalau betul2 aku rasa memang dah kena telan pon.

Aku tak suka la mimpi2 ular nie weiiii, kasik la aku mimpi kucing ke, rabbit ke, best skit. Aku rasa aku tengok citer CSI kot, sebab dalam episode tu dorang dok kaji pasal ular. Pergh... ghila tu sampai masuk dalam mimpi aku, bengong...

Tido Tak Menjadi

Punyela aku berkobar2 nak pergi jogging petang nie, tapi kat luar tu hujan petir kilat bagai, oh... nampak sangat aku kena lupakan hasrat murni aku tu. Saje je tak kasik aku sihat, cergas, mantap, meletop tau, haha... takder kena mengena langsung.

Aku dah bosan gilers nie, nak lepak kat opis lain cam malas pulak nak borak2. Nak balik awal plak, ish... hujan lebat tu, ghila ka??? takut okey... kang tak pasal2 ada pokok tumbang la, excident la (nauzubillah), jalan dah tentu2 la jem sebab semua keta bawak slow. Jadi... bertenggek la aku kat depan pc nie dari tadi tanpa berbuat apa2.

Tadi aku berhajat nak tido, sebab tetiba plak kepala aku nie berat sangat. Tapi bila aku dah syiok2 amik bantal segala, tutup mata semua... taknak plak ko lelap, main2 betul la. So, aku stuck citer ghost whisperer yang aku tengok sebab konon2nya nak tido, hampeh... Tapi bagus gaks, sebab lepas nie ada jugakla benda yang aku nak buat, iaitu............ sambung tengok citer Ghost Whisperer, serius... mesti orang pelik tengok aku... datang kerja tapi tengok movie, hehe...

Ini kira bagus la aku tak kuat berjalan, cuba kalau aku nie kuat jalan. Nak nak plak tengah sorang2 kat opis, chantik sangat la tu. Muahahaha... mana mau pergi, Midvalley dekat... Ou pun dekat, sunway piramid lagi la dekat, ngeh ngeh ngeh... meronggeng la kau sampai muntah. Apakah??? Tapi cam orang ghila la plak pergi meronggeng sorang2 kan, sebab tu aku disini... sebab taknak jadi ghila.

Okla, aku kena stop kat sini.. kalau tak lagi banyak benda aku nak merepek. Mungkin sebab skang nie aku tengah stress kot. hurm...

Mulakan Dengan Salam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Uish... dah lama tak mulakan taipan blog dengan memberi salam. Jadi hari nie aku ala2 sopan dan baik gitu. Jawab salam aku, jangan baca ajer... ish korang nie, hihi...

Pagi tadi sebelum ke opis aku ada appointment dengan doktor, jadi aku sampai opis lambat skit. Appointment jam 11, tapi aku sampai jam 9.45, haha... giler awal. Nasib baik takder orang lagi, jadi boleh jumpa doktor awal.

So, lepas dah setel. Aku pun pergi la keja macam biasa. Dan skang nie, aku tengah minum air tea laici tanpa gula... sedap ooo, aku cam dah addicted lak dengan air nie. Tapi masak la kalau tea nie habis, tak tahu nak cekau/beli kat mana... sebab yang nie pun ciput belikan masa dia pergi cameron hari tu. Kedai kat sini ada kot, cuma tak tahu ajer kat mana. Kot2 sape2 yang tahu, boleh la bagitau aku ye... sebab aku nak beli buat stock.

Dan macam biasa, aku keseorangan di opis. Bengang giler, tapi tetap maintain.

Petang nie, aku decide nak pergi jogging sebab nak release tension. Jadi, baju pun aku dah siap2 bawak dari umah.

Ok la, nak pergi makan ubat sat...

Rutin Pagi

Aku bukak blog semua orang, semua pun citer pasal fabulous/sucks weekend. Aku plak nak citer pasal apa eks???

Sibuk gaks nak update, hehe...

