Koleksi Gambar

Perkara yang menggembirakan Kami

Perkara menggembirakan mummy adalah, bila melihat anak gembira.
Bermain dengan gembira, makan dengan gembira, bangun tido dengan gembira, mandi dengan gembira dan berjalan dengan gembira.

Perkara menggembirakan anak pula, apabila dapat membuat semuanya tanpa ada bantahan mummy, tido dengan waktu yang cukup, bangun tidur pula bambam sentiasa kering, dapat susu bila mahu, melihat mummy dan daddy di depan mata, berjalan-jalan di taman dan macam-macam lagi.

Ye, perkara menggembirakan biasanya lebih banyak.
Anak sentiasa mahukan benda yang pelbagai.

Tadi dalam banyak-banyak perkara yang menggembirakan di atas.
Perkara yang paling nak difokuskan adalah...
Mummy gembira bila anak bangun tido dengan gembira.
Dan anak gembira bila bangun tido dengan bambam yang kering. =)

Dulu...
Aku akan stress setiap kali keisha bangun dalam keadaan yang basah. Walhal baru jam 7 okey. Bukannya aku tak tukar diaper dia sebelum tido. Kadang-kadang bila keisha tertido awal, katakan lah tertido jam 9 malam. Aku dah start cuak sebab aku takut tengah-tengah malam tetiba diaper dia bocor pula. Dan ianya memang selalu terjadi, lalu pagi-pagi aku selalu kelam kabut tukar diaper dia yang baru. Dah la tu, extra stress sebab keisha bangun pula. Hahaha.. Yela, kami kan suka bangun lambat. Ok ok aku ajer suka bangun lambat, jadi aku paksa anak bangun lambat sekali. =P

Jadi ini adalah perkara yang tak menggembirakan aku.
Juga tidak menggembirakan keisha kerana bangun dalam keadaan menangis dan tak selesa...

Tapi semenjak tukar ke MamyPoko.
Serius terkejut, sebab tak pernah mengalami pengalaman yang sama... macam magic pula rasanya. Bila keisha shi-shi baru sekali, pun tak nampak macam ada shi-shi... Aku ingat dia tak shi-shi tau, rupanya dia ada shi-shi cuma tak nampak. Sebab lapisan MamyPoko adalah cepat meresap. Sebab itu, punggung baby sentiasa kering.

Kalau keisha tertido awal pun, besok pagi bangun lambat tetap tidak akan bocor. Kagum bukan???
Kalau poo poo pun tak pernah menjejeh-jejeh keluar. Duluuuuuuuuuuuuuuuu, keluar saja. Dah la tu, tengah syok bawak anak berjalan-jalan kat mall terus stress sebab tetiba tangan ko bertukar kuning, euwwwwww.......

Ni masa nak travel ke Johor.
Boleh bayangkan betapa sempitnya keadaan?
Sebelah adalah carseat, keisha di tengah-tengah. Ye dia punya suka nak duduk carseat ke tidak. Dan aku pula di tepi...

Hari tu, masa travel... boleh tak dia berak!!! masyaAllah.. seharum semerbak okey..
Nasib baik guna MamyPoko Pants Extra Soft Fit. Takde la bersusah payah sangat! Nak bukak senang, nak pakaikan balik pun senang. Walaupun tempat adalah sempit, semuanya semudah 1 2 3, ewahhhhhhhhhh....

Jadi, I'm so so in love with MamyPoko Pants Extra Soft Fit.
Dah la senang gila nak pakai.
Macam pakaikan seluar. Berdiri pun boleh pakai. =)
Dia punye bahagian pinggang pun selesa. Tak terjerut sangat. Tapi mesti ramai tertanya, katakan lah diaper dah penuh, adakah dia terlondeh sendiri???
Oh tidak la. Tak pernah terlondeh sendiri. Ini la magic MamyPoko...

Keisha pakai size M...
Sikit lagi bertukar ke L pula.

Saat-saat anak gembira bila memakai MamyPoko Pants Extra Soft Fit.

Juga mummy gembira, hehehe...
Gembira la, tak perlu risau-risau lagi...

Budak berani main slide.

Main see saw juga berani.

Main swing lagi berani...
Gelak saja...

Kalau anda taknak stress, dan taknak membuatkan anak anda stress. Mungkin boleh cuba MamyPoko Pants Extra Soft Fit. Nescaya hidup anda akan lebih mudah. =)

Love: Ceera =P

Pertama kali menengok Lion Dance

Aku tahu cerita nie dah basi. Tapi ku tak kira. Ku nak update jugak pasal lion dance. Punye berusaha aku amik gambar sana sini dalam panas, takkan nak biarkan gambar-gambar itu berkubur saja. Oh tidak...

