Instagram

OpenHouse 1

Jumaat, balik keja terus pergi beraya umah lost fren yang memang dokek aje ngan umah. Tapi bertahun tak jumpa okey. Itu pun dia dapat no aku ngan linda dari bespren kitorang. Bila dia dah invite, takkan tak pergi plak kan. Lagipun bukan jauh sangat pun dengan umah aku, satu kampung la katakan. Tapi tak tahu la apsal la payah noo nak jumpa member skool dulu, =P

Jadinya, berdasarkan ke-expert-an selama duduk di kg.c.b, maka dengan sepantas kilat boleh la jumpa rumah member rumah ku itu. Tapi linda laks tak confident dengan aku, serta merta aku pun tak confident sama.

Linda: betul ke rumah dia nie ra...
Aku: Betul la, dah sama alamatnya dengan sms ni ha...
Linda: Tapi asal umah dia cam tertutup ajer, pagar pun cam tutup ajer nie, cam tak kasik raya je nie...
Aku: Ha a kan, betul ke eks.. "aku dah mula tak percaya kemampuan diri ku sendiri, cit. Takpela, aku tepon dia ajer la.
Linda: Ok

Tetiba, memang betul da... haha, poyo2 ajer duduk luar sogan2 nak masuk, ntah apa2 ntah... Bila masuk jumpa budak satu kelas aku dulu, azimah. Dah ada anak pon, 7bulan. Hehe... cam kelakar pun ada aku rasa. Pastu cakap ngan linda.

Aku: Dah matang dah aku tengok azimah tu, dah pandai cakap ngan orang. Dulu dia tak cam2 kan, aku rasa lepas kawin memang cam2 kot.
Linda: Ha a kan, dulu senyap ajer, pastu banyak senyum dari bercakap.
Aku: Tu la, kalau kita tak bukak mulut dulu, jangan harap dia nak bercakap. Sepatah kita tanya, sepatah la dia jawab, pastu senyum ajer modal dia. Skang bukan main lagi, yela... dah ada anak la katakan, kita bila la nak ada anak kan, =P

Tetiba... muahahaha, kawin pun belum. Jangan gelakkan aku u olsss. Ini biasa berlaku bila berjumpa dengan kawan2 lama yang dah ada keluarga, pastu baru la tengok diri sendiri yang masih sendiri. Nasib baik ramai geng lagi. Tapi bila jumpa member2 U, tak la heran sangat sebab semua masih membujang. Yela, masing2 sibuk keja nak carik duit dulu, masih tak pikir kawin2 nie. Tapi memang lain skit ngan budak2 sekolah aku, sebab semua berlumba2 nak kawin. Tahun lepas la paling hazab, semua berebut2 nak kawin.

Ok, sudah... kita masuk balik topik raya ya... lupa lak aku nak kask tau, aku raya umah nadia. Budak kelas aku jugaks. Tapi lepas spm, masing2 lostcontact. Yela, masing2 sombong la katakan, " aku la tu, =P

Tapi lepak kejap ajer, sebab linda kena balik awal. Lagipun umah dia dah padat ngan orang, so... better la kami gerak dulu sebelum ramai yang tak bernafas nanti, =)

Besoknya plak, beraya umah yana di sungai buluh. Janji ngan linda and kathy kat petronas yang berdekatan ngan rumah we olsss... Pastu aku ajak ikut mrr2 sajork, sebab taknak lalu tol punye pasal. Tapi biasa la, di sebabkan semua orang malas nak masak kat umah, dan semua pun sibuk la nak kuar pergi open house, jadi... jalan pun agak hazab la jugaks. Adala sejam lebih baru kami sampai umah yana, nak drive laju2 sangat tak boleh. Takut kathy tak dapat kejar, so.. bawak pun ala2 kadar ajer la. Bukan aku yang drive, tapi linda...


Inila buktinya, yang aku bersenang lenang di sebelahnya sambil membebel.


Reben kuih pun, kathy leh jadikan hiasan kat kepala aku... biadap budak nie, =P

Kitorang ni yo yo ooo ajer pakai baju kurung bagai, sekali pergi umah yana... dia pakai tshirt and jeans ajer. Disebabkan dia tak cantik, aku malas nak amik gambar ngan dia, haha...

Lepak umah yana pun takleh lama sangat, sebab kathy nak amik bf dia. Linda plak nak pergi johor dan aku plak, balik la umah. Maaf rumah2 yang lain ye, sebab den tak dapat nak hadir. Linda dan nak ke johor, Ciput plak takder, dia ada kursus totttttttt... takleh kasik tau korang. Takkan aku nak pergi sorang2 plak, macam kebulur sangat nak makan umah orang kan, takmo aku.

Hari ahad, rumah jiran ku ada buat cukur jambul = open house. Aku tak tolong, tapi aku tolong pergi makan sahaja. Itu pun makan cepat2 sebab nak sambung tengok melodi.

Petang skit, ciput ajak jalan2 kat pivilion. Boleh tahan besor jugak la tempat tu. Agak sakit kaki aku, sampai tak larat nak jalan nie. Ciput lak cam tak berperasaan berjalan tanpa rasa letih, huhu...Aku rasa sebab aku nie dah lama sangat tak berjalan kot, sebab tu la kaki aku nie agak mengada. Padahal sebelum2 ni boleh ajer jalan doploh jam non stop, haihhhhhhhh.... takkan dah tua kot, ngeh~

p/s: Aku mungkin akan buat makan2 skit ahad nie, apa2 hal... aku akan update. Belum confirm katanya...

8 LoveGreen:

kurekuredalamperahu said...

hei!

long time no see ya? taknak ajak org jauh ni ka?

ngehngeh...

::QasiehFirdaus:: said...

aku tahun ni tak p mane2 open house lagi tauuu.. isk..

RedWGG said...

syok kan g open hse?
tapi saya baru g satu umah jer..
sapa lagik nak jemput saya?
hehehe..

hOtMaMa said...

hamboii...bukan sakan lg ko pg open house yea..LOL
ehehehe...mcm nak buat open house jerk tu...jng lupa jemput okeh!

DiaHarris said...

sakan..sakan...

best kan gie open house.. blh melantak.... windunya i nk jumpa kengkawan lama..... raya aritu ramai yg tak jumper lar... hhmmm..

eh babe, u tak buat open hse ker?

Nezjoe said...

i..bila ke open house...
carik almond london!!!
huargh!!!
hahaha

Ceera said...

nezjoe;
boring ar makan almond london itu..

julia said...

kalau nak jejalan kat pavilion tu tabley pakai sandal, sbb lantai dia licin. wat penat kaki jek.

kena jln kaki ayam.. =P

ha ah, almond london tak besh. semperit gak besh. huhu.

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998