Aku nak citer skit pasal habit aku setiap pagi dan setiap kali sampai opis. Apa benda yang akan aku buat dan setelkan dulu sebelum ianya disusuli dengan kerja yang kadang2 ada dan kadang2 buat2 takder, huhu…

Setiap pagi wpun mata aku dah celik, aku takkan bangun selagi ciput tak kol aku, haha… selagi tak dengar suara dia, cam tak semangat plak nak pergi mandi, la la la~ Gediks skit. Bila dia dah kol, baru aku bangun… tapi selalunya aku golek2 dalam beberapa minit barulah aku bangun nak pergi mandi. Sebelum aku capai tuala, aku mesti nak belek muka aku kat cermin… ni memang dah jadi rutin harian sebelum ke toilet, huhu…

Lepas cam dah berpuas hati, baru la aku terhegeh2 pergi mandi. (tang mandi takyah citer la, ni xxx punye citer)

Lepas dah wangi2 aku pun amik la baju apa yang nak di pakai, biasanya aku dah siap2 pikir masa mandi baju apa yang nak di rembat, kalau tak… habis semua baju aku try pakai.

Pastu acara makeup pun berjalan seperti biasa. Di sebabkan muka ku ada jerawat yang perlu ditutup, hehe… maka foundation amatla perlu dan sangat lah penting dalam ini hal. Tapi aku tak touch up banyak sangat, sebab barang ilek… lagipun kalau aku make up sungguh2 pun, bukannya ada mamat2 hensem pon kat opis aku… buang maso den ajer. Tapi kalau aku turun bawah time lunch hour, berderet2/bersusun jejaka Malaya kay kat bawah tu, kasik I cover2 cun ajer lalu tau… tak suka uuu… (alamak… salah topic plak, hehe…)

Ok berbalik pada citer asal, lepas dah siap2… baru la confident skit nak ke opis, tapi aku akan pastikan dalam keta aku ada air kosong, ini semua ciput punye pasal… dia akan pastikan aku minum air kosong hari2, jadi aku dah terbiasa, hehe… Bila takder air kosong dalam keta, rasa cam pelik.

** Orang kata kalau minum air kosong satu hari doploh gelen, kulit boleh chantik. Aku minum air kosong sampai doploh kali masuk toilet… kulit aku tak cantik2 pun, tipu ooo…

Biasanya nak ke opis aku akan ikut jalan:


Umah - Cheras – Bandar Tasik Selatan – Technology Park Malaysia – Bandar Kinrara - Tol Sunway – Bali Building.

Itu la jalan pergi balik aku nak ke opis, tapi kalau aku nak jumpa ciput aku kena la lalu kat Federal Highway. Sebab sonang lagi lalu situ kalau nak ke rumah dia.

Bila dah sampai opis, jeng jeng jeng… Benda pertama yang aku buat adalah, aku akan pastikan aku punchcard dulu, haha… Lepas tu, isi air masak kat dalam botol air dan amik air panas yang bibik dah buat. Kadang2 air tea, kadang2 air Nescafe, tak pon milo. Tapi kalau bibik buat air Nescafe, aku mesti masukkan lagi serbuk nescafe kat dalam cawan aku kasik pekat, sebab bibik buat tak pekat ooo… jadi kureng pahit, I loike pahit2.. baru ada umph…

Lepas tu, baru aku masuk opis aku dengan selesanya. Biasanya computer aku akan di buka oleh Sufi sebab computer aku nie adalah bapak segala Internet Connection. Kalu computer aku tak bukak, maka semua orang tak akan dapat internet, ya… begitu la… jadi, sapa yang gedik dan buat aku menyampah, aku akan pastikan computer dorang takder internet, muahahaha... (gelak penyamun bank) aku suka pejadal orang.