Lagipun ini adalah 1st time aku tengok lion dance dari awal hingga akhir. Sebelum ni pernah la tengok, tapi secara kebetulan. Itu pun tengok di hujung-hujung mata sahaja. Kali nie, beria kooo siap datang tengok dari awal sampai habis... kagum sekejap dengan diri sendiri.

Ok, aku tipu... takde la sampai habis benar. Masa dah hujung-hujung tu aku dah penat lalu aku pergi cari tempat duduk sambil menunggu jemaah yang lain habis tengok... sumpah lama okey, aku ingat sekejap ajer. Rupanya, omakaiiiiiiiiiiiiiii lamanye!!!

Ini dia dua ekor lion...
Comel dan menyeramkan juga. Hehehehe...

Ini tempat kerja daddy. Bila ada perayaan begini, daddy ajak la kitorang datang tengok. kitorang pun tak buat apa, jadi datang la menyibuk.

Keisha yang sedang gerun...
Bingit telinga dengar dia punya dum dum chaaaaaaaaa... aku syak mesti dorang nie bakal pekak dengan cepatnya. Ko bayangkan, main kat belah sini... lion berjalan ke sebelum jauh sinun pun masih boleh dengar bunyi muzik. Aku yang sebelah ko, nak pecah dah gegendang telinga...

Mula-mula dorang sembah tuhan, lepas tu pergi ke setiap ceruk untuk bagi ong kot. Entah la tidak ku tahu. Tapi semua tempat lion nie akan jelajah. Aku tak ikut, anak-anak kecik yang excited berlari ikut bontot lion...

Cuma aku follow sampai ke pool nie ajer, sebab berada di tempat yang sama aku lepak...

 Daddy and Keisha...

Eh aku pun beria nak amik gambar dengan lion, hahaha..
Sebenarnya aku taknak okey. Ciput paksa. Ko tak nampak ke kecuakan muka aku. Aku takut kang dia datang kat aku sambil kelip-kelip mata. Scary rasa.

 Lepas tu makan sayur.

Dah akhir sekali mereka bertapa di sini. Aku rasa ada la dalam 45 minit.
Aku yang berdiri tengok pun dah berlengas rasa. Cuba bayangkan mereka yang berada dalam lion tu!

Lupa nak amik gambar lion berbaring di atas jalan tar...
Sekor lion akan menari-nari, sekor lagi akan baring...
Yang menari-nari tu akan pergi ke setiap orang untuk bagi limau. Ye setiap orang tanpa ada yang missed... yang seorang lagi akan menunggu. Ko bayangkan dia bagi limau kat setiap orang, lepas tu ulang baring untuk kumpul oren untuk bagi lagi dan lagi dan lagi.. lepas tu tukar lion pulak lalu buat benda yang sama. Terus aku macam, omg... heibatnya kooo... dah la duduk dalam tempat berbulu-bulu, confirm dabel panas. Tapi mereka rilek ajer macam takde apa-apa. Ye, tahu la memang kerja mereka. Tapi still kagum weyyyyyyyyyy....

Aku pun dah terpatah-patah kaki cari kerusi nak duduk...

Ewahhhh, kemain cara lion duduk. Seperti bersimpul...

Kira ini pengalaman pertama aku dan keisha melihat Lion Dance.
Lepas nak tengok dragon dance pula. Panjang sikit. Dan kalau boleh nak tengok yang melompat-lompat atas kayu, mesti lagi fun!

Love: Ceera =P

Mee ketam, Shah Alam

ohoooOoooooiiii....
Aku dah makan mee ketam!!!
Jadi aku pun nak berlagak disini. Berani ye korang semua pergi makan mee ketam, pastu update kat blog. Membencikan. Jadi sila benci aku sekarang, muahahahaha...
Ini semua salah si viruspadu. Dia la yang mulakan revolusi mee ketam. Hetchu!

Kejadian: lama sudah!!! 3 minggu yang lepas kot. Ke 4 minggu yang lepas.

Tapi sebelum itu, aku show off gambar lai chi kang. Nampak menarik bukan??? memang sedap pun. Tambah-tambah sejuk... slurppppppppppppppp....

Ini anak, ko bagi air sejuk terus senyap.
Senang kata, nak bagi dia senyap. Ko sua air sejuk...
Pandaikan tektik aku. Tektik yang tak bagus untuk anak, hahaha...

Bihun sup ketam.
Mama punye.
Sup dia sedap... rasa sup la kan. rasa apa lagi.

