Instagram

Kenduri Kawin KakNgah

Kenduri kawin kat perak semuanya berjalan lancar. Malam sabtu tu, lepas maghrib kitorang datang menjenguk, ingat nak tolong la apa yang patut. Rupenya itu malam, sepupu aku menikah da... Haha, nampak sangat tak amik tahu kan. Dorang menikah di masjid batu gajah. Tak la kitorang pergi sana, sebab pakaian yang tidak membenarkan. Nak masuk masjid kena la sopan, kena pakai tudung, kan...

Ada la beberapa kerat yang tinggal kat umah, borak2 ar dengan dorang. Lama giler tak nampak muka2 sepupu aku, belah abah. Anak sepupu2 aku pun dah godang2. Dah jadi anak dara lagi...



Pastu, kaklang ajak pergi pasar malam. Semua mencecet nak pergi. Tapi paham2 je la, pasar malam kampung2 nie awai benor tutupnya. Jam 9 dorang dah siap2 kemas. Sempat beli air ngan kacang2 jer. Pastu terus balik umah sepupu aku balik. Lama gak menunggu, last2 kami mintak diri, besok ajer la kitorang datang.


Kat pasar malam...

Besoknya datang agak awal la jugak, sebab konon2nya nak tolong2 la apa yang patut. Tapi dah ramai sangat yang tolong kan, hahaha... termalas la plak, =P Dasar pemalas!!!

Aku layan anak2 buah aku ajer, akak2 aku plak terlebih rajin pergi tolong kat dapur. Kaklang ajer la, akak dok pokpek dan makan sajork di dapur, andak plak sekejap ada sekejap takder, zack u together2 la dengan aku.


Ayin ngan ika main sepsepsep...

Dalam kul 12lebih gitu, masing2 dah cam cacing kepanasan, bohsan nak mampus. So pergi ar makan kasik ilang bohsan. Abah, kak ida and ode pun baru sampai dari KL.



Kul bape ntah, tetiba pengantin dah sampai, tanpa kompang apa... terus je dah sanding, biasa la kalau dah buat ala2 kadar. Pengantin lelaki tu pakai baju besi tau. Sebab dia kan patah tulang belakang, nak duduk pun aku tengok cam hazab. Nak jalan pun kena pimpin nie, sian tul...



Masa mak2 dara and anak dara dok bergosip... anak mereka sedang gagah menolong mencuci pinggan, bagus pulak perangai dorang kali nie. Tapi bebelan dorang panas okey, tiap kali aku nak amik air jer, mula la dorang bebel. "Apa la pompuan nie pemalas. Lelaki ajer buat keja. Tahu nak makan ajer," hahaha... sabor ajer la... Baru sekali bz, dah bising...


Tengok ar tu, rajin kan anak2 buah ku...

Tengoh dok lepak2 tu, dato' akmal and datin zaharah pun sampai, hahaha... dorang datang paling lambat sekali... dato' and datin katanye...

Di bawah ini, gambar2 sebelum nak balik. Pengantin pun dah tukar baju.

Dari atas: aku, kakcik yang di katakan datin itu, kakju, kaklang, akak, zack u.
Bawah: Ayin, merah, aira, kakida.


Aku pakai baju nie, nampak aku gemuk kan, menci tul la...


Nampak tak pengantin yang mana, kat gambar nie ada... sebelah aku tu...yang pakai tshirt putih tu =P

Sampai umah opah, terus landing... mengantuk...

11 LoveGreen:

peej said...

gambar kau kat meja makan tuh begitu ayu sekali muka kau.. i loike

shasha said...

cepatnya pengantin tuka baju??..apa2 pun ceera telah menyebabkan keayuan pengantin tenggelam..hik hik

Red Mummy said...

akak ko kata lam blog dia ko rajin la nolong kat dapo

kira ok le tuuu

Cruzer said...

kat batu gajah yek...kat kampung i tuh

Ceera said...

peej;
ayu ker? puji2 plak, malu i tau... nyampah... hahaha...

shasha;
tu la pasal, pengantin siap masuk dapur lagi, sian betul...

kakRed;
huhu... ala, tolong2 skit ajer tu...

cruzer;
teman kat tronoh...

Cruzer said...

tronoh yer dekat la gak tu...teman kat parit ler but not paris yek hahhaha :P

pearlEJ said...

ooo patut arr ilang lama... balik perak rupanya..

Ceera said...

ej plak gi mana skang??? lama tak update..

Ceera said...

cruzer;
kamu kat parit ker?? alamak, idak la teman tahu kan...

kurekuredalamperahu said...

pengantin tenggelam dek keayuan over ceera..

lalalalalala.................

Ceera said...

kure;
hahahaha... kat umah memang dah standby nak over pun, la la la~

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998