Meh sini aku nak citer pasal blazer, begini... boss aku ada buatkan blazer untuk staf2 terpilih. Jadi aku salah sorangnye lah. Aku pernah citer kat dalam blogFS aku, tapi skang dah delete... tapi takpe, aku dengan sukarelahati akan cerita balik.
4 bulan yang lepas, boss aku tempah blazer kat Zara. Jadi kami kena pergi kesana untuk mengukur saiz ikut selera masing2. Aku dengan linda telah memilih saiz yang paling kecik, XS sebab selesa, * Aku kan kurus, ihikssss...
Ok, last month plaks... blazer pun dah dapat, itupun boss aku sound suruh pergi amik. Kami pun pergi la security tuk amik blazer masing2. Masa aku amik tu, aku lupa nak check saiz blazer sebab hanya aku ngan linda ajer yang grab saiz XS, yang lain semua amik saiz S. Dah kami pun dah canang kat lain2, yang kami pilih XS. So, aku tak terpikir langsung ada orang akan curik saiz aku.
Nak dipendekkan cerita, baru2 ni aku nak pergi dryclean, sebab blazer tu sangat berhabuk. Pastu sebelum tu, aku cuba la test2 kat depan cermin dulu, eh... apsal tetiba nampak cam besar eks??? sebab setahu aku, masa aku test dulu... sangat man2 kat badan, dan dia punye tangan pun okey, takder gelebeh2 bagai. Tapi yang ini, menggelebeh... pastu bahu dia pun besar semacam. Bila aku check, rupenya saiz S. Oi oi oi.......... apsal kasik aku saiz S nie??? keji siot!!!
Aku pun sms linda nak tanya dia dapat saiz apa??? eh... kenapa linda dapat saiz XS aku dapat saiz S nie, confirm ada orang sabotaj aku nie... bengangnyeeeeeeee....
Apa lagi, sesi umpatan dan syak wasangka pun mula berlaku, hahaha... Aku pelik, kenapa aku dapat saiz S, yela... aku dengan linda ajer yang tempah XS, yang lain tempah S... dan semua budak opis termasuk boss aku sendiri tahu yang kitorang amik saiz XS...
Korang tau tak aku syak sape??? ish, bengang nie!!! Aku syak DotDotDot, kenapa??? kenapa??? Ok, badan dia macam aku... tapi dia kurus skit. Masa lepas aku tempah blazer tu, aku ada tanya dia... dia amik saiz aper??? dengan bangganya dia kata dia amik saiz S...
Aku: Ko amik saiz apa???
DotDotDot: Aku amik saiz S, nape??? ko amik saiz per??
Aku: Aku amik saiz XS, sama ngan linda. Saiz S besar okey...
DotDotDot: Yeke??? aku pakai okey ajer, lagipun aku rasa saiz S lagi selesa...
Aku: Ikut ko lah...
Lebih kurang cam2 la kan... So, dah tentu2 lah dia tahu saiz aku kan???
So, masa kitorang amik blazer tu... dia yang bagi, aku pun bodoh tak check dulu... agaknya, dia pikir dia dah selamat kerana mencurik blazer aku... ish, eh... kenapa aku syak dia lagi??? sebab dia selalu pakai blazer tu, dan bila dia pakai memang man2 kat badan dia okey... kalau dia pakai saiz S, dan tentu2 nampak besar skit. Aku yang gemuk skit dari dia pun, bila pakai nampak besar... apatah lagi dia kan???? So... aku dah linda sangatlah syak dia yang curik!!!
Oh... aku sungguh bengang...
So, aku plan dengan linda untuk tanya kat dia. Kunun2nya, linda dapat saiz S... dan aku dapat saiz XS. Linda ni boss aku, so... budak tu hormat lebih skit la kat linda. Dan tadi, linda dah tanya, huhu... nak tau apa dia cakap???
Linda: , wei... hari tu masa ko bagi blazer, ko kasik kat lynn saiz S lah bukan XS...
DotDotDot: Oh, yeke... setahu saya, saya... bagi lynn saiz XS, ira yang saiz S... * Kan aku dah cakap, dia memang plan nak bagi aku saiz S, pastu curik baju aku, sungguh kurang ajar sekali!!!
Linda: Mungkin tertukar dalam keta kot... Tapi, setahu lynn... kitorang dua ajer yang amik saiz XS, mana ada orang lain amik saiz tu. Entah2 ada orang amik. Leh tak ko tolong check balik, sebab saiz S tu lynn memang takleh nak pakai. Besar sangat. Kalau dorang dah terpakai, suh dorang basuh balik... Sebab lynn nak jugaks saiz tu... * Hahaha... padan muka ko!!!
DotDotDot: Yelah, nanti saya check balik...
Linda pun citer kat aku, dah bila aku dengar... aku sangat bengangkuasadoploh. Ye la kan, kalau ko nak amik saiz aku, mintakla izin dulu kan. Ini tak, sesokahati kooooooooo ajer nak amik2. Tula, getik sangat nak amik saiz besar buat per??? pastu sibuk2 nak amik hak orang lain, budus!!!
Kan aku dah cakap, aku tak suka orang amik barang aku!!!
* Start minggu nie, aku dah menyampah tengok muka dia, hehehe... tapi leh cakap2 lagi lah.
** Sekiranya syakWasangka ku betul. Maknanya aku tak tipu korang lah. Kalau tak betul, sori... hehe...
*** Baru2 nie asik hangin ajer kan, la la la~

13 LoveGreen:
huhu.. ko sekeh je pale dia okey.. hihi
woah! so many sucky things happening, but ceeramoon keep shining through... chewaaahh!
hehehe...
ish sangat kejii..tah apa2 tah..mcm2 org ada dlm ini dunia..tapi mmg ade pun org mcm tuh..siap plan tuh..hahahah..kelakar..
ini bleh menaikkan kemarahan...grrrrrr =P
eyyy.... jht tul org tu...
geget jek tinge dier..
hihi
=p
samprit gile insan tersebut!
hehe. sungguh kureng minah itu. sabor yer. kalau dah awak punya, x ke mana. x gitu ? ;)
manusia begitu layak pakai xxxLLLLLL sahaja!!!
kahkahkah...AKU KEJI!!!!
heee....
ler.. camtu pon boley ;p tapee.. jgn marah2.. pegilah jalan2 carik mkn pastu paste gambar kat sini okey :D
btw da jwb tag. lambat sket.. hehe
heeeeiiiii hang jebatttt..
lebih baik kau turunn
jikalau kau takmo turunnnn
kau tunggu di sana sampai aku datangg..
hehe..
assalamualaikum...
salam ziarah...
:P
Iskk bak kate Peej: memang keji sungguh org org yg macam tuh... !!! terbengang jugak membace entry nih... ;S
pelik sungguhlah org itu kalo dh tau badan itu kudut amiklah saiz sesuai ngan badan
Post a Comment
Love U, =P