Mee kari ketam
Sumpah sedap wey....
Kari dia, terbaik. Cuma ketam tu agak tak fresh sikit. Rasa macam kecewa la jugak. Sebab aku mengharapkan ketam yang manis, sekali yang datang. Nan ado!!!!

Tapi nasib baik kari ko memang meletop-letop sedapnya.

Suami ku yang berbaju kuning.
Sekarang dia dah pandai pakai baju yang bercolor-color. Tengok la sapa isterinya kan, dia amik baju color yang pudar sikit terus aku jeling...

Makan keisha, makan!!!!

Eh mak incik pun berbaju kuning.
Kebetulan hokey.. bukan berpakat-pakat. Syiok pula bila kebetulan begini... rasa macam sherashi bershama.

Sedang menikmati kuah kari...
Masa nie tekak geli nak makan mee... =P

Aku order nasik goreng ketam. Boleh la.

Ketam ada banyak gred. Kalau takat order yang biasa-biasa punye. Ko dapat la ketam yang kecik. Dah la kecik, isinya sedih pulak tu. Kalau nak isi banyak, pilih ketam yang besar sikit. Aku mintak yang xxl. Sekali takde pulak. Yang ada size apa ntah, lupa aku. Tapi isi dia pun tak berapa nak banyak. Dan rasanya pun kureng fresh.

Mungkin time kitorang datang, ketam kurang menyerlah kot. Entahlah...

So if korang nak pergi makan mee ketam, korang patut cuba kari dia. Memang walla!!! makan nasik putih dengan kari ketam pun dah cukup walla!!!!

Aku bagi 3/5 bintang sahaja..

Lokasi: Shah Alam seksyen 7, bersebelahan dengan Unisel.

Love: Ceera =P

Aktiviti harian Keisha di waktu pagi

8.00 pagi: Masih tidur, hehe...
Ikut mood dia la. Kekadang tu bangun awal pagi masa daddy nak pergi kerja. Lepas tu membuli daddy sepanjang daddy bersiap nak pergi kerja dengan meminta dukung. Kekadang dia tido, sebab mummy laju-laju bagi dia susu tiap kali dia dah bergerak-gerak nak bangun. Hahaha.. aku kenala pantas, sebab aku masih nak tido...

10.00 pagi: Biasanya sudah bangun. Dan kami anak beranak akan nonton cartoon.


Sambil nonton cartoon, sambil tu kasik dia makan.
Kadang-kadang bagi roti, kadang-kadang bagi biskut. Kadang-kadang bagi roti canai, dan kadang-kadang juga bagi cornflakes. Ikut kerajinan emaknya la. =P

11:00 pagi: Baru pergi mandi.


Kena habiskan tengok timmy time baru pergi mandi.
Lagipun kena bagi dia beralit-ralit dulu. Kalau bangun-bangun terus ajak mandi, confirm dia taknak. Kalau ko paksa jugak, ada jugak budak yang mandi sambil berbaring di dalam toilet.

11:10 pagi: Mandi seploh minit cukup...


Keisha sekarang dah pandai sangat. Tiap kali masuk toilet ajer, bila aku suruh shi-shi karang dia akan meneran untuk shi-shi.
Tapi masih pakai diaper, sebab keisha kan tak pandai cakap lagi... kalau saja-saja aku nak usung dia masuk toilet memanjang, letih la mak encik... lagipun mak encik bukannya rajin sangat pun...

Ok masa untuk pakai baju...
3 barang wajib ada...
lotion, bedak dan juga cologne... keisha ni suka wangi-wangi.

Sejak pakai MamyPoko, tak pernah berlaku kebocoran tiap kali bangun pagi. Kalau tidakkkkkkkkkk... jam 6 or 7 pagi aku dah kelam kabut tukar diaper yang lain. Kalau malas tukar, mesti bocor. Tsk...

Bagus la MamyPoko nie. Serius!!!

Nak pakaikan pun senang...
Sebab dia jenis pants. Kalau berdiri pun dah boleh sarung.
Keisha nie jenis senang nak pakai baju, tapi jenis susah nak bukak baju... pffftttttt...
Berkejar kalau nak suruh dia bukak baju. Kalau nak ajak dia basuh berak lagi susah... geram kadang rasa.

11:30 pagi: Dah comel, dah wangi!

Boleh la bermain-main sesukahati sebelum makan lunch.

Sedang merajuk sambil baling remote. Sebab aku kata kat dia, tak payah la pegang remote. Mummy nak amik gambar keisha. Terus baling remote buat muka...