Tapi… aku dah tak guna computer aku untuk berchit chat atau pun berblogging, sebab computer aku dah slow bangat setelah pelbagai benda aku dload. Dan juga setelah computer aku kena virus apa ntah, yang menyebabkan computer aku cam dah ghila/tak siuman. Semua itu tak jadi masalah bagi aku, sebab opis aku nie bergelimpangan dengan computer, jadi aku selalunya berchit chat dan berblogging di ex-computer Kathy.

Bila dah bukak ex-computer kathy, tangan aku akan automatic untuk melakukan/buat:
  • Sign in YM, padahal tak chat ngan sape2 pun.
  • Check mail, dan baca mail2 yang best. Giler banyak budak2 nie FW mail kat aku. Orang2 tetap fw mail adalah, cehhh.. orang2 tetap katanya, eddy, kaklang, yana, ros, my bucuk, kathy dan budak peliks
  • Bukak dan baca blog2 kawan2 ku pastu gelak sorang dan baca sampai habis and leave a comment kalau perlu. Kalau bukak blog dorang pastu sama cam semalam, gua tak puas hati siot. Akan ku refresh doploh kali sampai jumpa update baru, kalau tak takleh buat kerja. Rasa cam tak lengkap ajer.
  • Lepas dah baca blog2 mereka, baru la aku plak yang akan mengupdate. Itu pun kalau ada benda nak di update la, kalau takder… aku akan buat2 ada jugak. Sebab aku pun nak ada post baru cam orang lain, hehe…
  • Semua keja di luar bidang aku ini akan perfect bila air panas depan mata sambil dengar music
  • Kadang2 aku akan lupa nak turun beli bfast bila dah start buat kerja tambahan nie.
    Dah setel semuanya, baru aku buat kerja yang sebenar2nya kerja. Kalau takder kerja, aku akan lepak2 ajer la.

Haaaaa… itu la kerja aku setiap pagi dan setiap kali aku sampai opis. Menarik tak? hehe… menarik la sangat, nampak sangat takder life, haha…

Jadi skang, aku nak turun beli kuih, lapar…

Aku pun ada citer weekend yang best, best ker??? Erm… biasa2 ajer la. Tapi nanti aku akan update, kalau rajin…

Muahsssss…

Tonton Dan Sakit Jiwa

uwaaaaaaaaaaaaa...

Tak suka, tak suka, tak suka...

Disebabkan kesangapan yang max, tadi aku pergi tengok citer smallville yang baru ajer setel di dload, Season 6 Episode 22 (akhir)

Kenapa dia nye ending cam2, keji ooo... sakit hati aku melihat hero ku kalah dengan orang jahat. (Yang jahat tu pun muka dia, tapi dalam badan... orang jahat juga sudah duduk). Jadi kuasa dia ada 2 la, satu kuasa jahat, dan satu lagi kuasa dia. So, camne lah bf aku tu nak menang kan, kesian dia kena belasah. Pastu tetiba ajer, dia kena tumbuk dan melayang keluar. Pastu Clark jahat tu terbang sambil tersenyum syaiton, (tapi serius hensem, terpikat gaks aku tengok wpun sakit hati)... to be continued, boleh???

Nak menunggu season 7, aduh... cam lambat lagi ajer tu. Tak boleh tido la aku malam nie mengingatkan hero ku, huhu...

Nak di jadikan cerita,

*Aku tahu ramai yang tak berapa tengok or suka citer nie, tapi aku tetap sukak. Tak kira la apa orang nak kata, citer tu mengarut ke... ntah apa2 ke... cakap la. Aku suka jugekkkkk...

Ok, sambung balik....