Amboi!!!
pandai merajuk sekarang.
Nak pujuk kena cakap... meh sini kat mummy meh... mummy sayanggggggggggg keisha... *dan ayat tu kena berulang banyak kali*

12:00 tghari: Makan biskut sama-sama dengan mummy

Budak ini sudah kuat makan. Pening pulak nak pikir nak kasik dia makan apa.. =P

oh oh...
Ada benda nak kongsi..
Berkenaan dengan MamyPoko.
Sapa-sapa yang suka join contest, boleh la cuba join contest MamyPoko di Facebook...

Aku dah join, best kot!!!!


MamyPoko Earn Your Stripes Challenge akan runs dari sekarang hingga 20 March 2012. Cara dia senang ajer, 'Like' My MamyPoko Facebook Page dan play any of 3 mini challenges yang ada. Lagi banyak ko main, lagi banyak points yang akan ko kumpul.

Ni game match the pair. Aku main dari tadi sampai juling bijik mata aku nak carik mana yang sama.

Kalau dah nama contest, pastilah ada hadiah. Dan ada 100 hadiah yang bernilai lebih kurang rm7500 menanti anda... There’s Limited Edition MamyPoko Sleep Bags, MamyPoko Gentle Cleansing Wipes and even MamyPoko diapers of up to 6 months’ worth to be won!

Apa lagi, jom jom jom!!!
https://www.facebook.com/MyMamyPoko

Love: Ceera =P

Tekak nak makan western

Cak!!!
Macam dah lama tak update kan, hehe..
Aku sekarang sedang mengalami, kemengantukan sepanjang masa.
Asal keisha tido, aku tido. Kekadang keisha dah bangun pun aku masih tido... ish ish ish...
Jadi, bila masa aku nak online. Ko cakap sikit, bila masa???
Memanjangggggggggggg tido!!!

Kalau keisha berjaga, memang tak kuasa la kan aku nak update blog. Minah tu bukan boleh tengok emaknya pegang laptop. Nanti dia yang sibuk pertama-tama. Rimas haku!
Daripada aku marah-marah, baik aku tak payah on langsung...

Ok hari ni nak update entry yang tertangguh.
Bila punye kejadian, jangan engko tanya. Aku pun sudah lupa.. lama sudah! sekarang ni aku main peram-peram je gambar-gambar yang ada... nanti ada masa baru aku upkan, itu pun kalau ingat...

Mem kecik yang berambut awan nano... =)

Ibunya yang kini berambut rebonding, kahkahkah...

Masa nie tetiba tekak teringin nak makan western.
Mula-mula ajak ciput makan kat william, sekali william tutup. So terus lajak ke big brother, sebab kat sana western dia agak sedap dah murah-murah.

Menu pilihan adalah burger...
Pelik burger dia..
Besar juga. Nak terkoyak bibir haku nganga besar-besar tauk!

Masa ni masih sopan...

MasyaAllah...
Biasa la, makan kena ohver ye anak-anak... =P

Beef dia kureng la. Entah la, tekak aku yang kureng atau memang beef dia yang kureng.
Sebab nak percaya tekak aku 100% pun susah, sebab tekak aku kan "sesuatu" skang. Makan apa ajer rasa tak sedap...

Ciput pula order spagethi beef juga.
Apa daaaaaaaaaaa.. aku dah order beef dia pun nak order beef jugak. Last-last aku tak habis makan dia terpaksa habiskan makanan aku. Adan uka... *padan muka dalam ayat yang comel kononnya, hahaha*

Kesian dia dah gemuk skang. Sebab aku selalu makan half dah dia terpaksa habiskan lagi half.
Wat to dooo.. Selagi tekak ku begini, selagi itu la ciput terpaksa menjadi penghabis makanan aku. Cuba tekak aku ok.. dia amik sikit pun aku dah jeling, hehehehe...

Love: Ceera =P

Saya dah email

Please check ur email k.

anggun_cikin@yahoo.co.uk,
azrene_sweet8@yahoo.com.my,
nienabubble@yahoo.com

Aku bagi masing-masing 2 tiket. Jadi boleh bawak kawan masing-masing.
Sapa yang tak dapat tu sori sangat. Aku amik orang yang terawal email.
Dan maaf lambat pulak aku email, kihkihkih. Baru je on laptop nie haaa.. ingatkan takde orang nak, yela citer cina kan. Cer citer melayu.. compom ramai yang nak.

Cerita tu hari ini okey!
Kat GSC Pavilion.
Kalau terdatang lambat sikit pun takpe. Tak perlu awal sangat. Nanti apa-apa call aku. Sebab aku dah bagi phone number kat email.

Date : 10 February 2012 (Friday) 
Venue : GSC Pavilion KL (Level 6)
Time :
6.30pm - Ticket Redemption (close at 7.30pm)
8.00pm - Red Carpet & Cocktail Party
9.00pm - Screening

Love: Ceera =P

First of Dragon movie

Ada tak antara korang yang suka tengok cerita cina??? Ada ke tidok?
Kalau ada, saya mahu kasik tiket free... kalau takde yang berminat aku boleh kasik adik beradik aku ajer...

Ni trailer dia...


Dari producer Ip Man 2. Pasti seronok!

Aku Ip Man, Ip Man 2 memang aku tengok.
Jadiknya, movie First of Dragon pun wajib untuk aku tonton. Nak nak cerita lawan-lawan nie, mak suka!!!!

Pelakon dia: Henry Thia, Fiona Xie, Michael Chuah and Wang Xiao Chen. *jangan ko tanya, memang aku tak kenal. Lol*

Jadi aku ada 6 tiket yang nak let go...
Kalau berminat boleh tinggalkan email address kat komen bawah. Aku bukak untuk 24hours. Sebab kalau takde, aku nak cepat2 call adik akak aku tanya dorang nak tengok ke tidak cerita nie...

Here are the details of the Gala Premiere happening on:

Date : 10 February 2012 (Friday)
Venue : GSC Pavilion KL (Level 6)
Time :
6.30pm - Ticket Redemption (close at 7.30pm)
8.00pm - Red Carpet & Cocktail Party
9.00pm - Screening

*Celebrity appearance is at 7.30-8pm.

Ye, tengok movie dengan artis-artis cino. Tetiba aku nak feeling cino, walauponnnnnnnnnnnn...

Love: Ceera =P

Rahsia Susu Formula

Aku ada satu rahsia...
Rahsia berkenaan dengan keisha.
Sebenarnya... aku dah start bagi keisha susu formula. =)
Walaupun pada permulaanya keisha refused, menangis-nangis tak mahu susu formula. Tapi syukur alhamdulillah. Berkat kesabaran aku bagi dia hari-hari walaupun sikit. Akhirnya keisha minum jugak.



Susah rupanya nak bertukar dari BF ke susu formula.

Eh BF masih lagi sehingga dia 2 tahun. Susu formula kena kasik dia belajar minum sebab after 2 years... dia akan terus bergantung dengan susu formula. No bf bf...

Dalam pada nak bagi anak susu formula. Pemilihan susu juga adalah sukar.
Tapi dari dulu aku dah aim dengan Anmum Essestial. Mungkin sebab Anmum adalah satu-satunya susu yang mempunyai advanced nutrients untuk otak seperti Gangliosides dan DHA dan absolutely "tanpa gula tambahan". Jadi aku macam, ok.. susu nie yang patut aku bagi Keisha minum. Lagipun cukuplah aku dah kasik dia benda bukan-bukan like gula-gula, air manis dan bla bla bla. Takkan susu harian pun aku masih nak kasik dia yang manis-manis juga. Mahu cepat ranap gigi anak aku.

Start kasik keisha susu FM, sejak berat dia tak naik naik since umur dia setahun. Berat keisha turun naik turun naik dan masih lagi 9kg. So bila dah setahun 7 bulan masih lagi berat tang tu, jadik aku buat keputusan untuk start paksa dia terima susu FM. Kira umur dia Setahun 7 bulan paksaan sudah bermula. Memang la susah, tapi cekalkan hati uols!!! Kalau tak cekalkan hati, apa pun tak boleh...

Keisha tak minum susu dalam botol. Dia minum dalam cawan je. Tapi aku kena sediakan straw untuk dia minum. Boleh la sehari dalam secawan. Karang kalau dah pandai minum aku up lagi secawan untuk hari-hari. Lagipun dia masih lagi BF, jadi aku tak heran sangat.

Oh aku dah bagitau kan, yang susu aku pun dah kureng. Jadik, memang sudah masanya untuk aku start bagi dia susu formula.

So aku nak pantau untuk 2 3 bulan ni. Adakah berat dia akan naik. At least naik la lagi sekg. Takdela masa hantar dia pergi jab, doctor kho membebel-bebel kat aku kenapa anak aku underweight. Stress ko tau bila doc bebel-bebel. Nanti dia ingat aku saja taknak kasik anak makan, padahal anak yang memilih makanan. grrrrrrrr....


Buat masa ni, aku sangat berpuas hati dengan perkembangan Keisha bila minum susu Anmum Essential.
Dan aku nak menyeru ibu-ibu di luar sana untuk mencuba dan bertukar ke Anmum Essential.

note: boleh ke www.facebook.com/AnmumClub - mums know best sekiranya ingin mendengar pendapat ibu-ibu yang lain berkenaan dengan Anmum Essential.

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998