Nak dijadikan cerita, episode kali nie memang banyak meninggalkan tanda tanya.
  • Lana Lang dah mati, betul ke??? sebab masa dia nak naik keta dia... elok2 dia start enjin. Kedebommmmmmmm... meletop da. Tapi aku tak rasa dia mati, sebab chloe pun pernah kena bom.. sekali masuk season baru ada lagi rupenya, tak mati pong... jadi, aku masih belum percaya.
  • Chloe pun mati, ni satu lagi kes aku tak paham. Sebenarnya Lois Lane yang mati sebab gedik2 nak masuk campur, sekali kena tikam dengan pisau. Chloe lambat selamatkan Lois, jadi matilah dia. Yang si Chloe nie, nangis bagai nak rak... sebab sedih. Sekali bila air mata dia terkena ajer kat muka Lois, Tetiba ajer....... Bertukar!!!! Lois hidup, chloe plak mati, pelik pelik... apakah???
  • Lex kena tangkap, padan muka dia.
  • Bapaknye si Lex kena tumbuk dengan clark jahat. Terperosok kat dinding, tapi episode kali nie, baru kita tahu sebenarnya bapaknya Lex nie baik orangnya.

Ish... tapi kali nie, hatiku banyak terguris sebab melihat kesedihan BF ku, bila dia tahu Lana nak tinggalkan Lex, dia dah senyum2 gatal. Belum abis syiokkk, tetiba plak bapak lex cakap Lana mati kena bom... ish, sedih ooo tengok dia nangis, aku pun nangis sekali. I dapat merasai uuu, huhu...

Takpe, lana takde... lois kan ada, hehe...

Aku tahu korang bosan, la la la~

Aku Dah Ghila

Terseksanya diriku nak menunggu sampai pukul 7

Tapi ini malam ada futsal, wohoooo... tak sabar nye nak tendang bola + orang, hehehe... (alamak, baru dapat sms dari ila, katanya cancel... hampeh, baru ajer bercita2 nak tendang orang... cis!!!)

Aku rasa kena buat aktiviti baru la, hari tu ciput ajak pergi main badminton dekat dengan opis daddy dia, huhu.. itu pun cam syiokkk, dah lama sangat tangan aku tak pegang raket. Tangan pun dah tak kuat cam dulu nak smash orang, ceh... belum ada apa2 lagi dah buat plan jahat, ihik ihik...

Sebelum tu, kena carik raket dulu, dah berhabuk agaknya.

Bosan, tulunnnnnnnnnnnnn...

Ku Pikir Pikir

Hari aku sendirian di opis lagi, Tidak!!!!!!!!!!!!!!

Selalu tau camnie, kang kalau capt datang camne??? aku gaks yang jadi mangsa keadaan. Jadi hari ni aku nak buat apa ajer eks??? nak kuar bayar bill cam malas plak, nak pergi shopping... muahahahaha, gelaks dulu... cam malas jugak. Sebab tak tahu la nak beli apa. Kang aku terbeli baju kang, memang best. Tapi kalau terbeli banyak benda sampai banyak duit keluar... tu yang menakutkan tu. Sebab aku nie kalau gi shopping sorang2, memang tak boleh terkawal deknon... bahayasssssssss

Tapi, sebenarnya... banyak benda like keperluan diri yang aku nak beli.
  • Handbag
  • Wallet
  • Baju (tshirt, shirt)
  • Seluar (jeans, slack, short)
  • Barangan Dalaman (Hari tu dah beli, tapi cam nak kena beli lagi ajer, huhu...)
  • Kasut (Aku memang susah skit nak beli kasut, tapi memang kena beli, tapi cam malas plak nak beli, tapi tetap kena ada dalam list lah)
  • Belt (Dah lama tak tukar yang baru, kesian)
  • Barang makeup aku (Serius... dah lama tak beli baru. Kat opis muka aku kosong ajer, bila time nak melaram, cam takder barang. urgh!!!)
  • Perfume (Nak habis dah!!!)

Buat masa nie, yang ni ajer la yang aku terpikir. Banyak jugaks eks... Ish ish ish... Semua nie bukan lah nak kena sempurnakan dis month jugak, ko ghila??? nanti aku nak makan apa??? slow2 la...

Tapi skang, aku satu misi xxx yang perlu aku dahulukan sebelum beli barang2 ini, apa dia??? huhu... takmo bagitau.

Tak sabarnye nak jalankan misi xxx tu. la la la~

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998